Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!
Nyonya merasa kuih Benggali,
Melayu seni bersilat, India seri menyanyi,
Satu Malaysia tidak berbahagi,
Bagai satu jasad, satu jiwa tak mati.
Berhari raya berdeepavali,
Main mercun di raya cina,
Satu Malaysia, mekar mewangi,
Rakyat disantun, negara berjaya!
Makan laksa, nasi kandar lagi,
Sate dijamah cendol dipesan,
Satu Malaysia, diperkasa lagi,
Bersama istiqamah jayakan wawasan.
*Pantun-pantun ini dicipta, biiznillah alhamdulillah, sebagai memenuhi hajat seorang rakan guru berkongsi pantun-pantun berkenaan dengan Satu Malaysia. Penulis mengharapkan agar semua pembaca dapat membaca pantun ini secara tersirat, tidak semata-mata tersurat sebagaimana yang dikisahkan dalam sebuah pantun :
Lari ke Punjab mengikut arus,
Arus melengkok di Sungai Gangga,
Melayu menjawab tidaknya terus,
Jawabnya bengkok tersirat makna.
(=