Thursday, March 19, 2009

Laporan Baru Cerita Lama : SPM 0105 MCKK


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.

Biiznillah~ 
Alhamdulillah~

SPM 2008

Zulikhwan melaporkan dari corong telefon...

47 straight As
9 orang straight A1s
20 orang straight As dengan 9a1 + a2 (EST!!!)
2 orang fail (uit?)
Nombor Satu Perak
Nombor 15 SBP

Tahniah kepada yang berjaya
Yang belum berjaya, teruskan usaha
It is not the end of the world
(abang Raf mohon dipinjam~ hehe)

Biiznillah~ 
Alhamdulillah~

Cerita lama SPM 2005

PERHATIAN : 
Bukan nak bangga-bangga, tapi sekadar cerita lama, 
diusap cermin berhabuk, terkenang apa yang lapuk

<>

: utusan ini khas untuk batch 0105 MCKKku yang dikasihi 

Saudara-saudara 0105 MCKKku yang disayangi,

Kiranya saudara semua sudah menyaksikan keputusan yang terpampang di medan utama Frank-Star kalian sebagaimana yang diutuskan oleh Saudaraku Amir Kuhek yang mana menurutnya dating dari Aku. Sebenarnya, bukanlah dari Aku sahaja tetapi hatta kami bekerjasama mendapatkan maklumat dari guru-guru kita menerusi talian telefon suara. Arakian, bagaimana reaksi kalian ? Kecewa ? Terkilan ? Terkejut ? Dah agak ? Tak sangka ? Bagi Aku, aku tidak terlalu terkejut hingga tidak puas hati namun aku lebih bersikap positif dalam hal ini. Mungkin orang luar menganggap ranking penarafnilaian bagi alma mater kita ini agak sederhana namun kita masih boleh berasa bangga atas tegakknya beberapa hujah. Aku sendiri enggaklah berasa rendah hati mengenai keputusan ranking penarafnilaian dalam kalangan alam SBP sekaliannya karena kalian perlu sedar it counts the future, how successful u r at the end as become somebody instead grasping excellent result of SPM ! Getting bad result is not the end of the world ! Keep trying and trying ! I believe that as long as we have the determination, desire and the discipline,  the success is yours ! Believe in the blessing of Allah, our parents and people around us ! Amin !

Aku mahu kiranya menilai kebanggan ini menerusi kejayaan sederap A rakan-rakanku dahulu. Kiranya kita memperoleh 16 manusia pelatih sederap A1. Dalam itu juga 34 orang sederap A bercampur-baur berlauk-pauk dengan A1 dan A2. Adalah itu pencapaian terbaik alma mater kita. Aku sebenarnya berbangga dengan mereka ini. Kenapa ? Kerana mereka ini manusia hebat ! Kenapa aku tidak rasakan orang lain selain dari mereka ini hebat ? Kerana manusia dari alma mater kita ini yang peroleh sederap A bertimbun ini adalah mereka yang berkualiti. Rata-rata bukanlah mamat-skema-ngadap-buku-24-jam-hingga-terpulau-diri sahaja; mereka ini pemimpin pelatih-pelatih alma mater kita ! Mereka pemain bola basket yang 2 tahun turut-turut Johan sekalian alam SBP ! Mereka ketua segala ketua ! Akan karena itu maka Aku bercemar duli mau bicara tentang itu dahulu.

Saudara-saudara 168 Ahli Batch 0105 MCKKku sekaliannya,

Manusia pertama Aku mau sentuh pastinya, Saudaraku Amirul Cepe. Ini manusia tahap Bhumisambarabhudara ! Menang Johan segala johan dalam kumpulan 10A1 peringkat Negara Malaya-c-ya dalam periksa besar ini ! Tahniah ! Tempatkan diri dalam kelompok 55 elitis negara ! Sudahlah kapten bola basket yang 2 tahun turut-turut Johan sekalian alam SBP ! Bisa kalahkan sekalian Cina-Mata-Sepet Sungei Siput lagi ! Pemimpin Malay-College-Student-Bawang lagi ! Hebatnya ! Moga cita-cita depan masa tercitra ! Amin. Baiklah, manusia kedua Aku mau sentuh tentang Saudaraku Hafizuddin Jalan. Kendatipun tidak peroleh sederap 10A1 ironi peroleh sederap A bercampur-baur berlauk-pauk, aku terpegun karena dia bisa genggam kejayaan sebegini meskipun dia pernah gagal yang bagiku agak besar ! Siapa sangka insan yang tidak insane ini yang gagal sederap A dalam Periksa Nilai Tengah Rendah ini yang pernah merasa kelompok terbawah masa tahun ampat yang berloncat laksana grass-jumper ini ke kelas dua berkompeni dengan Aku yang marhaen ini pada tahun lima, juga bisa genggam kejayaan besar ini! Bahkan, dia Ketua Alat-alat-Bunyi-Bising-Bagi-Bukan-Ahli alma mater kita ! Tahniah ! Kalo ada anugerah Pelajar Cemerlang Aku kasi dia ! . Begitu juga dengan Saudaraku Hariri Riri dan Saudaraku Bukhari Bobo juga kuperhati kagum. Mana tidak, mereka dari kelas terbawah, bisa juga nikmati sederap A dalam periksa besar ini. Tahniah ! Berjaya juga batch kita ini ulangi kejayaan luar biasa Taro SPM01 yang lampau ! Semoga berbahagia mereka hendaknya. Tidak cukup dengan itu, Saudaraku Khalis Nageb , Saudaraku Luqman Bird , Saudaraku Mukhlis Mukhlis , Saudaraku Hamid Hamid , Saudaraku Azim Teeno , Saudaraku Anam Anam , Saudaraku Faisol Cot 67>, Saudaraku Awang Ridhu dan ramai lagi menjadi eviden taraf kualiti ini. Kerna itu aku bangga dengan mereka! Syabas !

<>

Saudara-saudara 0105 MCKKku yang dirindui,

Aku telah telefon sama Guruku Rauhi, Guruku Safuan serta Guruku Shahriman akan perihal ini. Rata-rata tidak enggak sekali keciwa dengan apa yang kita pamer. Sudah kita semua; para pelatih dan jurulatih, melakukan yang terbaik mungkin untuk kemaslahatan kita bersama dalam periksa besar ini. Malah mereka kagum dengan pencapaian kita yang bisa memperbaik rekod yang dicipta sebelum-belumnya bagi alma mater kita. Guruku Rauhi misalnya memberikan kepuasan hatinya kepada Aku. Hingga dia kata, I`ll miss u all ! Dia kata, memandangkan kemudahan-kemudahan alma mater kita ini daif <> dengan aktiviti-aktiviti yang melampau hampir setiap ketika sepanjang sessi sekolah, adalah satu kepuasan dengan kejayaan yang cemerlang begini. Dalam situasi penuh kekangan masa, tenaga dan atmosfera pun kita bisa lakukan anjakan sebegini, itu sudah cukup membuktikan kita berkualiti. Mungkin sekolah yang lain dalam kalangan SBP punyai kelebihan yang berganda-ganda, berlipat-lipat dari kita punya; punyai kelebihan lebih mencipta keputusan yang lebih baik. Tetapi kita, dengan keputusan yang ada, pihak administrasi SBP pun puas dengan apa yang dicapai, kita masih boleh berbangga, jangan rasa rendah hati hatta sekali! But, humble is all right !

Saudara-saudara 0105 MCKKku sekalian,

Kini kita tinjau keputusan ranking sepertimana yang diposkan oleh Saudaraku Amir Kuhek ke medan buletin Frank-Star.

Ranking Penarafnilaian Sekalian Alam SBP Secara Holistikalnya

1.Kisas

2.Saser

3.Sbpi Gombak

4.Ssp

5.Asis

6.Sdar

10.Stf

15.’MCKK’

16.Shah Pekan

21.Tkc

22.SSsas

26.Star

Ranking Penarafnilaian Ikut Bidang Ilmu Sekalian Alam SBP

BM -15th 1.1

BI -22nd

MAT -9th 1.03

SEJ -20th

PAI -48th

FZK -6th

KIM -20th

BIO -42nd

MT -48th

EST -1st 2.02

Kesimpulan Tersurat

10A - 50 (29.6%)

10A1 - 16 (9.5%)

PNGK - 2.01

Saudara-saudaraku,

Kita lihat dahulu Ranking Penarafnilaian Sekalian Alam SBP Secara Holistikalnya. Tahniah kepada Sahabatku Amir Najmi Amir <12a1,> kerana alma matermu di kedudukan pertama ! Kedapatan kita ditangga kelima belas. Perlu diingat kepada seisi alam Frank-Ster, pihak administrasi SBP sebenarnya melihat kepada kelompok kelas kecemerlangan secara kesamarataan. Begini kelasnya dibuat. KISAS berada di kelompok tersendiri. Hanya dia dalam kelas itu. Begitu juga dengan SASER. Dia sendiri dalam kelasnya. Tetapi, bagi kumpulan keTIGA hingga keLAPAN BELAS ia berada di kelas yang sama karena pihak administrasi melihat kumpulan ini punyai pencapaian yang setara, cuma tidak sama. Perbedaannya hanya berlangsung pada titik perpuluhan memasing dari segi CGPAnya. Dalam erti kata mudahnya, bagi pandangan pihak administrasi SBP, KISAS berada dalam kelas TERBILANG. SASER berada dalam kelas GEMILANG. Manakala, alama mater dari nombor 3 hingga 18 dalam kelas CEMERLANG. Faham ?

Kita saksikan pula dari segi Ranking Penarafnilaian Ikut Bidang Ilmu Sekalian Alam SBP. Semua subjek kita hakikatnya meningkat berbanding tahun sebelumnya. Cuma, fitrahnya orang lain menigkat berlipat kali, jadi dari segi ranking penarafnilaian kita kurang sedikit. Begitupun, tahniah kepada subjek EST <>Extra-Sleeping-Time for a few reason.. > kerana bisa kekal duduk Johan dalam carta itu. Harap ia berkekalan. Amin. Begitu juga dengan ilmu Fizik, Bahasa Melayu dan Matematik Moden yang telah berjaya mencapat target yang dikehendaki. Tahniah !

Baiklah selesai itu. Dari segi kesimpulan tersuratnya, harus diperingat juga. Menurut Guruku Rauhi serta Guru-guru Kanannya <> , hanya alma mater kita dan KISAS sahaja yang cemerlang mendadak dari segi kutipan sederap A mengikut ratio atau nisbah para calon periksa. Maksudnya, dari segi kutipan pelajar sederap A, kita telah berjaya meletakkan alma mater ini di kedudukan yang bagus sebenarnya. Jadi, mau terkilan lagi ?

Saudara-saudara 0105 MCKKku yang banyak menyimpan suka duka dalam hidupku,

Kesimpulannya, janganlah kita terlampau sedih atau rasa ciss.. sangat dengan keputusan penarafnilaian ini. Kita sudah lakukan terbaik. Apa yang penting ialah meneruskan misi dan visi alma mater kita untuk menjadikan kita the Cream of the Country ! Jadilah seorang yang mampu mencurahkan bakti kepada pembangunan Agama, Bangsa dan Negara ! Sedarlah sumbangan kita ini jika kita anggap sampai koleq terhutang budi kepada kita ini, haruslah kita anggap hanyalah sekadar sumbangan kecil yang kita beri kepada koleq. Koleq telah banyak beri lebih dari sepatutnya dan kita harus sentiasa merendah diri <> dengan pencapaian kita ini. Jangan sesekali sombong diri atau lupai terus jasa insan-insan yang berjaya merubah kita dari seorang insane kepada seorang insan ! Terus hargai mereka dan segala-galanya ! Jadilah orang yang berguna. Keep supporting the future generation. Jangan jadikan pencapaian kita ini sebagai batu loncatan untuk kita bermegah-megah dengan senior-senior selepas kita atau junior-junior kita. Jangan sekali mengutuk mereka kerana kita dari produk yang sama, produk The Malay College Kuala Kangsar. Jatuh bangun maju mundur hayat alma mater ini terletak dalam tanggungjawab kita bersama. Wangi busuk harum tengik nama MCKK terletak pada bahu kita semua yang menjunjungnya. Kembalilah semula nanti apabila anda semua berjaya ke alma mater ini menabur bakti kepada survival kolej ini. Akhirnya kini, Aku harap semua 168 kita ini nanti bila jadi somebody yang berjaya bisa berbangga menyatakan,

“Sir, I`m the former student of Malay College Kuala Kangsar”

as the introduction of your talk. Gud Luc ! Welcome to the Real World !

p/s ini ulasan kedua aku setelah ulasan pertama aku tetiba terpadam sebab cina CC tue tercabut plag computer aku guna ! Ciss… Kalo tak lagi panjang. Hampir 10 muka surat !

par : laviosa67

Additional information : 

Koleq emerged the first, the best among SBP in Perak and North Zone ! Congratz !


Biiznillah~ 
Alhamdulillah~

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

8 comments:

Anonymous said...

wahwahwah zaim.
terer hang bermadah2 ni. skill tu memang tak hilang nooo.

yeah,
aku harap bila aku dah start keja nnti aku x malu atau segan nak cakap
"datuk/tan sri/dato', i'm from MCKK"

tak sangka hang punya semangat ke-koleq-an kuat gila.

tapi, ada jugak yang tak puas hati dgn kita.depa kata perasan baguih la, perasan terer la, poyo la. kenapa la ye? jeles la kot tu sebab tak penah pijak atas bumi mckk yg mahsyur - tak kekang dek panas tak 'pape2 jela' dek hujan.

aku rasa hubungan antara batch aku dan admin amatlah tak berapa OK. sesuatu harus dilakukan....

-bdk 0206 yg baru sebulan sampai melb-

udienjai said...

Alhamdulillah... terima kasih atas pujian. tp xdelah setinngi tu pengiktirafan. =P ini kejayaan kita semua bersama. moga dari insane, kita menjadi insan.. amin..

zaf said...

sekolah hamba masuk ranking..wah...!! kenapa tetiba sahaja dimasukkan? melompat terus dari nombor 10 pula

apa pun

it is not in the end of the world...long wayyyy to go!

real life


dari bumi pencuri buat orang miskin

rafizzi said...

assalamualaikum

anta skrg bljr kat mana ye? suka baca penulisan org yg hebat²..
jzkk berkongsi... anyways, nak tye, abg Raf kat atas tu kawan kat sana ke atau siapa? =)

rafizzi said...

t'as bien parlé français! je te félicite car tu t'es souvenu ce que t'as appris.. =)

ikmal afif said...

ade yg fail ek..x tau lak aku..huhu

nurul khairunie said...

salam.
saya dulu sekolah kampung2 je.
teringin juga masuk SBP tapi takde rezeki.
=)

Anonymous said...

bukankah skop ini terlalu kecil? antara sbp? dengan melayu sahaja? sudah dijulang setinggi tinggi pencapaian yang dicapai. bagaimana mahu maju?