Thursday, April 17, 2008

Solat dalam Mimpi ?!



Salam.

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar -Al-Baqarah (2:153)


Agak terkejut tetapi dengan penuh kesyukuran mungkin Allah s.w.t kirimkan petanda, wallahu`alam. Malam tadi aku bermimpi berjumpa dengan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ulama Besar Malaysia merangkap Menteri Besar Kelantan.


Dalam mimpi aku tue, aku seolah-olah berada dalam suatu ceramah berkenaan Islam yang dihadiri begitu ramai manusia. Aku duduk di hadapan sekali tetapi di bahagian paling sisi. Apa yang jelas wajah Tuan Guru yang tenang bermadah masih jelas kelihatan. Aku tidak pasti apa makna semua ini.

Mungkin kerana keghairahan aku sendiri untuk menghabiskan buku yang baru dibeli di Pesta Buku hari Sabtu yang lepas yang bertajuk Khusyuk Dalam Solat. Menariknya buku ini, ia tidak ditulis oleh Tuan Guru sendiri, sebaliknya merupakan siri tazkirah oleh beliau yang dikumpul oleh Saudara Mashhudi Bunyani; ala-ala Al-Maududi dan Imam Hassan Al-Bana .

Alhamdulillah, baru sebentar tadi aku khatam membacanya. Buku yang ringkas tetapi mendalam maksudnya perihal menilai kembali amalan solat kita. Di sini, aku petik 3 intisari buku berkenaan sekadar buat cetusan semangat buat yang belum mendapatkannya :

1. Sejak dari mendengar laungan azan setiap kali datangnya waktu solat fardhu, maka demikianlah keadaannya gambaran bahawa apabila malaikat Israfil meniup serunai 'sangkakala' di hari qiamat kelak. Ketika itu semua manusia yang berada di dalam kubur bangkit dan berduyun-duyun mengerakkan kaki menuju ke hadrat Allah SWT.

2. Oleh itu, jika seseorang menyedari bahawa apabila menyebut kalimah 'hanifan musliman' sedangkan dia sedar dirinya telah banyak menzalimi orang lain dengan lidah atau perbuatannya, maka hendaklah ia menyesal sunguh-sungguh bahawa atas perbuatannya yang telah melanggar janji-janjinya yang lalu, sesungguhnya ia telah memungkiri janji-janjinya kepada Allah SWT.

3. Oleh itu, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud; "Ya Allah perbaikilah para pemimpin dan orang yang dipimpin." Pemimpin dan orang yang dipimpin itu bukan saja bermaksud pemerintah atau raja dan rakyat, tetapi juga pengertian pemimpin dan orang yang dipimpin itu termasuklah hati dari anggota jasad.

Setakat inilah sahaja yang mampu dipetik. Sebenarnya, terlalu banyak perkara yang 'magis' dalam buku ini pada hemat aku.


Oleh itu, sape nak pinjam dulu? SMS ke : 019-4048102 =)





ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more



2 comments:

caliphkaai said...

nak pinjam.

Muhammad Za'im Mohamad Yusoff said...

sungguh jauh beribu batu,
anak semilang di telapak tangan,
sungguh jauh nak beri buku,
tak sampai tangan, jadilah angan-angan! ;)