Friday, March 7, 2008

Ketawa Itu Penawar Duka


= )


<>
Orang pernah berkata,
Ketawa itu penawar duka,
Benarkah ia ?

<>
Aku baru belajar Inggeris,
Lantas kubuat tafsiran terus,
Orang tak faham,
Lalu orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah ?

<>
Aku baru belajar berfesyen,
Rambut yang lurus ku“afro”kan,
Dipadankan dengan baju Melayu,
Orang rasa pelik,
Lalu orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah ?

<>
Aku baru belajar bernyanyi,
Lantas kunyanyi “key” yang tinggi,
Aku baru mencuba,
Oang mengadu sakit telinga,
Lalu orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah ?

<>
Aku baru belajar naik LRT,
Nak ke KLCC, aku menuju ke Gombak,
Sebelum itu aku tanya orang,
Orang kata aku bodoh,
Lalu orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah ?

<>
Aku baru belajar “sms”,
Orang mesej tanya aku buat apa,
Aku kata, aku tengah sms la,
Orang kata aku loyar buruk,
Lalu orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah ?

<>
Aku baru belajar ikut peraturan,
Baju yang keluar, aku kedalamkan,
Kata guru, terserlah ketampanan,
Orang kata, terserlah ke“skema”an,
Lalu orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah ?

<>

Aku baru belajar agama,
Orang yang berkonsert, aku ajak ke surau,
Belum apa-apa,
Orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah ?

<>
Atas semua ini,
Aku ketawa,
Baru aku sedar,
Orang yang baru belajar,
Akan sentiasa diketawakan,
Kerana orang yang baru belajar,
Akan sentiasa berduka,
Kerana itulah kita perlu ketawa,
Kerana ketawa itu penawar duka,
Orang kata……

No comments: