Semasa saya sedang berada dalam kereta semalam, saya telah mendengar suatu ceramah agama melalui corong radio. Terpetiklah sebuah kisah yang benar-benar mencuitkan saya.


Ceritanya begini;
Suatu masa di zaman Saidina Umar Al-Khatab, ketika hari Jumaat, seperti biasa umat Islam berduyun-duyun ke masjid bagi menunaikan Fardhu Jumaat. Dalam kebanjiran manusia berduyun-duyun itu, adalah seorang pemuda yang telah bergaduh dengan seorang rakannya. Akibat tidak berpuas hati dengan perilaku rakannya, pemuda itu bertindak meninggalkan masjid dan terus berjalan pulang ke rumah. Tiba-tiba Saidina Umar terus menyepak muka pemuda itu. Lalu pemuda itu berkata;
" Hai Khalifah, bukankah wajar engkau bersabar ?"
Nak tahu jawapan Saidina Umar. Dengan tajamnya, Saidina Umar menjawab;
" Aku memang bersabar, jika aku tidak bersabar, sudah lama aku pancung kepala kamu di depan jemaah ! "
Pendapat anda ?!
No comments:
Post a Comment