Saturday, December 13, 2008

3 sahaja!

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam.

Alhamdulillah, seusai terbitan tintaan ini diterbitkan, sudah seminggu saya berada di Malaysia. Alhamdulillah sudah juga sebulan lebih blog ini tidak saya manjakan. Alhamdulillah, kini saya punyai kekuatan untuk menerbitkan tintaan semula, demi manfaat bersama insyaAllah. Secara ringkas, sebelum berlepas ke Stesyen Bas Bukit Mertajam ke Jeti Bagan berjumpa dengan Saudara Aqmin untuk 'meneroka' Komtar di Tanjung dalam misi CD-Rom Laptot Presario V3000 ini, eloklah saya menintakan beberapa perubahan yang boleh saya kongsi bersama-sama sementara saya kembali ke tanah air. Mungkin signifikan, mungkin sekadar sambil lewa, namun insyaAllah bermanfaat untuk semua! =)

Pertama : Pastikan Prepaid Anda Diberikan "Makan Suap"

Saya Bukan Agen Rasmi Celcom

"Makan Suap" atau istilah dalam Bahasa Inggerisnya "Spoon Fed" yang bukannya saya rujuk kepada "Rasuah"; adalah perkara yang sangat kritikal untuk saudara-saudara yang sedang bertarung di medan negara gading negara luar ambil berat terutamanya kepada pelanggan Celcom Prepaid.

Tolong atau sila atau pastikan untuk memberikan makan suap berkenaan buat barang paling kurang RM 10 atau sekitar 1.577 pound sterling (kredit untuk Saudari Dayang dan Aqtar Jan~) atau 5 dollar Australia sahaja (untuk matawang lain silalah merajinkan diri untuk menukar nilai).

Ini berikutan kejadian pelik di mana kad sim Celcom saya telah diisytihar GAGAL atau bahasa Melayu telefonnya TENDANG (macam bunyi Indon~).Terima kasih Saudara Fikri abang kepada saudara Hisyam SC.

Arakian, konsekuensinya terpaksanya saya bertukar kepada "post-paid" atau bahasa orang Kampung Pisang, pakai "line"; semata-mata untuk memastikan nombor 019-4048**2 itu tidak perlu ditukar ganti kerana rakan-rakan sudah bertempiaran ke seantero bumi!

Kesimpulan, pilih antara satu, makan suap prepaid ATAU berhadapan risiko hilang nombor prepaid sekembali ke Malaysia!

Dua : Bertukarlah ke "Celcom Broadband"

Ini gambar lama...sila perbaharui!

Anda tahu 3? Bagi saudari Rashidah akak Cambridge atau saudari Nadiah bakal akak UTP (insyaAllah), mungkin ingat saya mengajar budak tadika. 3 itu pada epistomologinya adalah tiga atau trois (baca : TUA dengan bacaan huruf arab 'kha' pada huruf 'U'), atau dari segi nahu mungkin mengelirukan kerana terkeliru antara pokok dan nombor itu sendiri (baca: Three VS Tree).

Tetapi 3 yang saya maksudkan ialah syarikat 3, sebuah syarikat telekomunikasi di Australia. Saya menggunakan khidmat alat kemudahan wayar lebar 3 (baca: broadband portable device) yang mempunyai kuota penggunaan sehingga 6Gb (sahaje~) dengan bayaran 39 dollar Australia.

Meskipun agak mahal dari segi nilaian individu tetapi secara relatif kelompok paling berjimat dan dari sudut kemudahan internetnya sangat terasa. Meskipun saudara Afiq mengatakan tidaklah secepat manapun << "Quote" : firnas_nafiz (11/12/2008 8:13:09 AM): 3 x la laju sngat pn >>, tetapi jika hendak dibandingkan dengan Malaysia, jauh panggang dari api.

Seusai sekembali ke Malaysia, tuntutan kerja tugasan yang penuh kepelbagaian melalui internet mendesak suatu keperluan kepada kemudahan internet yang laju dan mantap. Maka, setelah kechiwa (baca: klasik Melayu) dan berendam dhuka, dengan kemudahan sambung wayar (baca : dial-up) oleh syarikat TM, maka saya telah bertukar kepada Celcom Broadband kerana kemudahan Streamyx yang menjadi pilihan terhampir adalah tindakan yang fatal memandangkan pencawangnya di Alma Jaya sudah sentiasa menjadi mangsa gangguan oleh ulat-ulat di jalan raya.

Maka, yang terbaik ialah dengan mendapatkan Celcom Broadband yang mana harga modemnya RM 399 atau jika mahukan modem yang berserta dengan 'pen drive 2Gb' maka keluarlah lagi RM 100 (sangat tidak berbaloi~). Ada dua pakej, RM 68 sebulan dengan kelajuan menurut Abang Non cukuplah dengan menunggu muat turun 15 minit sebuah lagu dan filem selama 21 hari (inilah erti pertapaan yang sebenar~) atau secara bahasa IT, 384kbps ATAU RM 98 sebulan dengan kelajuan yang 'super' laju dalam konteks Malaysia (baca : agak bolehla laju di Australia) atau 3.6 Mbps. Jadi, saya berpuas hati buat masa ini, anda mahu mencuba?!

Cuba baca :
http://edwardkhoo.com/celcom-broadband-anyone/

Tiga : Bernama TV dan Demokrasi

Bukan Rancangan Sebenar

Alhamdulillah, ada perubahan yang memberangsangkan dari sudut membenarkan SEMUA pihak, baik di tepi kanan, atau di tepi kiri atau ditengah ditayangkan secara SEPENUHNYA di kaca televisyen nasional. Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan Ahli Parlimen Bachok; Datuk Mukhriz Mahathir, Exco Pemuda UMNO dan Ahli Parlimen Jerlun; serta seorang lagi tokoh yang sudah saya lupa namanya; telah diketemukan dalam suatu sesi perbincangan di Hello Malaysia di Bernama TV saluran 502 Astro bagi membincangkan perihal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Sepertimana menurut pemanggil setianya Hj Hamzah Pak Cik Berapi dari kepulauan Borneo, usaha ini harus diteruskan, sudah cukup menggambarkan apa yang ingin saya sampaikan. Tahniah Bernama TV! Teruskan usaha murni anda!

Tengah-tengah cari, tiba-tiba jumpa ini! Tahniah pula Astro! Ambil yang keruh, buang yang jernih! Ops silap!
Ambil yang JERNIH, buang yang KERUH!
< "Updated" : Terima kasih akak Alia! =) >






Terima kasih kerana membaca! Moga Allah swt merahmati kita semua! =)

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more