Thursday, March 6, 2008

Antara SYURAH dan MANIFESTO

Lokasi : Lembah Beringin

Emosi : Lega + Gembira + Bersyukur

Kotasi Hari Ini : "Supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu.' (QS. Al-Hasyr : 7)"

Jurnal Terkini, Top 3 :
1. Kewujudan seorang cucu Arwah Haji Yusoff Rawa di kolej ini hingga menimbulkan polemik di kalangan penyokong pembangkang.
2. Menerima SMS tentang saranan puasa sunat Khamis, solat hajat dan doa untuk pihak yang benar-benar mendaulatkan Islam.
3.Perbincangan tiga penjuru tentang masa depan agama, bangsa dan tanah air di depan chalet Jimah oleh bakal seorang pendidik, bakal ahli mekanikal dan bakal ahli ekonomi.
Tambahan : Seorang bakal doktor bertanyakan pendapat aku berkenaan Islam Hadhari sebelum menjengah ke kelas Matematik Mama Bano.


MEETING SYURAH


Alhamdulillah. Lega. Pastinya Afiqah, 'partner' SYURAH aku merasakan yang sama. Lega kerana melihatkan pengganti-pengganti kami berhemah dan punyai visi masa depan yang cerah untuk memartabatkan institusi usrah.


Alhamdulillah, mereka dah faham waqi' suasana di kolej yang digelar 'kebaratan' oleh sesetengah manusia yang belum kenalinya. Bak kata Afiq,


"Di dalam kegelapan itu, muncul sinar cahaya kecil di tengah-tengah! Mereka yang menyampaikan kebenaran dan kesabaran itulah pemegang sumber cahaya itu"


Banyak idea telah dilontarkan dalam meeting SYURAH semalam. Jelas, toleransi dan harapan terserlah menerusi lontaran idea-idea yang bernas adinda-adinda kami, Mujahid dan Nova.Mungkin kerana tarbiah awal yang mereka jalani sejak sebelum menjadi ahli komiti MUSCOM lagi.Waima, kami berdoa agar segala apa yang dirancang berjaya dengan bantuan dan izin Allah s.w.t juga.


MANIFESTO EKONOMI BN VS MANIFESTO EKONOMI BA


Semalam, seorang sahabat baik aku bertanyakan pendapat aku tentang manifesto ekonomi BA dan manifesto BN. Menurutnya, memandangkan dia telah bertanyakan hal yang sama dengan salah seorang daripada sahabat kami yang menjelaskan pendapatnya bahawa manifesto BA tidak realistik. Isu minyak, isu tol dan sebagainya. Terima kasih kepada semua yang terlibat kerana sebagai belia muda kita wajar membincangkan tentang apa yang berlaku. Tahniah kerana cakna!

"Do we achieve or at least closer to equitable distribution of wealth?"

Untuk menjelaskan setiap satu daripadanya di sini, masa tak sempat. Insya-Allah jikalau ada masa aku bentangkan. Namun, bagi pendapat aku mudah sahaja. Perbincangan mengenai isu ekonomi adalah perbincangan bersifat spekulatif. Diakui, beza ahli ekonomi dan ahli nujum adalah ahli ekonomi berdasarkan teori ekonomi dan juga pengalaman sejarah dalam membuat andaian. Aku baru berbincang dengan Mr Jamal dan kami sememangnya sepakat katakan perbincangan polisi sentiasa melibatkan pro dan kontra yang Allah s.w.t sahaja yang tahu bertapa lamanya perbincangan berkenaan akan berlangsung. Namun, mesti kita tanya.

"Habis tue, useless la bincang pasai polisi ekonomi"

Opss!!! Helo!!! Apapun, nak uji polisi ekonomi nie bagus ke tak tengok pada niat dan target perlaksaan. Adakah untuk membantu rakyat ataupun tidak. Kerajaan yang baik adalah kerajaan yang buat kerja untuk rakyat, SEMUA rakyat. Kalo majoriti rakyat berpendapatan rendah, maka polisi mestilah pro ke arah itu; barulah kita kata kerajaan itu buat kerja untuk rakyat. Polisi ekonomi yang terbuka kepada lebih banyak projek yang mengalir ke tangan-tangan sesetengah pihak sahaja adalah suatu perkara yang perlu dilihat semula keberkesanannya dalam mengalirkan kemakmuran ekonomi kepada rakyat jelata secara jelas.

Adakah membina bangunan-bangunan setinggi langit yang hanya digunakan oleh orang-orang kelas atasan dikatakan lebih baik daripada membina sebuah stesyen bas selesa tapi semua orang boleh pakai?

Al-Quran dengan jelas melarang pengagihan kekayaan hanya dalam kalangan orang-orang kaya namun mewajibkan pengagihan tersebut berlaku pada semua orang.

Allah SWT berfirman :
'Supaya harta itu jangan hanya beredar di antara
orang-orang kaya saja di antara kamu.'

(QS. Al-Hasyr : 7)

Di samping itu syara' juga telah mengharamkan penimbunan emas dan perak (harta kekayaan) meskipun zakatnya tetap dikeluarkan.

Dalam hal ini Allah SWT berfirman :
'Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka,
(bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih.'

(QS. At-Taubah : 34)

Rasanya cukuplah sekadar itu. Moga-moga kita dapat menelaah lebih banyak lagi berkenaan hal ini. Apapun, apa jua tindakan seorang pemerintah mahupun seorang rakyat tidak lain tidak bukan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah bukannya keredhaan manusia untuk memangkah!

Harapan : Jadikanlah kami seperti rakyat Umar Al-Aziz dan kurniakanlah kami pemimpin persisnya, ya Allah!

Kredit :

http://www.khilafah1924.org/index.phpoption=com_content&task=view&id=70&Itemid=47

http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/2007/05/kenaikan-gaji-kakitangan-awam-kesan-dan.html

Pernahku menulis :

Isunya ialah apa kerajaan buat actually dengan semua duit subsidi yang dijimatkan tu ? Kenaikan minyak nie dah tiga kali jadi. Yang kita pertikai ialah apa kerajaan buat dengan duit-duit tue ! Indonesia pun kurangkan subsidi minyak jugak tapi dia dah kata 1 billion untuk orang miskin dan memang benda tue terjadi. Biasiswa pendidikan terhadap orang yang memerlukan. Semua ok sebab tue rakyat Indon tak kisah sangat. Tapi Malaysia ada ka buat macam tue ? Diakui bahawa memang public transport system tue mahal. Buat komuter ja dah 2 billion. Tapi yang menjadi persoalan, PTS tue mainly kat KL. Adakah 26 juta rakyat Malaysia dapat PTS yang canggih manggih nie ?

Blur?!


1 comment:

Amirul Hafidz said...

Zaim I'm really keen to get your point of view regarding the Manifesto Ekonomi BA, you know, from an economist' point of view. Please get back to me either via email, amrlhfdz41@gmail.com, or through my mobile, +61430320410. I can give u a call probably tonight if you want me to. Thanks