Wednesday, March 5, 2008

"Tebaran Pertama" : Kena ka?!

WeLCoME ! SELaMaT DaTAnG ! BiEnVENUE !


Lokasi : Lembah Beringin


Emosi : Normal + Gila-gila sikit


Kotasi Hari Ini : "Replace BUNGALOW with BN" -Level 1:Certificate/Diploma For IT Users (New Clait)


Jurnal Terkini, Top 3 :


1. Dr Bano tetiba marah aku bila aku menampakkan diri tak faham mase belajar complex number.


2. Mrs B menolak kerja rumah yang telah aku siapkan sebab dia kata nak balik cepat.


3. Hari nie, lunch sedap. Sempat aku puji Shafiee (Food Exco Baru) depan Syuka Amoki pasal efisiennyer die memaparkan makanan DH selama seminggu. Kredit to Miss Jepah juger.


Post pertama. Adakah perlu dipanjang-panjang? Perlu disingkap maksud kenapa aku mula menulis blog. Berikut LIMA alasan pertama, tidak mengikut hierarki;


1. Aku mahu menyibukkan diri daripada menyalurkan masa terbuangku ke arah maksiat. Nauzubillah!

Komen : Fastaqim kama umirta ! Alhamdulillah!

2. Medium untukku meluahkan perasaan, emosi dan pandangan mata hati.

Komen : Idokler sajak ko terbuang di tepi tong sampah lagi!

3. Untuk menyaingi Jepah. (www.alternatethunder.blogspot.com)

Komen : Semangat "badi" orang Kelantan diamalkan di sini. Cukup geram bile Jepah terkehadapan mengatasi blog Muscom (www.kyuemmuscom.blogspot.com) Kesian la bebudak baru bertige tue, Jepah!

4. Sebagai peringat diri tentang 'events' yang berlaku dalam jurnal kehidupan memandangkan
aku cukup malas nak menulis diari berdakwatkan pen. Dakwat elektronik lebih ceq suka! =)

Komen : Terlupa diingat, teringat tak dilupakan.

5. Memantapkan penggunaan bahasa baik dari sudut keupayaan berbahasa pelbagai, teknik
mencatas, memilin dan merentas kosa kata dalam pembinaan ekspresi yang bersifat 'genuine'.

Komen : Gediknyer!

Arakian, demikianlah tebaran pertama. Adakah mengena? =)

Harapan : Moga Istiqamah memblog!

Selamat membaca!

3 comments:

maisarahmanas said...

cmne ak bole sesat kt sini ni??haiyo..huhu..
anyway,welcome to the blogging world!!
selamat menulis!

amirulhafidz said...

Hello

R.ISKANDAR said...

Welcome to blogger