Saturday, April 26, 2008

Tulisan Yang Bertulis

Salam.
kkk
Baru beberapa minit, saudara Ariff Junior Religious Exco meminta pendapat saya berkenaan penghasilan skrip bangsawan. Dia ingin saya berkongsi sedikit sebanyak pengalaman. Hmmm...menarik! Jadi post yang ringkas di sini, kepada juniors yang ingin tulis skrip; insya-Allah saya boleh membantu. Cuma di sini ada EMPAT persoalan yang mendasarinya;
kkkk
1. Bagaimanakah ingin menulis?

2. Bagaimanakah kita ingin pastikan kita menulis apa yang telah ditentukan tulisannya?

3. Bagaimanakah ingin kita pastikan apa yang ditulis tertulis?

4. Bagaimanakah ingin memastikan tulisan kita ditulis dalam masa yang sama kita terus menulis?
kkk
Kita bukan hamba tulisan; tetapi hamba Yang Telah Menentukan Tulisan. Bila kita mengikut Yang Telah Menentukan Tulisan, barulah tulisan kita menjadi tulisan menjadi tulisan.
kkkk
Ke arah Mewalisongokan Bangsawan
Sekian.

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Thursday, April 24, 2008

Teori Anggapan Ekonomi

Salam.

Subhanallah! Aku baru perasan. Selama aku belajar Economics baru hari nie aku perasan. Dengan izin Tuhan.

Teori "Circular Of Income" dan "Teori Ekonomi"

Circular Of Income atau Aliran Pendapatan dalam ekonomi menyatakan:

"Gross Domestic Product can be measured by using three main methods which are namely the income method, the expenditure method and the output method. It is assumed that any methods chosen will yield the same outcome in terms of value. This is due to the assumption made that there is a perfect pattern of circulation in the typical economy. The output produced is equal to the income wholy spent on it coming from four main sources; interest, rent, profit and wages. Due to perfect pattern, income is wholy spent hence executes the same total expenditure from consumers i.e. the households. Consumption in a way is a demand factor will again poke the firm sector to produce the desired amount of output and the circular of income kicks off again and again"

Perkara yang sama berlaku dalam "The Law of Demand".

"The quantity of demand has the inverse relationship with the price, ceteris paribus (other factors remain the same)"

Anda tidak perlu memerah otak memikirkan sama ada betul atau tidak teori ini dalam kehidupan. Cukup dengan memerhatikan perihal yang sama antara kedua-dua teori berkenaan. Teori berkenaan terhasil berkat satu entiti yang menutup mulut sang pengkritik. Entiti berkenaan tidak lain tidak bukan ialah anggapan. Dalam bahasa Mr Conquest, Assumption.

Memang dalam Economics, banyak assumption atau anggapan hingga Mr Deedat KYUEM, Saudara Aqtar mengabortasi (gugur la!) subjek ekonomi ketika mengambilnya di KYUEM suatu masa dahulu. Saudara Aqtar berpendapat,

"Economics doesn't relate the real things. It's all about nonsense. Speaking like in the heaven whilst we are dealing with the hell!"
(Obviously, aku suke exaggerate apa yang Aqtar cakap..haha!)


Dalam satu segi aku setuju. Tetapi alhamdulillah aku sudah nampak hikmah dalam konsep 'assumption'. Percaya atau tidak 'assumption' ini adalah suatu hikmah penyelesai masalah.


Contoh, dalam masalah dakwah yang diutarakan oleh Ustaz Hasrizal baru-baru ini, sedar atau tidak sebenarnya Ustaz Hasrizal menggunakan pendekatan teori ekonomi dalam menyelesaikan masalah.


Dalam soalan yang dikeluarkan oleh budak perempuan berkenaan yang berkata;

"Do you believe in wearing scarf for Muslim girl? I don’t believe in wearing scarf. If God doesn’t want us to show our hair, then He will create us hairless.
I don’t want to wear scarf."


Ustaz Hasrizal bagi pendapat aku telah membuat menyelesaikan masalah dengan membuat anggapan terlebih dahulu.

Lihat kenyataan beliau.

"Tetapi saya cuba membawa gadis tersebut ke persoalan yang lebih pokok. Saya sebutkan kepada gadis tadi, “Semua soalan anda tadi adalah persoalan kelapan dan kesembilan kita. Ada persoalan awal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu."

Oh begitu. Baik, apa persoalan utama awak?, tanya gadis tadi. Menyelesaikan persoalan TUJUAN HIDUP! jawab saya."

Katakan teori untuk menjawab soalan berkenaan ialah dengan "mengeluarkan ayat Al-Quran, Hadis dan logik; masalah berkenaan dapat diselesaikan; dengan menganggap bahawa keimanan terhadap Tuhan sudah wujud."

ATAU

"By justifying the arguments from Quranic and prophetic sources plus logical thinking will eventually solve the problem assuming the faith in taking Allah swt as the Truly One to be worshipped remains intact."

Ustaz Hasrizal pergi kepada pokok kerana menganggap selagi mana masalah atau anggapan yang belum selesai selagi itu teori di atas tidak boleh dipraktikkan. Jadi anggapan berkenaan keimanan harus diselesaikan terlebih dahulu barulah teori di atas berjaya dilaksanakan.

Sama konsep dengan teori dalam ekonomi, andaikata berlakunya perfect pattern in economic field, maka barulah teori di atas terjustifikasi.

Andaikata semua faktor berjaya diimbangkan maka terjustifikasilah Law of Demand.

Lihat pula kisah Hasan al-Banna dalam artikel Ustaz Hasrizal yang sama, proses yang serupa berlaku. Katakan teorinya;

"Solat tarawikh boleh dilaksanakan dengan sebaiknya tanpa pergaduhan berkenaan hal-hal furu' selagi mana ilmu berkenaan dalil-dalilnya mencukupi dengan menganggap umat Islam mempunyai adab dan pemikiran yang konsisten dan jelas"

Sama. Anggapan tentang perpaduan perlu mantap. Maka, itulah punca yang perlu ditangani dalam memastikan teori yang tampak benar benar-benar terjustifikasi dengan jayanya.

Mungkin kita boleh aplikasikannya.

Teori menyatakan; "Semakin banyak belajar, semakin tinggi kebarangkalian untuk mendapat A dengan menganggap teknik belajar adalah efisien dan berkesan"

Jadi andaikata teori kita di atas salah dalam perlaksanaan, mungkin kita perlu lihat pada anggapan atau assumption yang kita buat; teknik belajar adalah efisien dan berkesan.

Maka, kesimpulannya, selesaikanlah teknik belajar itu, maka barulah teori semakin banyak belaajr, semakin tinggi peluang dapat A akan lahir dengan jelas di depan mata kepala kita.

Good Luck! Selamat Mencuba!

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan". (AL-Kahfi:109)

p/s : Sahabatku Ainan Al-Kent-Turk-Burry, faham tak?!

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Wednesday, April 23, 2008

ABC! Alhamdulillah!

Salam.
ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR!
WALLILLAH HILHAMDH!

Alhamdulillah! Itu sahaja yang mahu aku ucapkan sekarang. Walaupun keputusan kali ini kelihatan agak kelakar tetapi bagi diriku sendiri punyai seribu pengertian yang tak terungkap. Mungkin aku akan menceritakannya sedikit sebanyak di lain masa. Nak study P3 nie. Hehe. Kesimpulannya, beginilah result ku.
lllll
A for Economics (Masya-Allah!)
B for Mathemathics (SubhanaAllah!)
C for Accounting (Alhamdulillah!)
lll
Sungguh ramah Nenek Timah,
Comelnya gigi tidak berkarat,
Sedari hikmah berlimpah ruah,
Dihinakan diri bersujud syukur mengharap rahmat!
kkkk
Mari belajar bagaimana nak sujud syukur!
kkk
Dipetik daripada :

1) PENGERTIAN SUJUD SYUKUR
hhh
Sujud syukur dari segi syarak ialah suatu sujud (sujud terima kasih) yang dilakukan oleh seseorang ketika mendapat nikmat atau terhindar dari bencana.
lll
Perkataan syukur merupakan kata terbitan daripada perkataan (<teks hilang>) yang bermaksud pengakuan ke atas kebaikan yang diberikan kepada seseorang. Terjemahan dalam Bahasa Melayu ialah ucapan terina kasih.
fff
Sebagaimana firman Allah SWT:
lll

"……………………….Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur ( tidak bersyukur)(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya
Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji."
(Surah Luqman : 12)

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa seorang hamba yang mendapat nikmat atau terhindar daripada suatu kecelakaan atau dengan erti kata lain ianya boleh dianggap sebagai kesan nikmat.

Kesan nikmat akan nampak dan terlaksana dalam kehidupan seorang insan menerusi lisan (perkataan), hati (perasaan) dan perbuatan. Ertinya ketika seorang hamba itu menerima nikmat daripada Allah SWT, atau mendapat berita yang menggembirakan, maka lisannya akan berikrar dan sedar bahawa nikmat yang ia dapat itu datang daripada Allah SWT.

Maka, hendaklah ia bersyukur sambil mengucap Alhamdulillah memuji-muji Allah SWT. Manakala hatinya akan menjadi lapang, tenteram, damai serta sejahtera, mengakui dengan kebaikan-kebaikan yang telah diterima tersebut. Dengan demikian, kesan nikmat itu akan mengubah tingkah lakunya untuk sentiasa melaksanakan perkara-perkara yang diredhai Allah SWT.

Sebagaimana hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi:


Ertinya :
"Dari Abu Bakrah r.a.Bahawasanya Nabi s.a.w. apabila telah datang kepadanya suatu urusan yang menyenangkan atau beliau gembira kerana sesuatu, beliau sujud ke tanah sebagai berterima kasih kepada Allah SWT."
( Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)

Abdurrahman bin 'Auf menceritakan bahawa suatu ketika beliau melihat Nabi SAW mengadap kiblat iaitu bersujud dengan sujud yang panjang sehingga kata Abdurrahman bin 'Auf : "Aku menyangka bahawa Allah telah mencabut nyawa baginda ketika itu. Lalu aku mendekati baginda dan duduk disisi baginda. Maka baginda mengangkat kepalanya dan berkata: Siapa ini? Abdurrahman, jawabku. Baginda bertanya lagi: Apa kamu buat di sini? Aku menjawab: Wahai utusan Allah tuan telah bersujud dengan suatu sujud yang mengkhawatirkan aku kalau-kalau Allah telah mencabut nyawa tuan di dalam sujud tersebut, maka baginda berkata: Sesungguhnya Jibril 'alaihissalam tadi dating kepadaku dan menggembirakan aku, katanya:

Sebagaimana hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi:



Ertinya :"Diriwayatkan oleh Ahmad dari hadis Abdurrahman Ibn "Auf (ra) bahawasanya Jibril berkata kepada Nabi SAW : Allah Taala berfirman : Sesiapa yang bersalawat ke atas kamu, aku (Allah Taala) akan berselawat ke atasnya dan sesiapa memberikan salam kepada kamu, Aku ( Allah Taala) akan memberikan salam kepadanya."

Selain daripada itu banyak riwayat yang menceritakan bahawa ramai diantara para sahabat yang melakukan sujud syukur seperti:

Abu Bakar al-Siddiq. Beliau bersujud syukur ketika mendengar khabar terbunuhnya Musailamah al-Kazzab dalam pertempuran menumpas kaum murtad di Bandar al-Yamamah.

Ali bin Abi Talib bersujud syukur ketika mendapati bahawa Za'al al-Tsadyah diantara orang-orang yang terbunuh dikumpulan al-Khawarij.

Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Ka'ab bin Malik telah bersujud ketika sampai kepadanya berita bahawa Allah telah menerima taubatnya.

Disini dapatlah dikatakan bahawa sikap syukur itu lebih merupakan suatu tindakbalas seorang hamba ketika ciberikan suatu nikmat oleh Allah SWT atau mendapat berita yang menggembirakan atau terhindar dari bahaya kepada suatu amalan yang sifatnya ketaatan kepada Allah.

2) SEBAB-SEBAB SUJUD SYUKUR

Secara umumnya sujud syukur itu dilakukan apabila seorang hamba itu mendapat nikmat atau terhindar dari suatu bencana atau mendapatkan kembali sesuatu yang telah hilang atau selamat dari merbahaya.
pppp
Dalam hal ini hukum sujud syukur menurut mazhab Syafii dan Hanbali adalah sunat, sama ada nikmat yang diperolehi atau bencana yang dialami itu khas bagi dirinya atau am bagi semua umat Islam, seperti kemenangan ke atas musuh, hilangnya wabak yang merbahaya dan sebagainya. Tetapi terdapat suatu pandangan dikalangan mazhab Hanbali bahawa sujud syukur hanya dilakukan bagi nikmat yang sifatnya umum untuk semua umat Islam dan bukan untuk nikmat yang khas.

3) SYARAT-SYARAT SUJUD SYUKUR

Menurut mazhab Syafi'e dan Hanbali disyaratkan sepertimana hendak melakukan solat iaitu thaharah, suci daripada hadas kecil ataupun besar, mengadap kiblat dan menutup aurat.

4) KAIFIAT SUJUD SYUKUR

Cara pelaksanaanya adalah sebagai berikut:
1) Mengadap kiblat
2) Bertakbir kemudian sujud sekali dengan membaca doa sepertimana doa sujud di dalam solat.
3) Bertakbir sekali lagi untuk bangkit daripada sujud, kemudian salam tanpa membaca doa tasyahud.(untuk salam boleh dilakukan sekali)

5) HUKUM SUJUD SYUKUR DI DALAM SOLAT

Menurut mazhab Syafi'e dan Hanbali bahawa sujud syukur tidak dibenarkan dilakukan di dalm solat kerana ianya termasuk dalam kategori sujud di luar solat. Apabila dikerjakan maka solatnya dianggap batal kecuali dalam keadaan jahil atau lupa.

6) HUKUM SUJUD SYUKUR PADA WAKTU YANG DILARANG MENGERJAKAN SOLAT
jjj
Makruh hukumnya mengerjakan sujud Syukur pada waktu-waktu yang dilarang mengerjakan solat sunat seperti selepas solat Subuh atau selepas solat Asar. Meskipun pada ketika itu berlaku sebab-sebab yang membolehkan mengerjakan solat sunat. Begitu juga tidak dibenarkan mengerjakan sujud syukur ketika mendengar khutbah Jumaat.

7) RUKUN SUJUD SYUKUR

1) Berniat untuk sujud syukur
2) Membaca takbiratul ihram ketika hendak sujud
3) Satu kali sujud
4) Memberi salam sesudah sujud

8) PENUTUP

Mudah-mudahan akan dapat sama-sama laksanakan sujud syukur ini dalam kehidupan kita seharian sebagai salah satu lambing ketaatan dan kesyukuran kita kepada Allah SWT, pemberi rezeki.

Demikianlah sedikit sebanyak penerangan daripada Jabatan Mufti Selangor. Moga bermanfaat. Semoga Allah swt melimpah barakah dalam hidupku dan sahabat. Moga tiada istidraj dan diselamatkan daripada fitnah kejayaan mahupun kegagalan. Astaghfirullahhalazim!


Dan (orang-orang yang tidak bersifat demikian) apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata. Kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya). Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi. (Luqman:32)

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Monday, April 21, 2008

Tsunami Keputusan

Salam.

Sudah tiba masanya setelah menceburi bidang blogging sejak dua bulan yang lalu untuk aku merehatkan dahulu aktiviti ini. Mengapa? Kerana aku tidak mahu menangisi berita sedih dengan menerima keputusan tidak straight As bagi A-Level ketika mula belajar di Australia nanti (meskipun hatta dapat semua U pun dalam results tidak akan menyebabkan penyingkiran aku daripada universiti di Australia).

Aku sedar, banyak dosa yang telah aku buat. Sangat kurang pahala yang aku labur. Belum lagi disoalkan perihal rahmat dan berkat. Nasib yang malang di masa depan aku tidak akan catur.

TSUNAMI KEPUTUSAN

Matematik : Belum dapat keseluruhan namun rasanya dalam B atau C.
(Updated : Alhamdulillah! Dapat B!)
Perakaunan : C
Ekonomi : Belum dapat keseluruhan tetapi paling tinggi yang boleh dapat ialah C.
(Updated : Alhamdulillah! Dapat B buat masa nie! Ada harapan dapat A!) =)
Keputusan yang PASTI : Za'im wajib berubah !!!

ROAD MAP TO STRAIGHT As

1.Tawaduk dalam berilmu
2.Sabar dalam mengejarnya
3.Konsisten dalam menelaah
4.Kurangkan tidur
5.Membuang terus sindrom 'puas hati' dan 'cukup la tue'
6.Memutuskan hubungan dengan layanan nafsu serakah
7.Mengurangkan aktiviti blogging kepada paling maksimum satu minggu dua posts dan minimum tiada langsung.

ARTIKEL PENYUNTIK SEMANGAT

THE CONCEPT OF SABR (PATIENCE) IN ISLAM

Courtesy: Basics_Of_Islam
http://groups.yahoo.com/group/Basics_Of_Islam/

“........Allah surely loves those who are the Sabireen (patient).” (3:146)

Hardships and ease are a trial for you. Everything Allah chooses for you; from good or evil, is for your benefit. Whatever occurred to you could not have missed you and what missed you could never have reached you. Rewards are only for those who are patient with the Decree of Allah.Panic and impatience cannot prevent Allah’s Decree.

Shakwah (complaining) is contradictory to Sabr (patience). Allah alone can protect you from harm and ease your difficulties. Sabr is obligatory!

If the affliction results from acts of obedience to Allah, such as injury on the battlefield, losing money during Hijrah
 (migrating for the sake of Allah), losing a job because of accepting Islam or because one attempts to follow the Sunnah of Allah’s Messenger (Salal-Allaahu ‘alayhi wa sallam) like growing the beard, wearing the lower garment above the ankles, etc, then the affliction is a trial. Whoever bears it with patience will be rewarded and whoever exhibits annoyance may invoke the wrath of Allah upon himself.

If the affliction befalls due to sinful actions, such as illnesses caused by drinking alcohol and using drugs etc, 
 then the affliction is a punishment from Allah. Hasten to avoid all sinful acts and turn towards Allah in
 repentance and ask his forgiveness. Otherwise, know that the punishments of the Hereafter are far more severe and unbearable.

If the affliction is neither connected to neither a good deed nor a sin, such as other kinds of disease and sickness, losing a child, or failing in business, then you should evaluate your actions. If you are involved in some kind of disobedience to Allah then the affliction is a punishment for you and a reminder to leave your evil deeds. Otherwise, Allah has caused
this affliction to test your patience.

The Messenger of Allah (Salal-Allaahu ‘alayhi wa sallam) said: “One amongst the inhabitants of Hell, who had lived a life of ease and pleasure in the world, would be made to dip in the Hell Fire only once on the Day of Resurrection. Then he would be asked: ‘O son of Adam, Did you find any comfort. Did you get any blessing?’ He would say: ‘By Allah, no, my Lord!’ Then a person, from the inhabitants of Paradise, who had led the most miserable life (in the world), would be made to dip once in Paradise and it would be said to him: ‘O son of Adam, did you face any hardship or experience any distress?’ he would say: ‘By Allah! No never have I experienced any hardship or distress’.”
(Saheeh Muslim, No. 6738)


“And certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to as-Saabireen (the patient ones).Who, when afflicted with calamity, say: “Inna lillaahi wa Inna Ilaihi Raaji’un (Verily to Allah we belong and verily, to Him we shall return).”They are those on whom are the Salawaat (i.e. who are blessed and will be forgiven) from their Lord, and (they are
 those who) receive His Mercy, and it is they who are the guided-ones.” (2:155-157)

THE 4 LEVELS OF PEOPLE WHO ARE AFFLICTED:

The First Level:

Being angry, and this is in various ways: and anger is of two types.

The first type of anger is that which is directed toward his Lord. So he becomes angry at what Allah has decreed for him, and this is Haraam (forbidden).And it is possible that this could lead to kufr.


Allah said: “And among mankind is he who worships Allah upon the very edge (i.e. in doubt); if good befalls him, he is content therewith; but if a trial befalls him, he turns back on his face (i.e. Reverts back to disbelief after embracing Islam).He loses both this world and the Hereafter. That is the evident loss.” (22:11)


The second type of anger is expressed by the tongue like making du’aa for destruction or ruin and what is similar to that, and this is Haraam.

The third type of anger is expressed by the limbs like slapping the cheeks, ripping clothing, pulling out hair, and similar to that, and all of this is Haraam and in contradiction to patience which is Waajib.

The Second Level:

Being patient, just as in the saying: Patience is like its name - bitter in taste, yet its outcomes are sweeter than honey. The person at this level feels the affliction to weighs very heavy upon him, yet he bears it although he dislikes that it happened. Rather, his Eemaan bears it and restrains him from being angry. So the time of affliction and the time of no affliction is not the same to him, and this (level) is Waajib, because Allah commanded the people to be patient, saying:


“.....And be patient, indeed Allah is with the patient ones.” (8:46)

The Third Level:

Being pleased with the affliction in that the person is pleased with the affliction and whether it happened or not, it is the same to him so he it is not difficult upon him. He does not bear it as if it is something weighing heavy on him, and this (level) is Mustahabb (preferred) and it is not Waajib according to the most correct opinion.

The difference between this level and the one before it is apparent because the affliction happening or not happening is the same due to the pleasure of the one on this level.As for the level before it, the affliction is hard upon him, yet he remains patient over it.

The Fourth Level:

Thankfulness and being grateful and this is the highest level. This is that the person thanks Allah for the affliction which has struck him in that he knows that this affliction is expiation for his sins and perhaps a cause for an increase in his good deeds.

The Prophet (sall-Allaahu ‘alayhi wa sallam) said: “There is no affliction which strikes the Muslim except that
 Allah expiates with it (sins), even with a thorn that may poke him.” (Bukhaaree & Muslim)

Supplication (Dua): O Allah, make us from those who have patience upon hardships and those who are thankful upon Your blessings.

Ameen!

Notes from me: (from the blogger)

Allah Subhanawataala says in the Quran:



“Nay, seek (Allah’s) help with patient perseverance and prayer: It is indeed hard, except to those who bring a lowly spirit, Who bear in mind the certainty that they are to meet their Lord, and that they are to return to Him. ” [Quran 2:45-46]

Dua/Supplication:“Allahumma musarrifal-qulubi, sarrif qulubana `ala ta`atika” -
O Allah! Controller of the hearts, direct our hearts to Your obedience…ameen




"......Dan jangan kamu membunuh diri-diri kamu, karena sesungguhnya Allah maha belas-kasih kepadamu." (An-Nisa'- 4:29)

Atas hidayah dan rahmat Allah swt aku berazam untuk bingkas bangkit daripada kegagalan ini!

Alhamdulillah atas nikmat Islam dan Iman !
Mohon redhaMu ya Allah swt! Dan dipermudah!

ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR !

Doakan aku rakan-rakan ! =)

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Sunday, April 20, 2008

Mari Tiru Fawwaz ?!

Salam.

"Apa bezanya air hujan dengan air masak?"

Hujan sedang renyai-renyai turun. Fawwaz, si kecil di pangkuan saya itu berfikir.

"Air hujan tak boleh minum, air masak boleh"

"Kenapa air hujan tak boleh?"

"Air hujan kotor!"

Saya menduga lagi.

"Apa beza air masak dengan air paip?"

Dia berfikir lagi.

"Air masak boleh minum air paip tak boleh!"

Dia menggunakan hujah yang sama dengan logik dan loghat budak-budak tadikanya.

"Kenapa air paip tak boleh?"

Fawwaz menjawab;

"Air paip kotor!"

Guruh kecil di luar mengaum comel. Saya 'membidas' dengan menyoalnya.

"Habis, Fawwaz basuh tangan guna apa?"

"Guna air paip la! Takkan air masak pulak!"

Kilat. Ya...Kilat memancar di awan hitam luar kereta di langit Tuhan.

"Tadi kata air paip kotor! Jadi, Fawwaz basuh tangan guna air kotor la? Bukan ke basuh tangan nak bersih. Kenapa nak bersihkan tangan guna air paip yang Fawwaz kata kotor?"

Guruh berdentum lebih kuat. Paling kuat.

Azri tergelak. Hisham 'ter'tido.

Fawwaz?

Senyap dan kelihatan pening. Ubah topik.

Peristiwa di atas diakui punyai unsur tokok tambah semasa perjalanan pulang dari Tanjung Malim bersama Fawwaz and The Gang semalam.



TUHAN DAN MINDA SI KECIL

Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban.Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. -Ar-Rum (30:54)

Budak kecil atau Children dalam bahasa Queen Elizabeth merupakan sesuatu yang menarik untuk dibincangkan.Saya kagum dengan kuasa Allah swt bagaimana dengan kun-fayakunNya; proses pemikiran mereka, si anak-anak kecil ini bermula.


Saya masih ingat ketika kecil sekitar umur 7 tahun; saya merasa ajaib melihatkan orang dewasa membaca Al-Quran dengan begitu laju. Saya rasa takjub menyaksikan mereka mampu membaca artikel surat khabar tanpa perlu mengeja. Bilakah proses itu bermula? Di manakah mulanya kuasa Allah swt didetikkan? Masih jelas, dek mahu menghambat kepantasan orang dewasa membaca buku, saya terus memulakan dengan membaca komik Doraemon. Sekadar permulaan bagi menguasai bahasa yang mudah. Itu sekitar 13 tahun yang lampau. Saya masih teringat. Kuasa Allah swt lagi!

KETULENAN EKSPRESI MINDA SI KECIL

Kanak-kanak mudah untuk menerima tetapi kurang menganalisis sebaliknya memaksimumkan ekspresi emosi dan pengetahuan mereka dengan lebih bebas. Sebaliknya insan yang semakin dewasa cenderung untuk takut menyatakan suara hati nurani kepada khalayak.

Mengapa?

Kerana kelihatan pada hemat si dewasa, begitu banyak kepentingan perlu diutamakan. Sayang, kepentingan duniawi dalam kebanyakan hal.

Seorang akauntan perlu berfikir adakah mereka akan dibuang kerja atau tidak sebelum mereka menegakkan kebenaran tentang penyelewengan kewangan kepada syarikat terbabit. Malah, seorang pembantu rumah turut berfikir sama ada mereka akan dicerca ataupun tidak sebelum memberitahu 'boss' mereka tentang perihal kelakuan sumbang 'anak boss' di hadapan mata.

Pendek kata, orang dewasa beribu kepentingan (cenderung ke arah duniawi) hingga kebebasan meluahkan apa yang tersimpan di buku hati; secara tidak sedar rupanya tersekat. Ironinya, kanak-kanak seperti Fawwaz tiada kepentingan (melainkan kepentingan fitrah yang dia sendiri pun tidak sedar terpaculnya pendirian berkenaan dalam dirinya) dan ternyata lebih bebas meluahkan apa yang ada di kalbu kerdil mereka. Kerana itu ada kata-kata berkata :

"Mungkin hikmah Allah swt menjadikan seorang tua itu kembali kepada fitrah anak-anak kecil kerana orang tua itu sudah letih menjaga kepentingan duniawi dan mahu membebaskan emosi! Lantas, dia pulang ke kepentingan fitrah"

Nyanyukkah orang dewasa yang meluahkan hati nurani mereka? Nyanyukkah seorang rakan menegur rakan yang makan seDining Hall, solat seMusolla dan berhimpun seGreat Hall atas perbuatan sumbang mereka meskipun itulah yang selama ini terpendam dalam hati yang membenci dosa? Nyanyukkah mereka yang meluahkan perasaan ikhlas di hati terhadap kezaliman sesuatu pihak dengan tidak berpihak memberi undi kepada si penzalim tadi?

Kata Islam, yang nyanyuk ialah mereka yang senyap hatta pada hati akan jenayah di hadapan mata kepala sendiri !

Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?
-Yaasin (36:68)

Kerana itulah saya rasa, dari satu segi, kita perlu kembali kepada kepentingan fitrah persis si Fawwaz dengan akal rasional dan matang (tidak seperti si Fawwaz yang kurang menganalisis dek kurangnya pengalaman dan pengetahuan) sebelum Allah swt mengembalikan kita ke kenyanyukan dengan penuh kehinaan. Nauzubillah!

Persoalannya, apakah kepentingan fitrah itu?

Jawapannya, kembali kepada yang menciptakan Fitrah. =)

Akhir kata;“Barangsiapa yang kenal akan dirinya, maka kenallah dia akan Tuhannya”

Kepentingan fitrah~ Hmmm~

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more