Salam.
Kurnia nikmat melimpah ruah
Ingin dikongsi intipati usrah
Pengingat diri penyalur dakwah
Alhamdulillah!
Semalam terasa sedikit lemah. Mana tidaknya, baru teringat perbincangan ekonomi berkenaan apa yang saudara Hazim akan bentangkan pada malam semalam, belum lagi saya analisis sendiri. Masya-Allah! Dalam genggamanNya segala ingatan. Namun, diyakinkan diri, pasti ada hikmah. Menderu ayat 216 Surah Al-Baqarah berdendang getar.
"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
Subhanaallah!
Aku dah buat rupanya! Baru teringat, semasa melangsaikan projek HaZaNo Ekonomi di Istana Hinggap, saya telah tersilap melangsaikan tugasan. Sepatutnya soalan MCQ Ekonomi May/June 2004, alih-alih May/June 2003 pula yang terbuat. Sepatutnya, itu tugasan Saudara Hazim. Tetapi memandangkan Allah swt menyuruh kita husnulzon dengan segala ketentuanNya, akhirnya saya redha. Alhamdulillah, dengan izinNya jualah akhirnya malam semalam disingkapkan hijab hikmah yang penuh makfirah.
Allahuakbar!
Sambil-sambil memerhatikan soalan, memandangkan malam semalam program usrah mingguan dijalankan, digagahkan jua diri ini sama-sama melibatkan dalam sesi usrah semalam. Terdetik juga rasa 'kiasu' nak study ekonomi; tetapi memandangkan saudara Muadz, "Imam Nawawi Junior" tu pun sanggup bersama-sama jemaah (sambil kertas akademik di tangan) menyertai usrah, apatah lagi diri ini yang kerdil lagi hina ini.
Sepanjang usrah, kerlikan minda dan usapan telinga tidak habis-habis diterjah dengan pelbagai input "The Life as A Muslim Student". Bertimbun pandangan, idea dan kisah menarik didapati; atas restu dan hidayah Allah yang Maha Tinggi.
Lantaran ingatan Saudara Iqtidar sekali lagi menyetap jiwa;
"Setiap ilmu yang didapati, sebenarnya merupakan suatu nikmat. Setiap nikmat memang sedap dinikmati. Namun, perlu beringat nikmat yang sedap yang bertambah ini merupakan suatu tanggujawab dan kewajipan untuk mengamalkannya. Antaranya melalui penyampaian dan perkongsian ilmu dengan orang lain. Lantaran, tunaikanlah ia. Moga-moga nikmat hidayah,ilmu, iman dan islam ini terus-menerus diberkati Allah swt"
Justeru, ingin saya kongsi 5 intipati usrah hari semalam. Kredit atas penyampaian 'cute' saudara Izwan Pilus dan ke'gagah'an saudara Aidid mengendalikan usrah semalam.
1. ANTARA TAHU DAN SEDAR
Siapakah perokok yang berakal yang tidak tahu bahawa rokok itu bahaya kepada kesihatan?
Siapakah Mat Rempit yang berakal yang tidak tahu 'rempitan'nya itu suatu perkara yang bakal mengundang kecelakaan bagi dirinya?
Siapakah penghisap dadah yang berakal yang tidak tahu bahawa mengambil dadah secara tidak ketahuan itu menempuh maut?
Hatta kita, siapakah antara kita yang berakal yang tidak tahu bahawa maksiat itu suatu dosa, menempah kemurkaan Allah swt menyenangkan jalan ke neraka?
Siapakah antara kita yang berakal yang tidak tahu akan bahaya semua ini?
Tetapi mengapakah masih si perokok yang berakal ini merokok?
Mengapakah si Mat Rempit yang berakal ini meneruskan rempitannya tanpa henti-henti?
Mengapakah si penghisap dadah yang berakal ini masih leka dalam khayalan dunia indah yang teramat fana' itu?
Mengapakah kita sebagai hamba Allah swt yang berakal ini masih lakukan maksiat?
Jawapannya, kerana kita mungkin punyai akal, tetapi hatinya mati. Akal yang tahu tidak menjamin hati yang sedar.
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya-dengan melihat kesan-kesan yang tersebut-mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.
Surah Al-Hajj, Ayat 46
2. HORMATI ILMU
Kisah Imam Shafie bersama seorang yahudi cukup menarik. Ketika itu dikisahkan, Imam Shafie sedang menggunting rambut (mengikut versi ini). Sedang menggunting rambut, tiba-tiba Iman Shafie terus memberikan hormat kepada yahudi berkenaan. Lantas orang bertanyakan beliau,
"Mengapakah saudara bangun memberikan hormat kepada yahudi itu?"
Lantas jawab Imam Shafie,
"Kerana dia telah mengajarkanku tentang perihal yang aku tidak tahu berkenaan perbezaan anjing yang baligh dan tidak baligh. Aku belajar daripadanya anjing yang baligh; apabila dia kencing kakinya terangkat sedikit sebaliknya anjing yang tidak baligh kencing tanpa menjungkit kakinya."
Saya terigatkan cerita berkenaan Imam Shafie juga berkenaan menghormati guru yang mengajarkan kita ilmu. Ketika hendak tidur, dia bertanyakan arah rumah sekian-sekian orang. Lantas dia tidur menganjurkan kakinya ke arah bukan rumah sekian-sekian orang tadi. Mengapa? Kerana rumah sekian-sekian orang tadi telah mengajarnya sesuatu i.e mereka telah menjadi gurunya secara langsung mahupun tidak.
3. CAHAYA DAN ILMU
Perumpamaan orang yang soleh menerima ilmu dan orang yang fasik menerima ilmu ialah umpama cahaya pelita dan cermin. Ilmu seakan cahaya dan berkat itu adalah pada bagaimana ilmu itu diamalkan. Semakin jelas kelihatan amalan terhadap ilmu yang dipelajari; semakin jelas kelihatan dari pandangan manusia. Umpama cahaya pelita (ilmu yang berkat) dan cermin (hati yang bersih). Cahaya pelita hanya dapat dilihat dengan jelas apabila cermin itu bersih. Cermin yang berhabuk menutup mata kita daripada melihat cahaya pelita. Begitulah perumpaan cahaya dan ilmu. Bak kata Talib Al-Habib, Knowledge is Light!
shakautu ila Waki`su’a hifdhi
wa arshada-ni an tark al-ma`asi
wa akhbara-ni bi anna ilman nur
wa nur Allah la yu`ta al-`as
He told him, ‘abandon rebellion,for knowledge is a light
And the light of Allah is not bestowed upon a rebel.’
4. TIPS "MENINGGALKAN" GURU
Dikisahkan seorang ulama' besar yang belajar bertahun-tahun dengan gurunya, lupa semua pelajarannya ketika pulang mengajar di tempat asalnya. Semuanya gara-gara dia tidak beradab meninggalkan gurunya.
2. Memohon keberkatan, keredhaan dan dihalalkan segala ilmu yang ditimba.
3. Memohon doa daripada guru atas kebaikan ilmu yang dikelek itu.
k