Saturday, April 12, 2008

P3 : Satu Petanda ?!



Salam Saudara Za'im, Ibnu Yusoff;


Bahawasanya benarlah kata-kata Allah s.w.t. dalam lembaran agungnya;

"Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah (pemimpin) di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat." -An-Naml (27:62)

Bahawasanya hari ini Dia yang As-Shahid menjadi saksi, betapa kerdilnya kamu wahai Za'im. Semasa kamu menjawab kertas Matematik Tulen Kertas Tiga (Maths P3), Allah s.w.t menunjukkan belas kasihan dan simpati yang tidak bertepi kepada insan yang lalai seperti kamu. Kamu sedar wahai Za'im pada saat itu kamu gagal memanfaatkan waktu kerana terleka dengan fitnah dunia yang menggila hingga kamu gagal menyempurnakan amanah Tuan Guru Bano, guru Ilmu Hisab kamu untuk menyiapkan Past Years Paper May June semasa cuti tiga minggu.

Kamu
memang teringat tetapi kamu tangguh hingga menyebabkan sekembalinya kamu ke kolej, kamu baru tersedar bahawasannya kamu telah melakukan dosa-dosa yang bertimbun banyaknya. Dengan itu, kamu terasa bersalah dan seakan tidak tentu arah dalam persiapan Pure 3 semasa meniti hari-hari sebelum peperiksaan ujian. Kamu sedar ketika Tuan Guru Bano dengan tegasnya menyatakan (lebih kurang),

"Tomorrow I'll give you a complete test on all the topics"

Kamu mengharapkan agar dia menangguhkan. Kerana itu kamu terasa sedikit gembira dan sekelumit lega apabila rakan-rakan sekelas block 5 itu memprotes secara senyap dengan menunjukkan muka, "What???" (lebih kurang).Tetapi rasa kelegaan itu terhapus pabila dengan sekelip mata, Tuan Guru Bano menyambung ucapannya dengan tegas (lebih kurang),

"There shoudn't be any problems right? Don't tell me you are not ready!
Tomorrow is the test! Definite!"

Kamu takut. Tetapi kamu cuba menyembunyikan rasa itu depan semua termasuk di depan cermin diri.

Kamu takut. Apabila selesai ujian penuh pertama itu, kamu mencapai gred yang cukup teruk.

TIDAK SAMPAI SEPARUH MARKAH?!

Sumber : http://jayderagon.com/blog/wp-content/uploads/2007/09/motivation_maslow.gif

Saudara Za'im,


Namun, kerana sifat Al-Halim Allah s.w.t, kerana Maha PenyatunNya Allah s.w.t jualah hidayah dan kelapangan masa diberikan. Dibukakan ruang untuk kamu melakukan persediaan sunnatullah sebaik mungkin. Allah s.w.t dengan sifat Ar-Razak pemberi rezeki telah memberikan rezeki ilmu sesuatu yang kamu wahai Za'im Ibnu Yusoff jahil sebelum ini. Allah s.w.t dengan sifat Ar-Rahim Kasih Sayang Allah s.w.t utuskan utusan untaian sahabat yang sudi menghulurkan bantuan 'matematikal', 'sprititual', 'motivasi' dan 'kendiri'.

Kamu terhutang budi, pasti dan tiada apa yang kamu boleh diberi yang setanding dengan jasa menggunung mereka. Kerna itu kamu mengharapkan agar Tuhan Rabbul Alamin terus segar memberikan nikmat hidayah, rezeki dan barakah melimpah di dunia dan akhirah kepada insan-insan ini;


Saudara Hisham atas jasanya sabar mengajar Matematik tiap kali kamu memintanya mengajar kamu. Meskipun perkara asas, terlampau asas; dia telah mengajar kamu dengan rasa tawadhu' dan rendah diri. Tambahan dengan rela hati sanggup berkongsi segala kemudahan dan ketenangan chalet P-41 tanpa ada riak meluat dan tidak senang di wajah nurani.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
-Ar-Rahman (55:55)


Saudara Muadz atas pengajaran yang besar nilainya di sisi kitab kehidupan meskipun sedikit masa sahaja Allah s.w.t tunjukkan tetapi barakahnya terserlah. "Aku ada exam lagi sebulan" (lebih kurang), ulang kaji kembali nota Bio meskipun baru beberapa jam peperiksaan percubaan baginya sudah tamat, pergerakan fizikal pantas dan minda cerdas dalam keringkasan pakaian dan genggaman nota di tangan, "Formula Integration By Parts tu ada dalam booklet la..." (lebih kurang), segala persoalan spontan yang dijawabnya dengan penuh ilmiah dan makrifah serta berduyun-duyun lagi sehingga tidak mampu kau catitkan dalam kitab dunia ini; adalah bukti kebesaran Allah s.w.t dan kasih sayang Allah s.w.t kepada kamu.

Saudara Hazim meskipun sebentar tetapi nilaiannya tinggi atas ajaran yang begitu mesra malam sebelum P3. Hanya Allah s.w.t jualah bagi hemat kamu, mampu membalas segalanya.

Saudara Rodhi atas kesungguhan dan pengakuan ikhlas sama-sama memerah otak menyelesaikan masalah-masalah P3. Masih kamu teringat ada suatu soalan yang dia sanggup korbankan masa 'makannya' untuk menyelesaikannya. Subhanallah!


"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain kecuali mereka yang bertakwa." -Az-Zukhruf (43:67)

Saudara Hazman dan Muzzein kerana menjadikan diri ini pelajar yang tegar belajar daripada orang yang sedang belajar bagi memantapkan pelajarannya. Dan pada saat keluar daripada Great Hall itulah, Allah s.w.t menjadi saksi betapa gembiranya kamu melihatkan wajah kegirangan mereka. Alhamdulillah!

Saudara Afiq atas artikel blognya yang menyuntik semangat membara dan motivasi dirinya yang berdasarkan Islam hingga memungkinkan Afiq selepas P3 adalah insan yang bersyukur puas dengan usaha dengan izin Allah s.w.t malam sebelum P3.

Dan untaian kasih sayang sahabat ini berterusan hingga membolehkan keyakinan dan kesedaran pada diri ini tercelik dan terbeliak luas; dengan izinNya jua yang Maha Luas!

Jazakallahhukhairankasira kepada semua!

Sumber : http://www.islamictorrents.net/bitbucket/love-allah.gif

Kesimpulan bagi P3 ialah kasih sayang Allah s.w.t luas tidak bertepi dan kita tunggukan markahnya nanti~

Arabic Quran and Bismillah transcripts were taken from : http://www.quran4theworld.com/

p/s :

Allah s.w.t pernah berfirman :

".........dan mereka berkata, "Betapa celaka kami, kitab apakah ini, tidak ada yang tertinggal, yang kecil dan yang besar melainkan tercatat semuanya," dan mereka dapati (semua) apa yang telah mereka kerjakan (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang jua pun." -Al-Kahf (18:49)

Izzah kegerunan terhadap ayat Quran inilah menjadi intipati inspirasi bagi blog ini dalam kategori "Surat Untuk Za'im, Ibnu Yusoff" atau akronimnya SUZY bagi menggambarkan diari harian mengikut pilihan penulis yang dirasakan wajar, khusus sebagai peringatan untuk penulis. "Persediaan buku catatan penulis di hari akhirat yang ditulis di alam dunia fana" secara intrinsiknya adalah suatu refleksi diri hari-hari. Juga sebagai tatapan umum bagi menilai dan menambahbaikkan mana yang kurang dan memberikan peluang kepada sesama kita mengenali hati budi masing-masing. Setidak-tidaknya apabila tiba hari-hari yang mengesakkan, penulis akan melihat entri ini dan terus ingatkan hari akhirat. Insya-Allah!

1 comment:

caliphkaai said...

syukuri tanda kurniaan
tanda penghargaan Dia
Maha Pengurnia