Friday, April 18, 2008

Jumaat dan Cerita NukilanNya

Salam.

Kesukaran diatasi
Kamikan bersatu hati
Menuju puncak jaya
Membina cita semua

Alhamdulillah. Masuk tanggal waktu Jumaat, sudah 2 keputusan peperiksaan percubaan berada dalam bidang pengetahuan. Ditambah dengan 1 keputusan lagi yang komennya secara tidak rasmi. Kesimpulannya, keputusan P3 Matematik aku telah meningkat secara drastik daripada E (sila baca) ke B. Aku bersyukur. Meskipun mak aku bertanyakan:

"Susah sangat ka (sampai) dapat B?"

Aku redha dan menyesali diri sendiri dengan kegagalan diri mengawal dan mengatur masaku dengan sebaiknya. Waima begitu, tetap aku lakarkan ucapan penghargaan buat Saudara Hisham, Saudara Muadz, Saudara Rodhi, Saudara Hazim, Saudara AFiq, Saudara Hazman dan Saudara Muzzein atas bantuan dan motivasi yang disalurkan semasa persediaan malam sebelum P3. Hanya Alllah swt sahajalah yang mampu berikan rahmat dan berkat dalam kehidupan saudara.

Tidak dilupakan juga, kepada Saudara Lawi atas kebaikan tulus hatinya membantuku walaupun pastinya dia agak terkejut dengan menyampaikan surat-tunjuk-sebab-kegagalan P3 kepada pihak yang sepatutnya menerima. Moga Allah mengampuni dosaku dan pihak berkenaan merestui segala-gala jasa yang dicurahkan selama ini. Syukran Hawi!

Begitu juga dengan Accounting, aku tidak terasa terkejut mahupun sedih. Keputusan yang bagi aku Alhamdulillah, tidak seteruk yang dijangka dan Innalillah Wa Inna Ilaihi Raji'un atas ruang lompong yang agak besar. Za'im, teruskan usaha! Lebih baik daripada sebelumnya setidak-tidaknya! =)


(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." -Al-Baqarah (2:156)

Artikel Best : Klik Di Sini

Kesimpulannya, aku perlu lebih berusaha lagi. AKu bermunajat pada Allah swt agar aku tidak tenggelam dalam keselesaan berbanding mereka yang peroleh kurang sedikit daripada aku dan terus timbul dalam kegelisahan yang diterjemahkan dengan usaha berterusan dan lebih gigih apabila membandingkan dengan mereka yang peroleh lebih banyak daripada aku. Aku redha.

Marilah kita berusaha
Tegakkan kebenaran
Demi bangsa dan agama
Kami sanjung setiap masa

"Marilah ke pesta perkabungan ulangtahun ke-10 di kolej ini"
"Asal plak camtue?"
"Kantoi tak pergi assembly!!! Ala...tadi Puan Rog buat announcement cakap pasal dresscode Awards Day 21st June nie"
"Ha! Ape die dresscode die?"
"Orang laki pakai suit! HANYA SUIT GELAP sahaje?"
"Aper? Nak balik awal la macam nie! Tak nak gi Awards Day la"

Mungkin itu yang diperbualkan. Bagi aku, marilah kita melihat hal ini secara pros and kons. Dua kacamata. Yang putih dan yang hitam.

Yang positifnyer :

Setidak-tidaknya dapat kita buat blazer baru. Siapa yang tak pernah merasa jadi pengawas masa sekolah menengah dulu dan kempunan nak pakai blazer, bolehla merasa sekarang. Lagipun, ini untuk pelaburan masa depan. Yang jadi cikgu, nak ngajo anak murid dalam air-cond nanti kena pakai blazer; yang keje kat opis, nanti kene pakai blazer jugak; so kire kite buat awal-awalla blazer tue. Tak der la kalut nanti. At least, masa fly nanti boleh fly pakai blazer (?!)

Yang negatifnyer :

Kos. Tidaklah semua berkemampuan nak membeli suit yang berharga hampir cecah ribuan ringgit tu. Walaupun aku dah tempah satu, itupun yang paling murah. Cube teka berape.

RM 100 ?

Oh salah!

RM 200 ?

Oh tidak tepat!

Tettt! Masa dah tamat!

RM 400!

Tambahan pula dengan hal ini, makin ramailah kawan-kawan aku yang balik awal bile A-Level dah habis nanti. Oh! Adakah majlis Wida' kami tidak akan berseri!

Apapun, aku terfikir, semata-mata menyambut manusia yang dipilih rakyat inipun kita berlagak sakan gayanya memakai yang sehabis terbaik daripada sumber pakaian manusia, apatah lagi bila kita menghadap Sang Pencipta setiap hari sekurang-kurangnya lima kali?


Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.-Al-An'aam (6:162)

Artikel Best : Klik Di Sini

Aku bingung dan sedih.

Midst Malaysia Verdant Upland
Stand A College Built For All
Education is its mission
Scholarship is clarion call


Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar". -Al-Saaffaat (37:102)

Aku mimpi lagi. Mimpi pasal Parti Hijau lagi. Aku tak pasti. Aku mimpi naik motor dengan parents aku. Aku terasa lega dan tenang bila melihatkan ramai muslimat memakai tudung labuh ala-ala Saudari Fatimah. Kebetulan dalam mimpi dia menunggang basikal bergegas ke masjid. Di sebelah kami kelihatan pasar yang penuh dengan bendera Parti Hijau itu.

Aku pulang. Wajah Ustaz Deris, imam masjid di kampung aku kelihatan sedang berdiskusi hebat dengan beberapa orang. Kelihatan isi mereka sudah aku jangka dalam lubuk hati ketika aku masuk menemui mereka.

Aku tidak mengerti. Mungkinkah permainan syaitan? Tetapi semuanya masih segar dalam ingatan. Aku terus bingkas bergerak bersama Muadz dan Hisham mengerjakan Solat Asar.

Al-Imam Ibnu Syahin, dalam mukadimah kitabnya Al-Isyarat Fi Ilmi al-'Ibarat, berkata:
"Islam mencerca ilmu tenung kerana hanya Allah-lah yang mengetahui masalah ilmu ghaib. Saya menghindari ilmu-ilmu seperti itu dan tidak meminatinya, dan saya ingin membuat buku yang dapat mendedahkan perkara-perkara ghaib yang sememangnya diakui oleh syarak, iaitu ilmu takwil dan ta'bir mimpi."

Menurut ahli-ahli ta'bir, mimpi ada tiga macam:

1. Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini tidak memerlukan penafsiran.

2. Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil.

3. Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya.

Baca Sambungannya : Klik Di Sini

Knowledge is the key to freedom
Study is the road to truth
We shall strive to serve our nation
As leaders of Malaysian youth

Terima kasih kepada Saudara Fazdhly atas perbincangan semasa lepas Jumaat tadi. Moga-moga kita kembali mekoreksi apa yang patut dikoreksi demi dakwah di bumi sehijau warna daun ini.

Sungguh indah adab bermesyuarat dalm Islam !

Lihat nukilan saudara Afiq : Klik Di Sini

Begitulah apa yang terjadi. Semua pasti ada hikmah yang tersingkap dek mata.


Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.-Al-Baqarah (2:216)

JAP!

Za'im kenapa nyanyi lagu kolej terbalik!
Azri Garnet sebelah nie nyanyi lagu terbalik masa assembly tadi.

Sudah~


ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


2 comments:

caliphkaai said...

serukan rakyat pergi bertempur,
supaya keberanian musuh ditembus,
markah yang rendah digembar-gembur,
markah yang tinggi disorok terus.

masak asam letakkan peria,
rasa enak walaupun kelat,
inilah dia sikap mulia,
contoh insan ikutan umat.

Muhammad Za'im Bin Mohamad Yusoff said...

mari raikan cinta terpana
belum tentu cinta terkuasa
puji puja insan adalah fana
belum tentu dimulia Yang Maha