Wednesday, April 30, 2008

Hikayat Seman Dan Puisinya


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam


"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar"

Al-Baqarah (2:155)

Bercakap berkenaan tindakan boikot terhadap produk Belanda atas respon ke atas Filem Fitna (sebagaimana yang dibincangkan dalam usrah semalam) dilaporkan seorang yang bernama Seman memiliki pandangan yang berbeza. Dia seorang muslim. Tetapi Seman tidak memboikot produk Belanda. Tidak seperti dahulu ketika mana dia turut sama menghempas pulas jerit juih memboikot barangan Jerman sewaktu lahirnya karikatur yang zalim itu. Maka, Seman pun ditanya,

"Seman, apasal lu ta lak boikot itu barang Belanda macam olang lain? Lu nie mau tentang alus saja ma!"

Seman pun menunjukkan muka jernihnya; selamba berkata,

"Waraskah kita mengikut arus yang mana kita tahu
di hujungnya ada jeram yang mengerikan?"


Hahahaha!!! Orang mungkin ketawa atas jawapan dan tindakan Seman. Seman berduka, maka wajarlah Seman dibacakan puisi di bawah.


KETAWA PENAWAR DUKA

Orang pernah berkata,
Ketawa itu penawar duka,
Benarkah ia ?


Aku baru belajar Inggeris,

Lantas kubuat tafsiran terus,
Orang tak faham,
Lalu orang ketawa,
Lantas,

Ketawa itu penawar dukakah?


Aku baru belajar berfesyen,
Rambut yang lurus ku“afro”kan,
Dipadankan dengan baju Melayu,

Orang rasa pelik,

Lalu orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah ?


Aku baru belajar bernyanyi,

Lantas kunyanyi “key” yang tinggi,

Aku baru mencuba,

Orang mengadu sakit telinga,

Lalu orang ketawa,

Lantas,

Ketawa itu penawar dukakah ?


Aku baru belajar naik LRT,

Nak ke KLCC,
aku menuju ke Gombak,

Sebelum itu aku tanya orang,

Orang kata aku bodoh,
Lalu orang ketawa,

Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah ?


Aku baru belajar sms,

Orang mesej tanya aku buat apa,

Aku kata, aku tengah sms la,

Orang kata aku loyar buruk,
Lalu orang ketawa,
Lantas,

Ketawa itu penawar dukakah ?


Aku baru belajar ikut peraturan,

Baju yang keluar,
aku kedalamkan,

Kata guru,
terserlah ketampanan,

Orang kata,
terserlah ke“skema”an,

Lalu orang ketawa,
Lantas,

Ketawa itu penawar dukakah ?


Aku baru belajar agama,

Orang yang berkonsert,
aku ajak ke surau,

Belum apa-apa,
Orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah ?


Atas semua ini,

Aku ketawa,

Baru aku sedar,

Orang yang baru belajar,

Akan sentiasa diketawakan,

Kerana orang yang baru belajar,

Akan sentiasa berduka,

Kerana itulah kita perlu ketawa,

Kerana ketawa itu penawar duka,
Orang kata!!

Seman, kite tak boleh cakap banyak. Cume due suku kate jer, SA..BAR.. Seman..Seman...

P/s: Cerita adalah rekaan semata-mata, tidak dirujuk secara spesifik kepada yang masih hidup menghirup nikmah Illahi (kecuali mungkin penulis) mahupun yang sudah menghadap Yang Maha Suci.

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Sunday, April 27, 2008

Ba Ra Sin Ya Ha

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam.
kk
"Sesungguhnya mendapat kemenanganlah orang yang membersihkan dirinya"
Surah Al A’la, ayat 14

Penat...
ll
Sedih...
ll
Agak tensi...
lll
Tetapi gembira dan bersyukur juga kerana diberi peluang untuk berbakti...
kkk
Begitulah keadaan diri ini apabila sedang berjalan menuju ke RC hari ini. Memandangkan masa kian suntuk dek kerana terlalu lama memenuhkan masa dengan tidur selepas Subuh tadi menyebabkan masa hari ini terlajak sedikit dari segi perlaksanaannya. Mungkin juga kerana kepenatan masih belum reda sewaktu keluar menjamu selera sempena jamuan makan MUSCOM semalam di Restoran Nelayan di Titiwangsa.
llll
Penat...
lll
Sedih...
lll
Agak tensi...
lll
Perjalanan ke RC digagahkan juga. Janji harus ditepati. Tinggal 10 minit sahaja. Sebelum saya, Shida dan Noni berdiskusi. Tiba-tiba...
kkk
Penat...
kkk
Sedih...
kkk
Agak tensi...
kkk
Perasaan sedemikian buak-buak datang. Mengapa? Apa semua ini?
kkk
BANYAKNYA SAMPAH MERATA-RATA!
kkk
Di kawasan kafe itulah dia. Mula-mula saya terasa malas untuk mengutip apa yang termampu. Tetapi apa yang lebih tepat, masa tak sempat. Abaikan.
kkk
Tiba-tiba...
kkk
Gembira dan bersyukur juga kerana diberi peluang untuk berbakti...
kkkk
Tazkirah Saudara Iqtidar pada suatu Subuh mengingatkan diri. Sekecil mana pun andai peluang untuk membuat kebajikan datang, jangan sesekali kau ketepi. Kelak, mungkin kerana sedikit kebaikan inilah yang akan menyelamatkan diri dari seksaan Dia yang maha ngeri.
hhh
Setakat yang termampu, dikutip juga sampah yang melata.
hhh
Kesal...
hhh
Dengan sikap kita. Mungkin benar kita bersolat, tetapi adakah benar-benar solat kita itu menyolatkan kita? Bukankah syarat, rukun, yang wajib sebelum kita bersolat, adalah mementingkan kebersihan diri dan tempat bersolat.
hhh
Mungkin benar kita bersolat, tetapi adakah benar-benar solat kita itu menyolatkan kita? Orang-orang yang benar-benar bersolat adalah mereka yang mampu bersolat di luar solat. Itulah yang dikatakan sebagai solat yang menyolatkan kita.
hhh
Benda yang 'simple' dan ringkas tetapi mudah untuk pandangan kita terbabas. Kebersihan. Kalau dalam solat kita menjaga kebersihan, mengapa tidak di luar solat juga? Bukankah juih air liur ulama' zaman-berzaman asyik menegaskan orang-orang yang benar-benar bersolat di mana solatnya diterima oleh Allah swt ialah orang yang mampu melahirkan kesan solatnya di luar. Salah satu seginya adalah kebersihan.
kkk
kkk
Malu...
kkk
Malu kita. Malu kita yang bersolat, tetapi sampah sarap poster tidak mahu kita kemas. Malu kita yang bersolat, sambut hari jadi bagai nak rak, sampah yang kita cipta tak mahu tangan-tangan dewasa yang berotak geliga ini masukkan ke dalam tong sampah tersedia (Saudara Shuib kata mungkin sebab tong sampah tak muat!). Malu kita yang bersolat, bilik sendiri penuh dengan sampah berselirat. Malu kita yang bersolat.

"Alah..mak cik penyapu sampah kan ada, biar la dia buat"

"They are paid to do that job. They are the one who responsible to manage all these.
Not us! Please lah! Tangan menggerutu you!"

kkk
Saya bersyukur. Begitu juga dengan rakan-rakan yang terbabit dalam MYC, saya rasa. Di sini ingin kami kongsi satu tips yang sangat bagus.
kkk
Bagi mereka yang asyik dengan marah. Amarah sana sini. Bagi mereka yang asyik merungut. Komen tak berhenti-henti. Dengar sini, tips untuk hidup tenang.
kkk
Kita perlu lupa...
kkk
Lupakan apa?
kkk
Lupakan yang lain....?
kkk
Tak la! Tu tag iklan!
kkk
LUPAKAN KEJAHATAN ORANG
LUPAKAN KEBAIKAN KITA PADA ORANG
kkk
Oh begitu...
kkk
Dan kita perlu ingat...
ll
Ingat?
lll
Di waktu senang..ingat pada Allah!
lll
Yup betul juga. Tapi yang nak ditegaskan di sini.
lll
INGAT PADA KEBAIKAN ORANG
INGAT PADA KEJAHATAN SENDIRI
lll
Dalam kes di atas, andaikata kita berada dalam situasi di mana sampah di hadapan kita, dengan mengaplikasikan nasihat di atas, kita akan dapati.
lll
Wah, mak cik nie dah banyak tolong kami uruskan sampah. Bertuahnya kami kat KYUEM nie, mak cik yang tua dan banyak anak nie, sanggup berhempas pulas melangsaikan tugas memerah keringat menglangsaikan sampah yang kami buat. Subhanaallah baiknya mak cik nie. Aku ingat kebaikan mak cik nie, apa salahnya kalo sekarang aku tolong dia sedikit. Dapat ringankan beban die sikit. Bukanke dalam Nur Jummat yang lepas ada suatu hadis;

Sabda Rasulullah saw;
Sesiapa meringankan satu kesusahan dunia yang dialami oleh seorang mukmin,
maka Allah akan meringankan baginya satu kesusahan di akhirat.
Sesiapa membantu kesusahan yang dialami seseorang,
maka Allah swt akan membantu kesusahannya di dunia dan di akhirat.

(Riwayat Muslim)
kkk
Lagipun, banyak dosa yang aku buat. Banyak dah ngumpat mak cik nie. Bagi salam pun aku malas. Astaghfirullah ya Allah ampunkan dosa aku. Mungkin dengan menolong menguruskan sampah yang sedikit nie dapat bantu hapuskan dosa aku. Mungkin kerana sedikit ini, aku akan dapat masuk syurga. Muzakkir kat surau selalu baca ayat nie;


Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah,
nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!



Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah,
nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

kk
Surah Az-Zalzalah, Ayat 7-8

Aku beriman pada Allah swt
Aku beriman pada Al-Quran
Aku akan buktikan!

ggg
Maka dengan ikhlas dan tawadu' mudah sampah ini masuk ke tempat yang sepatutnya.
gg
Andai setiap masa, semua orang, paling kurang semua bakal-bakal suami dan isteri di KYUEM berfikir dengan cara yang sama, insyaAllah 10 tahun lagi, akan lahirlah satu generasi yang mengamalkan;
ggg
NEGARA BERSIH RAKYAT SIHAT SEMUA SELAMAT DUNIA AKHIRAT
ggg
Hanya kerana tindakan kecil kita dengan membuang dan menguruskan sampah dengan sepatutnya pada hari ini.

TETAPI, haruslah kita beristiqamah. Nauzubillah andaikata begini pulak bunyi dialognya;
ff
"Ala..aku dah tolong mak cik tue dulu. Biar la mak cik tue pulak balas budi aku tolong dia. Lagipun hari tue kan mak cik tue buat dono jer mase aku bagi salam. Sekarang rasakan! Puas sampah aku sepahkan! Hahaha!"

Ketawalah sehingga tibanya saat kematian yang menakutkan!

ggg
Anda percaya?

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more