بسم الله الرحمن الرحيم
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Al-Hujurat, 49:13)
(Al-Hujurat, 49:13)
Sebenarnya, sudah lama ingin menulis perihal subjek perbincangan ini. Tetapi entah mengapa seringkali tertangguh dan tertunda. Mungkin baru kini Dia membuka jalan,memberikan saya cukup pengalaman, bagi merungkaikan tanda-tanda perciptaan, oleh Dia yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan.
Pernah saya berkongsi hal ini dengan rakan-rakan ketika berada di KYUEM. Di Musolla As-Saad yang begitu banyak memori suka duka, masam cuka, manis gula terpahat. Masih terkenang zaman yang saya sifatkan 'tercabar' dalam hidup saya sepanjang keberadaan saya di sana. Zaman yang lebih sesuai saya usaikan sebagai zaman fitnah! Fitnah bukan sahaja bererti mengadu-domba tetapi juga ujian. Jadi zaman fitnah itu adalah zaman ujian!
ZAMAN UJIAN
Ujian memuhasabahkan diri. Ujian membuatkan lebih mengenali rakan. Ujian merindukan cinta pada Tuhan. Ujian menguji keimanan. Samaada kita benar-benar beriman atau sebaliknya.
Apapun, cukuplah kita menghayati dan mengenali nilai dan pengajaran daripada intipati secebis kisah hidup saya ini. Antara yang utamanya ialah; dengan menghitamkan sesuatu perkara, tidak semestinya kita memutihkan sesuatu yang lain; dengan memutihkan sesuatu perkara, tidak semestinya kita menghitamkan sesuatu yang lain. Pening? Katakan~
PERUMPAMAAN
Katakan kita melihat seorang yang cukup anda hormati. Cukup kita respect. Katakan, Tuk Guru Nik Abdul Aziz (dalam tazkirah saya itu saya umpamakannya dengan saudara Muadz). Dia sedang berjalan di hadapan kita sambil mengenakan jubah dan serban putihnya berhati-hati beransur ke surau. Katakan dia juga sedang memegang sesuatu di tangan kanannya. Katakan sesuatu itu adalah seakan seplastik sampah? Kita terus memerhatinya.
Terus memerhati.
Sehinggalah tiba-tiba, kita melihat dia melakukan sesuatu yang tidak pernah kita lihat sebelum ini. Kita tidak percaya dia akan lakukan. Apa yang kita lihat ialah dia membuang sampah itu di pertengahan jalan!!! Kemudian, dia meneruskan perjalanan dengan sesegeranya.
Apa yang akan kita lakukan? Apakah yang akan kita fikirkan? Apa tindakan kita seterusnya?
Adakah kita akan sangat terkejut (rasanya semua orang akan terkejut kot~) ? Tapi yang paling penting, apakah yang akan kita lakukan selepas rasa terkejut itu? Adakah kita bercadang untuk memberitahu rakan kita dan menghebahkannya kepada seluruh dunia, melaporkan perihal itu di blog, dan menggunakannya sebagai hujah betapa teruknya orang yang kita pada mula-mulanya kagumi itu?
ATAU
Adakah ada reaksi yang lain?
Sebenarnya, inilah keindahan Islam. Dalam hal-hal sebegini yang mungkin pada perkiraan kebanyakan orang ia adalah kecil, Islam masih memberikan kita cara. Memberikan kita petunjuk. Islam membuatkan kita memilih dalam pilihan-pilihan yang baik. Pilihan untuk kita bereaksi selepas itu. Dalam hal ini, pilihan terpantas, ialah berhusnul zon atau berprangsaka baik. Mungkin sahaja Tuk Guru dalam situasi tersebut 'parking' 'sampah' itu untuk diambil oleh seseorang (mungkin sampah itu bukan sampah kerana kita hanya menganggap sahaja tanpa memeriksa kan?) atau mungkin sahaja Tuk Guru punyai justifikasi lain?!
Kita cuba berhusnul zon begitu tetapi katakan ternyata husnul zon kita begitu mudah dirapuhkan oleh nafsu durjana. Nafsu mazmumah menyuruh kita memikirkan yang bukan-bukan dan menterjemahkan pemikiran yang bukan-bukan itu dengan melakukan tindakan yang bukan-bukan juga. Kita mengalah! Nafsu kita berjaya menjadikan kita pengalah! Astaghfirullah~
Sabar ya akhi! Islam tidak berhenti setakat itu. Baiklah, kita tidak mampu berhusnul zon dengan sebaiknya. Tetapi Islam tidak berhenti setakat itu sahaja. Jalan yang mudah, lima huruf sahaja.
TANYA!!!
Bukan Tanya dalan Red Alert tue, tapi bertanya, soal dan mintak penjelasan Tuk Guru. Kenapa Tuk Guru buat macam tue? Kenapa? Meskipun Islam tidak melarang kita bertanya, tetapi tanyalah dengan adab. Dengan penuh harmonis. Dengan penuh mejelis. Dalam suasana kita berhusnul zon, kita bertanya; barulah matlamat dan cara kena.
Jadi, kita pun ikutlah jalan ini. Dengan penuh akhlak dan adab, kita berjumpa Tuk Guru dan bertanya baik-baik.
"Salam Tuk Guru. Apa khabar? Sihat? Saya nak berbual sikit dengan Tuk Guru boleh? Saya nak tanya skit nie, ada kemusykilan. Mula-mula maaf la kalaunya nanti menguris perasaan Tuk Guru. Sebenarnya tadi saya nampak Tuk Guru macam buang sampah tak kena tempatnya dalam perjalanan ke surau tadi. Saya beranggapan Tuk Guru mesti ada penjelasannya. Maaf andai tak kena tempat dan masa saya bertanya soalan nie. Tapi itulah, hati saya tak tenteram kalau tak tanya sendiri dengan Tuk Guru. Takut-takut jadi fitnah pulak, nauzubillah."
Alhamdulillah, bila kita bertanya rupa-rupanya tangan kanan Tuk Guru 'cramp' sebentar tadi. Jadi dia terpaksa menjatuhkan sampah tue sebab terlampau sakit. Sebab tue, dia dengan segera ke surau bagi mendapatkan pertolongan ahli surau.
Subhanallah! Kan mudah? Tak susah! Semuanya jernih sudah! Allahuakbar!
Jika pun benar Tuk Guru benar-benar buang sampah, tidakkah tindakan kita dengan bertanya itu, setidak-tidaknya menjadi buah nasihat dan teguran yang baik kepada Tuk Guru. Eh, tegur-tegur orang nie pun dapat pahala jugak kan? Apatah lagi tegur orang supaya tidak menimbulkan fitnah di masa hadapan. Malah sebenarnya dengan tindakan itu sendiri pun, kita telah menutup pintu fitnah pada masa sekarang. Lihatlah betapa indahnya Islam.
Namun, kita perlulah berhemah dan berakhlak semasa nak bertanya. Bila kita bertanya, di mana kita bertanya, mengapa kita bertanya, bagaimana dan sebagainya adalah amat penting dalam menentukan tindakan kita ini. Ingatlah, Tuk Guru Nik Abdul Aziz sendiri pernah berkata, kata-kata itu jurubahasa hati! Apa yang dilafaz, itulah keadaan hati kita hai akhi!
Cerita yang sama juga dalam proses dakwah kita.
Tak semestinya kawan kita yang baik itu tak ke surau, dia ke disko. Mungkin saja dia ke masjid dan seribu kemungkinan lagi.
Tak semestinya kawan kita yang baik itu tak bangun qiamulail pukul 4 pagi, dia terus tidur tak sedar diri. Mungkin saja dia bangun pukul 2 pagi tetapi tidur semula kerana sakit pening dan seribu kemungkinan lagi.
Tak semestinya kawan kita yang baik itu tak ke program usrah kita, dia hanyut dalam dunia. Mungkin sahaja mengikut alawiyyat, keutamaannya dia perlu belajar ketika itu dan seribu kemungkinan lagi.
Tak semestinya kawan kita yang baik itu tak masuk gerakan Islam kita, dia tertinggal dalam dunia dakwah ilusi wal fantasi. Mungkin sahaja dia mengikuti jemaah Islam yang lain yang baginya lebih aula, lebih sesuai mengikut kefahamannya dan seribu kemungkinan lagi.
Tak semestinya kawan kita yang baik itu tak bangun qiamulail pukul 4 pagi, dia terus tidur tak sedar diri. Mungkin saja dia bangun pukul 2 pagi tetapi tidur semula kerana sakit pening dan seribu kemungkinan lagi.
Tak semestinya kawan kita yang baik itu tak ke program usrah kita, dia hanyut dalam dunia. Mungkin sahaja mengikut alawiyyat, keutamaannya dia perlu belajar ketika itu dan seribu kemungkinan lagi.
Tak semestinya kawan kita yang baik itu tak masuk gerakan Islam kita, dia tertinggal dalam dunia dakwah ilusi wal fantasi. Mungkin sahaja dia mengikuti jemaah Islam yang lain yang baginya lebih aula, lebih sesuai mengikut kefahamannya dan seribu kemungkinan lagi.
Yang penting, andai tidak mampu kita berhusnul zon, seperti kisah di atas, bertanyalah dengan baik-baik. Bak kata Saudari Yasirah Yusra, "Za'im, don't just simply jump into conclusion!!!" Tidak ruginya bertanya, kerana jika tidak bertanya, sesat jalan.
Islam itu mudah. Menyediakan jalan yang mahabbah. Jumpa benda pelik pada rakan, berhusnul zonlah. Jika tidak mampu, bertanyalah. Barulah segalanya segah. InsyaAllah! =)
Dengan ini, jelas. Hitamkan sesuatu tidak semestinya putihkan sesuatu yang lain, putihkan sesuatu tidak semestinya hitam sesuatu yang lain. Jadi, ikutlah Islam dalam menentukan apa yang putih apa yang hitam. =)
p/s : Lebih kepada nasihat untuk Za'im sebenarnya =) Nageb (Ahmad Khalis) dah ada blog!