Sunday, November 1, 2009

Ketentuan Terbaik DariNya InsyaAllah

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.

Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.
[Al-Quran 63:11]


"...dan sungguh link ini meringankan apa yang berat....barakallahufika ya akhi Dr Mas!"

Innalillahwainnailaihirajiun~
Al-Fatihah, kembalinya
Allahyarhamah Haliza Binti Hassan,
ibu saudara saya ke-rahmatullah sekitar jam 1.30 pagi lebih kurang waktu Malaysia~

Jazakumullahukhairankasira kepada semua atas segala usaha, doa dan sebagainya kalian. Barakallahufikum wa fiha wa fina aidon insyaAllah~

Maaf andai segala posting sebelum ini menyesakkan pandangan kalian.
Bukan tujuan untuk menyusah dan membebankan namun sekadar mengurangkan rasa bebanan yang tertanggung dan kedukaan dan kesedihan itu dikongsi-kongsi agar boleh diri ini mengawal sekaligus menukarkan kesedihan kepada kebaikan berpanjang-panjangan di atas jalan Tuhan yang sebenar.

Sedekekahkan al-fatihah dan doa pada arwah~ arwah tak der anak, mengharapkan doa kita~ dan moga-moga segala sedekah dan amalnya diterima insyaAllah~

Cukuplah mati sebagai peringatan buat diri,
Ibnu Yusoff Yang Faqir disisiNya

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Saturday, October 31, 2009

Indeed, We Don't Know

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.

I can just imagine the image through the imagination. Perhaps, this is the best way to cleanse my heart and me myself from the filthy mounted sins in my life. Astaghfirullah~

Lite, hang boleh mengucap tak?

Asyahaduallah ilahaillallah
Wa asyahaduanna muhammadarrasulullah

Elok hang mengucap. Dah sedaq dah la tue~

The whole family laughed. Yes, indeed it was a joke. A joke from my beloved father to his beloved "adik ipar". A joke of entertainment to entertain and celebrate the past few days. Few weeks. We were in the gloom.

Lite, kawan-kawan Za'im kirim salam. Satu dunia!

Hehe. [Mak Cik tersenyum]. Terima kasih. Kim salam balik kat depa semua.

She smiled. She slept. And she was in the silent again.
And now, she is in the silent again.
Stop.

I couldn't write more than this.
My mother's words and thorough description won't allow me to note this.
Please.
Continue.
Prayer.
For the best.
And Please.
Let's us reflect.
We don't know the best.
Only He knows the best.
And unto Him, we return every single hope.
Prayers.
And the best.

InsyaAllah.

One day. We shall see Him too.

It is just sooner or later that matters.

Only He knows.
We don't know even a second.
Even a second.
Tick...
...Tock
We don't know.

Astaghfirullahalazim~
Astaghfirullahalazim~
Astaghfirullahalazim~

Fighting is prescribed for you, and ye dislike it. But it is possible that ye dislike a thing which is good for you, and that ye love a thing which is bad for you. But God knoweth, and ye know not.

-Al-Quran 2:216

p/s : LITE is the name we call Haliza Hassan,
my beloved single auntie, our beloved in our beloved family~

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Wednesday, October 28, 2009

=) Alhamdulillah Infiniti =)



بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.


=)

Surah ke-57 ayat 22-23~

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

=)
Jam 12.57am saya menerima mesej dari bonda kesayangan :

"Slm (.) alhamdllah mcik dah sedaq (.) bukak mata dah bila pangge (.) dah boleh pndang (.) dktor dah tukaq drah buang drh kotor gnti drh baru (.) same2 kite doa Allah beri yg trbaik utk mcik ye (.)....."

=)

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Jazakumullahukhairankasira atas doa anda semua~

=)

Mengapa saya berkongsi semua ini?

Mana mungkin tidak berkongsi suka dan duka dengan ahli famili yang saya sayangi~~~ ;)

=)

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Sunday, October 25, 2009

Dan aku percaya pada 2:216~~~

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Semua ada melainkan mak cik, ibu saudara yang saya maksudkan~~~ [Sewaktu berangkat ke Melbourne buat pertama kali, sungguh merindui mereka~~~] Allah~~~

Saya tak sanggup tulis panjang. Tapi saya pohon doa anda semua, insan-insan soleh dan solehah mendoakan yang terbaik untuk ibu saudara saya. Cukuplah update status fb nie menceritakan segala-galanya. Saya tak sanggup menulisnya lebih panjang dari ini. Astaghfirullah.

"Saudara/i, ibu saudara saya masih tidak bercakap. Orang kampung dah dua hari baca yassin. Tapi mak saya kata muka dia jernih. Baru balik dari umrah. Subhanallah. Doakan terbaik untuknya. Dia tidak ada waris kalau dia pergi. Jadi mohon kita sedekahkan apa yang patut. Terbaik untuknya, kita tidak tahu, tapi dia tahu. Padanya kita pohon ek =)"

Optimis insyaallah

Terbaik~

Anda semua yang sudah ada waris, ada anak, didiklah dengan baik. Kerna anda semua ada harta paling berharga. Anak yang soleh. Macam mak cik saya nie. Hatta saya dan rakan-rakan kita yang belum berkesempatan ada waris, mungkin tidak mampu mendapat kelebihan syafaat anak soleh kelak. Maka didiklah mereka dengan baik.

Dan kami yang tidak berkesempatan ini, hanya mampu menginfaq sedaya-upaya. Dan beramal dengan ilmu yang ada hatta seciput sekelumit. Jazakallahukhairankasira atas doa semua.

Moga, muka kita juga jernih semasa menghadapnya nanti, insyaallah

The Son of Yusoff, insan yang dhaif

p/s : Di dalam as shahih diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu' anhu bahwa rasulullah shallallahu' alaihi wasallam bersabda : "Apabila seorang anak adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara : shadaqoh jariyah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak shalih yang mendoakan kepadanya".

http://ashthy.wordpress.com/2007/06/22/amalan-yang-tak-terputus/

Wednesday, July 8, 2009

Kehadiran Cahaya Itu~ =)

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.

Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)
[Al Mulk : 2]

Gambar-gambar sempena "lawatan sambil belajar" di The Women's menziarahi Mujahid Sulung Ustaz Zul, Warden Malaysian Hall dan Kak Filah, PHD Law yang bernama
IDRIS BIN HAZNIZUL
bersama Sdr Fariz, Sdr Rozairee and Sdr Muadz.


[Ada VIDEO di bahagian terakhir]

"Aku Terbang", Mak Cik Cute [bonda Us Zul],
Sdr Muadz Lazzat [kecek kelate sokmo bilo jumpo ore kampung hehe],
Pak Cik Rock [ayahnda Us Zul]


Sdr Fariz bersama Ustaz Zul sedang membicarakan maksud "berkira-kira"
[dah tak lama lagi tue nampoknyer Fariz hehe]


Menikmati Cafe Latte Yang Sangat Murah di Hospital Kerajaan

Ini adalah Surau di Hospital Kerajaan Australia!
[Ibu Kak Hafilah sedang menunggu di atas bangku]

Ayahanda Kak Filah sedang mengatur sejadah
[sempat lagi beliau menyampaikan amanat dan nasihat~]
[ubahlah sebelum parah...kami golongan 60's hanya mampu membuat apa yang termampu setakat yang baru menang nie~]

Nama saya IDRIS BIN HAZNIZUL! Selamat Berkenalan~ =)

Bak Kata Kak Filah, "Macam ni la kita semua dulu~"

Ustaz Zul Menantu Kepada Pak Cik Berbaju Biru tue~ =)

Kak Filah bersama ayahandanya yang ceria tetapi TAJAM! Kata-katanya~

Anda rasa TV ini berada di mana? Ia berada di dalam bilik Kak Filah,
khas untuk dia seorang hehe~ dan of course baby dan pelawat yang hadir sekali la~


Satu Family Dalam Satu Bilik ManTOP dan Sangat Selesa!
Macam Hotel~
PERHATIAN : Ini adalah Hospital Kerajaan Australia!

Bertafakur~ Menantikan Beban Sang Khalifah~

Nenda Idris Yang Majelis~

Cukup sempurna satu family nucleus =)

Kena interview ker? Hehe

Entrance!

video

video

ALHAMDULILLAH!
TAHNIAH BUAT US ZUL DAN KAK FILAH SERTA FAMILY!
MOGA DILIMPAHKAN BARAKAH GANDANYA BERKALI-KALI!

=)

P/S : Berapakah yang dibayar Us Zul dan Kak Filah untuk servis ManTOP ini?

Jangan terkejut atau perut terkecut~~~

AUD $ 0

yes

ZERO DOLLAR!

=)

Masa depan,
Bila masa tiba,
Kena pulang penuh kegesaan,
Semula ke bumi Australia nampaknya

=)

InsyaAllah!

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Saturday, May 9, 2009

Perak dan Peperiksaan


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.

Polis mati up to jaga
Polis mati pencuri jaga

Acilut at at acilut kucing lompat
Nestum nesti Pak Aji tukang cat



Perok nie Unik Teman Oi
Kite ade Bota Kiri Bota Kanan
Lambor Kiri Lambor Kanan
Kota Lama Kiri Kota Lama Kanan

La ni..
Ada Menteri Kiri Menteri Kanan
Ada Speaker Kiri Speaker Kanan

Petikan ubahsuai YM : Rakyat Perak di Perth =)

p/s : Selamat Bermujahadah menghadapi Peperiksaan! Maat Taufiq Wan Najjah!

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Sunday, May 3, 2009

Monolong : Ilmu, Ego dan Taqwa


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.

Salam sejahtera iman dan kesempurnaan mukmin sejati insyaAllah

Tiada makhluk itu sifatnya sempurna; kerna itu makhluk menjadi hamba. Hanya Allah swt itu sifatnya sempurna; kerna itu Allah swt menjadi Tuhan Maha Berkuasa. Moga segala kebaikan tercurah; menghapus dosa yang membarah.

"Waatbi'i saiyiatal hasanata tamhuha"
"Susulilah keburukan itu dengan kebaikan"

Moga kebaikan dan kebajikan yang sama-sama kita tintakan menjadi buah segar menghidupkan hati yang tampak pudar. Moga dengannya hati yang pudar menjadi lebih bersih. Hati pudar menjadi mekar. Membuahkan hati yang tunduk patuh teguh utuh pada setiap perintahNya yang disuruh.

Tiada makhluk itu sifatnya terpuji; kerna itu makhluk menjadi hambaNya yang hina keji tanpa rahmat Illahi Yang Maha Suci. Hanya Allah swt itu sifatnya terpuji; kerna itu Allah swt menjadi Tuhan Maha Layak Dipuji. SemuaNya kerna Dia. Yang dapat membuat baik kerana Dia; yang dapat menyaksikan kebaikan yang dilakukan juga adalah kerna izinNya. Tiada layak kita menghitung kesan kebaikan; kerna itu milik keputusan Tuhan. Hanya layak kita termampu melakukan kebaikan; sebanyak-banyak bagi mencari keredhaanNya yang berpanjangan.

Pujian manusia adalah pahala dunia; apabila yang membuat itu semakin bertaqwa. Ironis; Pujian manusia adalah celaan semata; apabila yang membuat itu semakin tercela. Moga termasuk kita semua dalam golongan pertama. Dihindarkan kita semua dari yang kedua.

Terasa terfikir jua semasa menelaah kata-kata orang tertinta. Alhamdulillah, semua pandangan adalah input berharga; mutiara yang memang ingin kita jala. Kita terima dengan senang hati; sebagaimana yang menintakannya juga senang hati. Namun; bak kata orang tua-tua; yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Sekadar terdetik; semasa kaki pulang melerek; bukan melenggang seperti mak nenek; sebaliknya menginsafi hakikat betapa bahayanya kebaikan jika tidak pandai dikelek.

Ilmu itu adalah kebaikan. Orang yang inginkan kebaikan akan mencari ilmu. Apabila ilmu ditadah, maka ia akan tersemat erat di mana-mana tempat yang tiga, bergantung kepada niat. Tempat yang tiga; antara telinga, akal ataupun hati. Ilmu tersemat di telinga amat bahaya jika tidak disumbat cepat; umpama kempunan melihat kembang Bunga Seri Pagi berwarna ungu dek terlambat bangun terpacak di tengah hari nan buntu. Ilmu tersemat di akal adalah syarat asas, penentu cetusnya TAHU yang akan mengarahkan tangan dan kaki menrembeskan enzim MAMPU. Tetapi tetap tidak berubah; ilmu tersemat itu tertinggi adalah di HATI kerna ia melahirkan MAHU yang tidak siapa mahu menampi; dengan izin Ilahi Yang Maha Suci.

Ilmu itu adalah kebaikan. Ilmu itu boleh berubah menjadi kejahatan. Yang pasti ilmu pasti menjadi peningkat. Ilmu itu adalah kebaikan bilamana ia menjadi peningkat taqwa. Ironis, ilmu itu adalah kejahatan bilamana ia menjadi peningkat ego. Mana mungkin taqwa dan ego bersatu; begitu juga kebaikan dan kejahatan tidak boleh bersatu bapak bersatu ibu. Turun ego adalah tingkat taqwa. Tingkat ego adalah turun taqwa. Waiyazubillah untuk kita semua!


Ilmu itu adalah cahaya. Cahaya pada sumbu pelita akan padam jika tidak diletak minyak BERULANG KALI. Minyak perkara paling asasi. Untuk memberikan hidup pada cahaya. Pada cahaya yang ilmu pencetusnya.

Justeru andai kita tidak rajin meletak minyak BERULANG KALI meskipun menyedari minyak itu ASASI; janganlah harap cahaya ilmu akan menyala terang; menyuluh keimanan yang benderang. Hanyalah dengan sabar menjadi rajin meletak minyak BERULANG KALI kerna menyedari minyak itu ASASI; barulah ego kita turun, taqwa kita tingkat; jauh sekali untuk kita katakan cahaya ilmu yang sudah kita miliki awal itu tadi adalah SIA-SIA... kerna apalah ilmu kita yang tidak seberapa, pabila DIA merampas yang pasti tanpa perlu meminta izin KITA~

Sebaliknya, ucapkanlah Alhamdulillah kerna masa kita biarpun diambil lama pada mata manusia hina; BERULANG KALI meletak minyak yang sama YANG ASASI; masa itu adalah terlampau berharga kerana ia adalah menjadi rahmat agar cahaya ilmu yang sedari awal kita garap; tidak akan terpadam dengan kerap; yang nauzibillah mungkin akan menghitamkan jalan ke syurga.

Bersihkan hati kami
Sucikan nurani kami
Ingin kami rasai nikmat iman yang terhebat
Biarpun sesaat~

Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Allahuakbar!

Jazakallahukhairankasira kepada semua
Asif jiddan atas segala kekhilafan insan yang marhaen ini
-Ibnu Yusoff, Abu Abdullah insyaAllah

Monolog Selepas Kursus Pra-Perkahwinan Kali Pertama Di Melbourne & Australia
Anjuran EHSAN Victoria dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia Ke Australia

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Thursday, March 19, 2009

Laporan Baru Cerita Lama : SPM 0105 MCKK


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.

Biiznillah~ 
Alhamdulillah~

SPM 2008

Zulikhwan melaporkan dari corong telefon...

47 straight As
9 orang straight A1s
20 orang straight As dengan 9a1 + a2 (EST!!!)
2 orang fail (uit?)
Nombor Satu Perak
Nombor 15 SBP

Tahniah kepada yang berjaya
Yang belum berjaya, teruskan usaha
It is not the end of the world
(abang Raf mohon dipinjam~ hehe)

Biiznillah~ 
Alhamdulillah~

Cerita lama SPM 2005

PERHATIAN : 
Bukan nak bangga-bangga, tapi sekadar cerita lama, 
diusap cermin berhabuk, terkenang apa yang lapuk

<>

: utusan ini khas untuk batch 0105 MCKKku yang dikasihi 

Saudara-saudara 0105 MCKKku yang disayangi,

Kiranya saudara semua sudah menyaksikan keputusan yang terpampang di medan utama Frank-Star kalian sebagaimana yang diutuskan oleh Saudaraku Amir Kuhek yang mana menurutnya dating dari Aku. Sebenarnya, bukanlah dari Aku sahaja tetapi hatta kami bekerjasama mendapatkan maklumat dari guru-guru kita menerusi talian telefon suara. Arakian, bagaimana reaksi kalian ? Kecewa ? Terkilan ? Terkejut ? Dah agak ? Tak sangka ? Bagi Aku, aku tidak terlalu terkejut hingga tidak puas hati namun aku lebih bersikap positif dalam hal ini. Mungkin orang luar menganggap ranking penarafnilaian bagi alma mater kita ini agak sederhana namun kita masih boleh berasa bangga atas tegakknya beberapa hujah. Aku sendiri enggaklah berasa rendah hati mengenai keputusan ranking penarafnilaian dalam kalangan alam SBP sekaliannya karena kalian perlu sedar it counts the future, how successful u r at the end as become somebody instead grasping excellent result of SPM ! Getting bad result is not the end of the world ! Keep trying and trying ! I believe that as long as we have the determination, desire and the discipline,  the success is yours ! Believe in the blessing of Allah, our parents and people around us ! Amin !

Aku mahu kiranya menilai kebanggan ini menerusi kejayaan sederap A rakan-rakanku dahulu. Kiranya kita memperoleh 16 manusia pelatih sederap A1. Dalam itu juga 34 orang sederap A bercampur-baur berlauk-pauk dengan A1 dan A2. Adalah itu pencapaian terbaik alma mater kita. Aku sebenarnya berbangga dengan mereka ini. Kenapa ? Kerana mereka ini manusia hebat ! Kenapa aku tidak rasakan orang lain selain dari mereka ini hebat ? Kerana manusia dari alma mater kita ini yang peroleh sederap A bertimbun ini adalah mereka yang berkualiti. Rata-rata bukanlah mamat-skema-ngadap-buku-24-jam-hingga-terpulau-diri sahaja; mereka ini pemimpin pelatih-pelatih alma mater kita ! Mereka pemain bola basket yang 2 tahun turut-turut Johan sekalian alam SBP ! Mereka ketua segala ketua ! Akan karena itu maka Aku bercemar duli mau bicara tentang itu dahulu.

Saudara-saudara 168 Ahli Batch 0105 MCKKku sekaliannya,

Manusia pertama Aku mau sentuh pastinya, Saudaraku Amirul Cepe. Ini manusia tahap Bhumisambarabhudara ! Menang Johan segala johan dalam kumpulan 10A1 peringkat Negara Malaya-c-ya dalam periksa besar ini ! Tahniah ! Tempatkan diri dalam kelompok 55 elitis negara ! Sudahlah kapten bola basket yang 2 tahun turut-turut Johan sekalian alam SBP ! Bisa kalahkan sekalian Cina-Mata-Sepet Sungei Siput lagi ! Pemimpin Malay-College-Student-Bawang lagi ! Hebatnya ! Moga cita-cita depan masa tercitra ! Amin. Baiklah, manusia kedua Aku mau sentuh tentang Saudaraku Hafizuddin Jalan. Kendatipun tidak peroleh sederap 10A1 ironi peroleh sederap A bercampur-baur berlauk-pauk, aku terpegun karena dia bisa genggam kejayaan sebegini meskipun dia pernah gagal yang bagiku agak besar ! Siapa sangka insan yang tidak insane ini yang gagal sederap A dalam Periksa Nilai Tengah Rendah ini yang pernah merasa kelompok terbawah masa tahun ampat yang berloncat laksana grass-jumper ini ke kelas dua berkompeni dengan Aku yang marhaen ini pada tahun lima, juga bisa genggam kejayaan besar ini! Bahkan, dia Ketua Alat-alat-Bunyi-Bising-Bagi-Bukan-Ahli alma mater kita ! Tahniah ! Kalo ada anugerah Pelajar Cemerlang Aku kasi dia ! . Begitu juga dengan Saudaraku Hariri Riri dan Saudaraku Bukhari Bobo juga kuperhati kagum. Mana tidak, mereka dari kelas terbawah, bisa juga nikmati sederap A dalam periksa besar ini. Tahniah ! Berjaya juga batch kita ini ulangi kejayaan luar biasa Taro SPM01 yang lampau ! Semoga berbahagia mereka hendaknya. Tidak cukup dengan itu, Saudaraku Khalis Nageb , Saudaraku Luqman Bird , Saudaraku Mukhlis Mukhlis , Saudaraku Hamid Hamid , Saudaraku Azim Teeno , Saudaraku Anam Anam , Saudaraku Faisol Cot 67>, Saudaraku Awang Ridhu dan ramai lagi menjadi eviden taraf kualiti ini. Kerna itu aku bangga dengan mereka! Syabas !

<>

Saudara-saudara 0105 MCKKku yang dirindui,

Aku telah telefon sama Guruku Rauhi, Guruku Safuan serta Guruku Shahriman akan perihal ini. Rata-rata tidak enggak sekali keciwa dengan apa yang kita pamer. Sudah kita semua; para pelatih dan jurulatih, melakukan yang terbaik mungkin untuk kemaslahatan kita bersama dalam periksa besar ini. Malah mereka kagum dengan pencapaian kita yang bisa memperbaik rekod yang dicipta sebelum-belumnya bagi alma mater kita. Guruku Rauhi misalnya memberikan kepuasan hatinya kepada Aku. Hingga dia kata, I`ll miss u all ! Dia kata, memandangkan kemudahan-kemudahan alma mater kita ini daif <> dengan aktiviti-aktiviti yang melampau hampir setiap ketika sepanjang sessi sekolah, adalah satu kepuasan dengan kejayaan yang cemerlang begini. Dalam situasi penuh kekangan masa, tenaga dan atmosfera pun kita bisa lakukan anjakan sebegini, itu sudah cukup membuktikan kita berkualiti. Mungkin sekolah yang lain dalam kalangan SBP punyai kelebihan yang berganda-ganda, berlipat-lipat dari kita punya; punyai kelebihan lebih mencipta keputusan yang lebih baik. Tetapi kita, dengan keputusan yang ada, pihak administrasi SBP pun puas dengan apa yang dicapai, kita masih boleh berbangga, jangan rasa rendah hati hatta sekali! But, humble is all right !

Saudara-saudara 0105 MCKKku sekalian,

Kini kita tinjau keputusan ranking sepertimana yang diposkan oleh Saudaraku Amir Kuhek ke medan buletin Frank-Star.

Ranking Penarafnilaian Sekalian Alam SBP Secara Holistikalnya

1.Kisas

2.Saser

3.Sbpi Gombak

4.Ssp

5.Asis

6.Sdar

10.Stf

15.’MCKK’

16.Shah Pekan

21.Tkc

22.SSsas

26.Star

Ranking Penarafnilaian Ikut Bidang Ilmu Sekalian Alam SBP

BM -15th 1.1

BI -22nd

MAT -9th 1.03

SEJ -20th

PAI -48th

FZK -6th

KIM -20th

BIO -42nd

MT -48th

EST -1st 2.02

Kesimpulan Tersurat

10A - 50 (29.6%)

10A1 - 16 (9.5%)

PNGK - 2.01

Saudara-saudaraku,

Kita lihat dahulu Ranking Penarafnilaian Sekalian Alam SBP Secara Holistikalnya. Tahniah kepada Sahabatku Amir Najmi Amir <12a1,> kerana alma matermu di kedudukan pertama ! Kedapatan kita ditangga kelima belas. Perlu diingat kepada seisi alam Frank-Ster, pihak administrasi SBP sebenarnya melihat kepada kelompok kelas kecemerlangan secara kesamarataan. Begini kelasnya dibuat. KISAS berada di kelompok tersendiri. Hanya dia dalam kelas itu. Begitu juga dengan SASER. Dia sendiri dalam kelasnya. Tetapi, bagi kumpulan keTIGA hingga keLAPAN BELAS ia berada di kelas yang sama karena pihak administrasi melihat kumpulan ini punyai pencapaian yang setara, cuma tidak sama. Perbedaannya hanya berlangsung pada titik perpuluhan memasing dari segi CGPAnya. Dalam erti kata mudahnya, bagi pandangan pihak administrasi SBP, KISAS berada dalam kelas TERBILANG. SASER berada dalam kelas GEMILANG. Manakala, alama mater dari nombor 3 hingga 18 dalam kelas CEMERLANG. Faham ?

Kita saksikan pula dari segi Ranking Penarafnilaian Ikut Bidang Ilmu Sekalian Alam SBP. Semua subjek kita hakikatnya meningkat berbanding tahun sebelumnya. Cuma, fitrahnya orang lain menigkat berlipat kali, jadi dari segi ranking penarafnilaian kita kurang sedikit. Begitupun, tahniah kepada subjek EST <>Extra-Sleeping-Time for a few reason.. > kerana bisa kekal duduk Johan dalam carta itu. Harap ia berkekalan. Amin. Begitu juga dengan ilmu Fizik, Bahasa Melayu dan Matematik Moden yang telah berjaya mencapat target yang dikehendaki. Tahniah !

Baiklah selesai itu. Dari segi kesimpulan tersuratnya, harus diperingat juga. Menurut Guruku Rauhi serta Guru-guru Kanannya <> , hanya alma mater kita dan KISAS sahaja yang cemerlang mendadak dari segi kutipan sederap A mengikut ratio atau nisbah para calon periksa. Maksudnya, dari segi kutipan pelajar sederap A, kita telah berjaya meletakkan alma mater ini di kedudukan yang bagus sebenarnya. Jadi, mau terkilan lagi ?

Saudara-saudara 0105 MCKKku yang banyak menyimpan suka duka dalam hidupku,

Kesimpulannya, janganlah kita terlampau sedih atau rasa ciss.. sangat dengan keputusan penarafnilaian ini. Kita sudah lakukan terbaik. Apa yang penting ialah meneruskan misi dan visi alma mater kita untuk menjadikan kita the Cream of the Country ! Jadilah seorang yang mampu mencurahkan bakti kepada pembangunan Agama, Bangsa dan Negara ! Sedarlah sumbangan kita ini jika kita anggap sampai koleq terhutang budi kepada kita ini, haruslah kita anggap hanyalah sekadar sumbangan kecil yang kita beri kepada koleq. Koleq telah banyak beri lebih dari sepatutnya dan kita harus sentiasa merendah diri <> dengan pencapaian kita ini. Jangan sesekali sombong diri atau lupai terus jasa insan-insan yang berjaya merubah kita dari seorang insane kepada seorang insan ! Terus hargai mereka dan segala-galanya ! Jadilah orang yang berguna. Keep supporting the future generation. Jangan jadikan pencapaian kita ini sebagai batu loncatan untuk kita bermegah-megah dengan senior-senior selepas kita atau junior-junior kita. Jangan sekali mengutuk mereka kerana kita dari produk yang sama, produk The Malay College Kuala Kangsar. Jatuh bangun maju mundur hayat alma mater ini terletak dalam tanggungjawab kita bersama. Wangi busuk harum tengik nama MCKK terletak pada bahu kita semua yang menjunjungnya. Kembalilah semula nanti apabila anda semua berjaya ke alma mater ini menabur bakti kepada survival kolej ini. Akhirnya kini, Aku harap semua 168 kita ini nanti bila jadi somebody yang berjaya bisa berbangga menyatakan,

“Sir, I`m the former student of Malay College Kuala Kangsar”

as the introduction of your talk. Gud Luc ! Welcome to the Real World !

p/s ini ulasan kedua aku setelah ulasan pertama aku tetiba terpadam sebab cina CC tue tercabut plag computer aku guna ! Ciss… Kalo tak lagi panjang. Hampir 10 muka surat !

par : laviosa67

Additional information : 

Koleq emerged the first, the best among SBP in Perak and North Zone ! Congratz !


Biiznillah~ 
Alhamdulillah~

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more