Saturday, December 13, 2008

3 sahaja!

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam.

Alhamdulillah, seusai terbitan tintaan ini diterbitkan, sudah seminggu saya berada di Malaysia. Alhamdulillah sudah juga sebulan lebih blog ini tidak saya manjakan. Alhamdulillah, kini saya punyai kekuatan untuk menerbitkan tintaan semula, demi manfaat bersama insyaAllah. Secara ringkas, sebelum berlepas ke Stesyen Bas Bukit Mertajam ke Jeti Bagan berjumpa dengan Saudara Aqmin untuk 'meneroka' Komtar di Tanjung dalam misi CD-Rom Laptot Presario V3000 ini, eloklah saya menintakan beberapa perubahan yang boleh saya kongsi bersama-sama sementara saya kembali ke tanah air. Mungkin signifikan, mungkin sekadar sambil lewa, namun insyaAllah bermanfaat untuk semua! =)

Pertama : Pastikan Prepaid Anda Diberikan "Makan Suap"

Saya Bukan Agen Rasmi Celcom

"Makan Suap" atau istilah dalam Bahasa Inggerisnya "Spoon Fed" yang bukannya saya rujuk kepada "Rasuah"; adalah perkara yang sangat kritikal untuk saudara-saudara yang sedang bertarung di medan negara gading negara luar ambil berat terutamanya kepada pelanggan Celcom Prepaid.

Tolong atau sila atau pastikan untuk memberikan makan suap berkenaan buat barang paling kurang RM 10 atau sekitar 1.577 pound sterling (kredit untuk Saudari Dayang dan Aqtar Jan~) atau 5 dollar Australia sahaja (untuk matawang lain silalah merajinkan diri untuk menukar nilai).

Ini berikutan kejadian pelik di mana kad sim Celcom saya telah diisytihar GAGAL atau bahasa Melayu telefonnya TENDANG (macam bunyi Indon~).Terima kasih Saudara Fikri abang kepada saudara Hisyam SC.

Arakian, konsekuensinya terpaksanya saya bertukar kepada "post-paid" atau bahasa orang Kampung Pisang, pakai "line"; semata-mata untuk memastikan nombor 019-4048**2 itu tidak perlu ditukar ganti kerana rakan-rakan sudah bertempiaran ke seantero bumi!

Kesimpulan, pilih antara satu, makan suap prepaid ATAU berhadapan risiko hilang nombor prepaid sekembali ke Malaysia!

Dua : Bertukarlah ke "Celcom Broadband"

Ini gambar lama...sila perbaharui!

Anda tahu 3? Bagi saudari Rashidah akak Cambridge atau saudari Nadiah bakal akak UTP (insyaAllah), mungkin ingat saya mengajar budak tadika. 3 itu pada epistomologinya adalah tiga atau trois (baca : TUA dengan bacaan huruf arab 'kha' pada huruf 'U'), atau dari segi nahu mungkin mengelirukan kerana terkeliru antara pokok dan nombor itu sendiri (baca: Three VS Tree).

Tetapi 3 yang saya maksudkan ialah syarikat 3, sebuah syarikat telekomunikasi di Australia. Saya menggunakan khidmat alat kemudahan wayar lebar 3 (baca: broadband portable device) yang mempunyai kuota penggunaan sehingga 6Gb (sahaje~) dengan bayaran 39 dollar Australia.

Meskipun agak mahal dari segi nilaian individu tetapi secara relatif kelompok paling berjimat dan dari sudut kemudahan internetnya sangat terasa. Meskipun saudara Afiq mengatakan tidaklah secepat manapun << "Quote" : firnas_nafiz (11/12/2008 8:13:09 AM): 3 x la laju sngat pn >>, tetapi jika hendak dibandingkan dengan Malaysia, jauh panggang dari api.

Seusai sekembali ke Malaysia, tuntutan kerja tugasan yang penuh kepelbagaian melalui internet mendesak suatu keperluan kepada kemudahan internet yang laju dan mantap. Maka, setelah kechiwa (baca: klasik Melayu) dan berendam dhuka, dengan kemudahan sambung wayar (baca : dial-up) oleh syarikat TM, maka saya telah bertukar kepada Celcom Broadband kerana kemudahan Streamyx yang menjadi pilihan terhampir adalah tindakan yang fatal memandangkan pencawangnya di Alma Jaya sudah sentiasa menjadi mangsa gangguan oleh ulat-ulat di jalan raya.

Maka, yang terbaik ialah dengan mendapatkan Celcom Broadband yang mana harga modemnya RM 399 atau jika mahukan modem yang berserta dengan 'pen drive 2Gb' maka keluarlah lagi RM 100 (sangat tidak berbaloi~). Ada dua pakej, RM 68 sebulan dengan kelajuan menurut Abang Non cukuplah dengan menunggu muat turun 15 minit sebuah lagu dan filem selama 21 hari (inilah erti pertapaan yang sebenar~) atau secara bahasa IT, 384kbps ATAU RM 98 sebulan dengan kelajuan yang 'super' laju dalam konteks Malaysia (baca : agak bolehla laju di Australia) atau 3.6 Mbps. Jadi, saya berpuas hati buat masa ini, anda mahu mencuba?!

Cuba baca :
http://edwardkhoo.com/celcom-broadband-anyone/

Tiga : Bernama TV dan Demokrasi

Bukan Rancangan Sebenar

Alhamdulillah, ada perubahan yang memberangsangkan dari sudut membenarkan SEMUA pihak, baik di tepi kanan, atau di tepi kiri atau ditengah ditayangkan secara SEPENUHNYA di kaca televisyen nasional. Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan Ahli Parlimen Bachok; Datuk Mukhriz Mahathir, Exco Pemuda UMNO dan Ahli Parlimen Jerlun; serta seorang lagi tokoh yang sudah saya lupa namanya; telah diketemukan dalam suatu sesi perbincangan di Hello Malaysia di Bernama TV saluran 502 Astro bagi membincangkan perihal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Sepertimana menurut pemanggil setianya Hj Hamzah Pak Cik Berapi dari kepulauan Borneo, usaha ini harus diteruskan, sudah cukup menggambarkan apa yang ingin saya sampaikan. Tahniah Bernama TV! Teruskan usaha murni anda!

Tengah-tengah cari, tiba-tiba jumpa ini! Tahniah pula Astro! Ambil yang keruh, buang yang jernih! Ops silap!
Ambil yang JERNIH, buang yang KERUH!
< "Updated" : Terima kasih akak Alia! =) >






Terima kasih kerana membaca! Moga Allah swt merahmati kita semua! =)

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Sunday, October 26, 2008

Selangkah Ke Syurga, Selangkah Ke Neraka

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.


"Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi,
maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah
kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.
Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang
berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan.”
Shad (38: 26)

Dia Tertekan

Dia sakit. Dia juga punyai hutang yang bukan sedikit. Parahnya hubungannya dengan isteri kesayangan semakin membukit. Insan mana yang tidak tertekan jika begini buruk keadaan dalam kehidupan!

Dia mengadu. Rakannya itu membatu. Tetapi tidaklah selamanya diam membisu.

"Saudara pergilah berjumpa Sheikh itu, insyaAllah dia akan cuba membantu saudara menyelesaikan kemelut yang sedang saudara bergelut"

Dia terus berjumpa Sheikh. Habis segalanya diceritakan. Terbongkar segala coretan hati dan perasaan. Sheikh dengan penuh tenang memberikan cadangan. Pelik, ajaib bagi seorang yang jahil sepertinya. Tetapi, cukuplah keyakinan terpatri terhadap nasihat Sheikh tersemat kuat. Dia rela melakukan.

"Saudara pastikan setiap hari baca Sural Al-Waqiah! Setiap hari~"

Dan setiap hari. Tanpa meninggalkan, dia melaungkan Al-Waqiah. Memerhatikan makna, menghayati apa yang terdedah dan terahsia dalam bait-bait wahyu Yang Teragung itu.

Namun, sayang dan pada dirinya, masih malang. Dia tetap sakit. Dia tetap juga punyai hutang yang bukan sedikit. Parahnya hubungannya dengan isteri kesayangan tetap semakin membukit. Insan mana yang tetap tidak tertekan jika begini buruk keadaan dalam kehidupan!

Tetapi kerana rasa hormat pada Sheikh, dia tetap meneruskan. Namun, seketika hatinya memberontak. Imannya bergocak. Mengapakah tiada perubahan meskipun segala nasihat Sheikh telah aku ikut tanpa aku bantah?

"Sheikh! Tiada apa pun yang berlaku. Saya tetap sakit. Saya tetap juga punyai hutang yang bukan sedikit. Parahnya hubungan saya dengan isteri kesayangan tetap juga semakin membukit. Insan mana yang tidak tertekan jika begini buruk keadaan dalam kehidupan seperti saya ini!"

"Subhanallah! Tahniah! Sebenarnya penawar itu telah lama saudara jumpai, tetapi saudara yang belum sedari. Saudara telah membaca Al-Waqiah saban hari. Itulah penawarnya. Melakukan sesuatu yang baik dalam keadaan yang penuh buruk, itulah penawar penyakit yang paling mujarab! Syabas! Moga Allah swt memberkati usaha kalian!"

Subhanallah! Sheikh itu mengajar kita erti tidak putus asa pada Tuhan. Kebaikan itu datang daripada Tuhan. Keburukan itu banyaknya manusia yang mulakan. Maka, keburukan yang manakah yang dapat kita tentang jika tidak dengan penawar kebaikan daripada Yang Maha Penyayang.

Semasa kursus kepimpinan di Universiti Melbourne semalam, peserta ditanyakan siapakah pemimpin yang menjadi pujaan dan sanjungan.

Barrack Obama !
Tun Dr Mahathir !
Anwar Ibrahim !

Tiba-tiba~

Ismail Haniyeh !!!

"Uish, sape tue?"
"Have i ever known him?"
"Apekah?!"
"Mungkin ramai lagi kot~"

Memang pelik untuk menamakan pemimpin Hamas ini.
Namun, inilah pemimpin sejati.

Ismail Haniyeh : Pemimpin Sejati

Pemimpin yang sejati adalah mereka yang mampu membawa hatta sedikit kebaikan dalam masyarakat yang sakit, yang 'hutang' ekonominya bukan sedikit, yang hubungan sesama mereka agak parah terutamanya kewujudan golongan munafik yang semakin membukit!

Bukan mudah menjadi nakhoda bagi kapal yang buruk, banyak perkara yang kadangkala tidak tergambar dek akal biasa harus difikir dan dilaksanakan elok-elok.

Namun, perlu diingat. Hal ini hanya tertakluk pada sebuah perjuangan yang syarie di sisi Allah swt. Kalau seorang pemimpin yang sedang bankrap dalam syarikat riba mahu beraksi seperti Ismail Haniyeh, tak perlu dipedulikan. Sampai bila-bila dilaknat Tuhan. Kan riba seakan-akan isytihar perang dengan Tuhan! Dan rasulnya~

Begitulah sedikit perkongsian daripada sahabat-sahabat yang bertebaran di bumi bawah dunia ini. Dengan izin Allah swt, telah terpikul atas bahu saya yang kerdil ini suatu amanah tanggungjawab sebagai komiti Ehsan, sebuah badan dakwah Islamiyah yang baru bertapak sebagai penyatu kepada program dakwah kita dalam kalangan sahabat-sahabat yang sedia ada di sini.

“Tidaklah seseorang lelaki memimpin sepuluh orang, kecuali ia akan didatangkan
dalam keadaan tangan yang terbelenggu pada hari Kiamat. Keadilan yang ia
lakukan akan melepaskannya dari ikatan,
atau kezalimannya akan menjadikannya celaka.”
(Hadis Riwayat al-Baihaqi dalam al-Kubra, 10/96)

Saya mendambakan kebaikan daripada diri sendiri dan rakan-rakan di sini dalam meneruskan tugas kita di jalan Illahi. Dari mana jua kita datang, dengan wasilah mana yang kita pegang; selagi mana kita di atas jalan Allah swt yang satu ini; untuk memartabatkan Islam dalam diri kita dan rakan-rakan; selagi itulah kita bersama-sama memberikan kerjasama seikhlasnya dalam program-program kita, insyaAllah. Kami tidak terdaya melakukannya sendiri. Justeru, teruskanlah menegur apa yang kendur, akan tegang kembali, menabur bakti. Raikan persaudaraan dan perpaduan. Kerana apa jua yang kita lakukan, baliknya hanya pada satu. Allah SWT Yang Maha Satu.

Batu ini tidak akan cantik, kalau tidak air yang deras menghentam memekik!

Moga dipermudahkan daku dan kita semua melaksanakan amanah yang pastinya penuh cabaran dan onak duri perjuangan!

Merekalah aspirasiku~ Moga lebih baik dari sebelumnya~

Allahumma, mudahkan segalanya!
Sabit qulu bana 'ala dinnik!
Wa 'ala to 'atik~


Link Best :

http://www.mail-archive.com/sahabatinteraktif@yahoogroups.com/msg09625.html

http://salam-online.web.id/2008/10/25/pemimpin-2.html


Selangkah Ke Syurga
Selangkah Ke Neraka
Moga tidakku celaka
Sebaliknya dipermudahkanNya cara

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Friday, October 24, 2008

Anak-anak : Antara Comel dan "Comot"

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.


“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu
serta lebih baik untuk menjadi harapan”
-Al-Kahfi (18:46)


Sebelumnya penangan harta. Kini, penangan anak-anak pula. Ujian bagi mereka yang dikurniakan rezeki berlimpah-limpah setelah mendirikan masjid yang diimpi selama ini.

"Are you Muslim ?!"
"Yes, I am"
"Wah! That's so good! I have a high respect for Muslim. The notions in Islam are superb! No wonder such religion could drive the deserted region to a highly regarded civilisation!"
"Oh, thanks. Are you Muslim as well then ?!"

"Owh, no~"
"Why aren't you since you have seen the beauty of Islam"
"Well, it may sound fantastic to me. But I am worried about my children. They may find it hard to live with such requirements as a Muslim"

Sahabat saya itu menceritakan lagi. Benarlah anak-anak itu ujian. Cuma bagi kita, moga ujian ini membawa kepada keredhaan Tuhan dan keuntungan terutamanya di hari muka. Moga ujian ini tidak membawa kecelakaan dariNya dan kerugian tidak terhingga kelak.


Za'im dan Zachary a.k.a Zakaria


Doalah awal-awal, mana tau makbul ! =)


Makan lolipop ye Syarafina..ala tomei2 (Kak Awin cakap~) opps! kantoi!


Nak main footie! Jom!!!


Udoh-udoh ler pangku anak orang tu Encik Salami, bile lagi nak pangku anak sendiri?
(Kawin pun belum~ Ha! Kawin la cepat! Haha!)


Ha! Ini Awang!


Ayah Dan Anak


Bakal ayah ?! Ameen~


Saya adik Awang!


Nyot~ Nyot~ (Tetibe Teringat Jepah dan Pinggu-nya)


Kecik-kecik posing tak pa ye Syarafina! Besar-besar jangan pulak!


Putih dan Oren

Biar ujian ini menjadikan kita 'comel' disisiNya, tidak 'comot' merugi semua!

Bila mulut terpasung~
Kebenaran merajai atmosfera~~~

Periksa dah Dekat~
Wa~
Doakan =)

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Monday, October 20, 2008

Penangan Harta

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.

Saya pernah menulis berkenaan harta. Tak Nak Pada Bank Islam?! bunyinya (klik pada tajuk). Tetapi kali ini adalah realiti yang melanda. Melanda umat manusia. Insan yang digelar manusia. Cik Nizam asyik-asyik menggunakan muqaddimah yang sama dalam menakrifkan erti manusia. Ibnu Khaldun pernah kan mengomel dalam Al-Muqaddimah, 'manusia itu adalah haiwan berkata-kata'.

Kita tinggalkan Cik Nizam dan Ibnu Khaldun. Kembali pada harta dan Tak Nak Pada Bank Islam itu.


Dalam Al-Quran yang mulia itu, penangan harta dijelas begitu terang lagi bersuluh. Antara yang mencengkam jiwa penulis adalah petikan surah Al-Kahfi yang berbunyi;


“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu
serta lebih baik untuk menjadi harapan”

-Al-Kahfi (18:46)

Pernah seorang sahabat saya menceritakan.

Daripada sahabat saya itu penulis merekodkan bahawa sesungguhnya sahabat saya pernah diceritakan oleh salah seorang sahabatnya yang menyertai sebuah golongan al-mala' secara sah dan sahih bahawasanya sahabatnya itu mengakui seperti berikut :-

"Oh memang tahu dalam golongan kami ini buruk akhlaknya. Basi sungguh makan suapnya. Oh memang sedar dalam golongan kami ini memang aniaya dan diskriminasi saja. Orang kampung marhaen macam kamu nie kata apa, rompak?! Ha...itulah!!! Ada ongkos semua jalan. Berpeti-peti riyal barulah ada 'class'! Memang diakui memang fulus, roh dan nyawa kami"

"Maka, kenapa diteruskan dosa?"

"Ish..kamu nie...sebab sini ada harta...untuk anak-anak jualah mudah...Masa depan..."

Hari itu cerita yang sama berdendang. Kalau tadi 'hearsay' kini pengakuan di depan mata!!!

"Abang akui bla..bla..bla..."

Tidak mahu penulis juihkan kata-kata itu di sini. Kerana tiada guna menumpahkan dakwat pengkhianat pada amanah. Kerana tiada guna menuliskan kalam-kalam seorang yang kufarat pada ideologi fulusnya itu.

"......Tetapi demi kita, al-mala' kena berkuasa meskipun begini keadaannya..
Kalau tidak habis kita! Ini benteng terakhir orang kita....."


My faculty at Melbourne Uni

Penangan harta. Antara masa depan. Masa depan itu adakah di dunia semata-mata?
Atau masa depan di akhirat sana?

Tiada kehidupan selain akhirat.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit.

Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekkah).

Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?".

Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki".

Lalu Nabi saw. bersabda,
"Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu".

-H.R. Termizi

Keterangan hadis :

Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan.

Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita”, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi.

Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah.

Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)".

Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan.

OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan.

Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.

Kredit : http://www.pekida.org/hadis40/hadis10.htm

Allhumma! Hindarkan kami daripada fitnah harta yang berleluasa ini! Moga Allah swt memberikan hidayah pada Al-Mala', hidayah pada yang sertai golongan Al-Mala' dan hidayah pada yang berdakwah pada golongan Al-Mala'.

Ameen~

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Saturday, October 18, 2008

Erti Hidup Pada Memberi : Ramadhan 1429 H

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.


"Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)."
-Al-Mulk (67:15)


Erti Hidup Pada Memberi. Ustaz Hasrizal mempelopori tema indah ini. Saudara Afiq Kamaruddin pula mengingati diri yang dhaif ini akan perihal tujuan penghidupan yang serba fana' dan singkat. Erti Memberi kepada penulis adalah besar maknanya dalam sebulan dua ini. Dalam 30 hari meniti Kolej Yayasan Ramadhan dan kini menjengah Universiti Realiti Syawal yang sudah masuk hari ke 18 waktu Melbourne, penulis menilai kembali diri, bermuhasabah apakah itu "Erti Hidup Pada Memberi".

Ayas beso lagi ker...kambing nie lagi beso..sapo nak jawab nie ejang?!

Sembelih sheikh..jangan tak sembelih...
Untuk survival manusia, kita makan dia puas-puas! Hihi!

Saban hari kecuali hari Sabtu dan Ahad, ISoc RMIT (Royal Melbourne Institute of Technology, Melbourne) memecah keringat, pecah peluh menguruskan majlis berbuka puasa. Hari ini kambing bakar sebesar saiz Ayas, adik comel anak Mr K; dihidangkan di atas meja, esok pula nasi daging; hari kemudian bertukar juadah, dan kadangkala menu itu bertukar hari dan gilirannya. Semuanya semata-mata ingin merebut pahala yang begitu besar Allah swt Yang Maha Besar sediakan buat hamba-hambanya di Bulan Ramadhan. Penulis gemar ke RMIT bukan sahaja kerana dapat makan percuma, malah yang jauh lebih manis adalah tempat makan adalah tempat jemaah bersolat. Jemaah bersolat rapat-rapat. Tazkirah tersedia meskipun singkat, pergh...mantap dan padat! Meremang penulis melihatkan masyaAllah ilmu mereka yang Allah swt kurniakan. Sungguh luar biasa hebatnya!

Erti hidup pada memberikan masa dan tenaga untuk mengisikan makanan pada perut yang berpuasa. Mengisikan jiwa ruh dengan makanan pahala di hari muka.

Maka, inilah kambing bakarnya, dalam tu ada nasi! Mak di kampung pesan, jangan makan banyak, darah tinggi kang! Nauzubillahiminzalik!

Lokasi kegemaran Terawih penulis ialah Masjid ICV (Islamic Council Victoria). Brother Osama al-Hafiz, seorang imam yang sangat muda dari UAE ditugaskan memimpin jemaah. Subhanallah! Solat selama hampir dua jam itu tidak terasa apa-apa malah rasa enak apabila alunan ala-ala Abu Bakar As-Shatri campuran bersama Hani Ar-Refa'i, ayatul Quran dialunkan, memenuhi ruang lingkup hati, segar umpama orang kepanasan dijirus air sejuk mawar. Subhanallah!

"I left from the school for a year to memorise Al-Quran. Today an ayah, tomorrow two ayah, then three and it started to increase spontaneously. If you spend time to your Lord, He will surely help and spend time for you!"

Brother Muhammad al-Hafiz, imam terawih sukarela Bouverie St dari Pakistan pula mengomel.

Brother Osama pernah memberikan tazkirah;

Just now, i imagined how my congregation would feel, standing for prayer for a long time with me at the head, but after realising how the more we spend time praying for the sake of the Lord, the shorter the time will our time in akhirah will be, it encouraged me to stand even longer.
(We need further discussion on the content of the subject : the author is trying to convey the general message of how the imam had passionately provoked the thoughts on the relationship between us and the Lord, Allah swt)

Erti Hidup pada memberikan masa kepada kerja-kerja seorang insan. Kepada Tuan.

Adik Zakaria, panggilnyer Zachary, anak Ustazah Salmiah,
anak Johor bersuamikan Orang Greek, insyaAllah bakal al-hafiz,
pewaris Bro Osama baru!
(baru jumpe tadi, jalan-jalan raya)


"Kenapa hari nie Brother Osama macam penat ye?"
Saudara Hafiz Alami menjawab,
"Die pun keje jugak siang harinye bro..."

Jelas, erti hidup pada memberikan masa kerehatan kepada perjuangan, memimpin jemaah di malam dengan segah dan gagah. Sedaya upaya.

Tertekan! Mereka menangis ketika Qunut 20 minit itu dibacakan. Mereka menangis, penulis hanya mampu cuba 'menakulkan makna bahasa Arabnya' sendiri. Mereka menangis kerana mereka faham. Mereka faham kenapa mereka menangis. Kerana kefahaman mereka terhadap apa yang mereka nangiskan adalah kefahaman yang jitu. Penulis meraban-raban; melahirkan harapan untuk memberikan masa penulis insyaAllah mendalami lagi bahasa Al-Quran. Jom ke Malaysian Hall, setiap hari Ahad pagi ada kelas Bahasa Arab!

Erti hidup pada memberi masa kepada memenuhkan impian dan harapan.

Ketika selesai Solat Asar di sebuah surau, Ustaz Zul menyapa;

"Sheikh, jadi imam raya, boleh?"
"Astaghfirullah, ada yang lebih sesuai rasanya..."
"Eh, sheikh, kite nie semua sama sahaja, makhluk Tuhan belaka; ana, anta semua nie, tak da nilai di sisinya!"
"Astaghfirullah...kalau macam tue, insyaAllah ustaz. Ustaz kene tolong jugak la.
Tajwid, tafsir, sebutan arabnyer"

"Tak de masalah, Kak Filah pun boleh tolong sekali"

Erti hidup pada memberi peluang untuk ditarbiyah dan mentarbiyah. Peluang kebaikan direbut diregut, niat di hati ikhlaskan bertaut, moga bermanfaat dunia akhirat.

Ustaz Zul selaku Tuan Khatibnyer, Penulis baru mencuba

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd!

Milik Allah swt segala kurniaan dan nikmat!
Nikmat pada Erti Hidup Pada Memberi!
Sebuah kehidupan di bulan Ramadhan!
Bulan Syawal?
InsyaAllah~ =)

p/s : Sabo Afiq ye~ =)

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Yuta : Wa~

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.


"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri"
An-Nisa ( 4:36 )

"You know what I'm about to pick up my mum at the airport after this"

"Oh, your mum is coming? That's great. For how long?"

"10 days~ It's so nice when she is around during this critical period."

Yuta, seorang pelajar Jepun (Yuta itu Lelaki: Hampa ke Syafiq Sabri? =p hehe!) kejuruteraan dan ekonomi itu tersenyum ketika kami sedang pulang di dalam lif dari Tutorial Perakaunan di Arts Building.
Ibunya akan datang.
Pastinya seronok.

Ibu saya bila pula akan datangnya?

Insya Allah 5 Disember, Ibu akan 'didatangkan'.

Tak sabar nak balik! Wa~


Air Asia je~

Mak, tunggu sat no~

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Thursday, October 16, 2008

Tidak Sama : Ilmu VS Guru

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam.


Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.
-An Nahl (16:43)


Prolog: In my operational management lecture I went through yesterday, there was a sacred quotation that haunted me ever since I heard about it. I won't reveal it now until the appropriate time that let's we wish, it may come. Insya-Allah!


TIDAK SAMA

Za'im dalam kelas Ekonomi Mr Jamal mungkin seorang yang suka banyak cakap kecuali masa Hazim cakap. Za'im dalam kelas Perakaunan Mr K senyap sebab selalu dirasakan Michel yang lebih layak untuk bercakap (or Acap yang selalu banyak bercakap? Haha...).
Za'im dalam perbincangan akaun wadiah tidak sama dengan Za'im dalam perbincangan Qardul-Hasan mahupun Sukuk. Mungkin dalam kes krisis Wall Street, lebih baik tetapi jangan diletakkan bersama Nurman, pasti Za'im diam dalam bicara (Hisham?!). Za'im dalam perbincangan bola sepak, hanyalah umpama menangguk di air yang keruh. Tetapi Za'im dalam perbincangan idea perbahasan mungkin lebih banyak bertaruh.

Sejarah berulang.


Za'im dalam kelas tutorial ekonomi kendalian Cik Yvonne Lim, anak kelahiran Klang yang comel itu seringkali sabar memberikan pandangan, takut dikatakan bolot nanti. Berilah peluang orang lain bercakap. Tetapi Za'im dalam kelas tutorial pengurusan manusia kendalian Puan Sally Dawson semalam seringkali hanya mengangguk, idea tersekat hinggalah detik bila mana Puan Sally Dawson berkata, "It's time to go!" barulah idea itu bercambah.

"Who is saying that we can't do anything about the price strategy! We can do some improvement on it, my dear friend! Like in Malaysia, we have really big supermarkets as compared to what we have in Australia. Be it either Giant or Carefour, be it either Tesco or Jaya Jusco; we may be surprised they are even five-fold bigger than our Coles, Aldi or Safeway here!

We have agreed that the reason why Coles is left behind is due to the fact that they simply don't walk the talk. "Cut the cost of your shopping" seems to be pathethic when we realise that the cost of our purchased item is more expensive as what we could find if we were to go to either Safeway or K-Mart. Now, in order to improve this, I think we could do something about the pricing strategy.

Coles should focus on reducing the cost of rudimentary needs type of items whilst may increase a bit the cost of other products produced by them to compensate the ongoing cost.
Then, they should fully utilise the advertising strategy to highlight how they could offer more than other stores. See Giant in Malaysia, they simply show in their advertisement the lucid comparison between what does their store offer as relatively compared to others. The idea is, something can be done about the price not the quality strategy only!"

Idea tersekat. Bukan kerana malas hendak berfikir sebelumnya. Tetapi tidak tahu apa yang hendak difikirkan. Krisis paling asas dalam senyapnya Za'im dalam kelas Perakaunan Mr K, perbincangan Qardul-Hasan mahupun Sukuk, perbincangan bola sepak mahupun perbincangan dalam kelas tutorial pengurusan manusia semalam membawa kita kepada suatu kesimpulan asas. Ternyata penulis tidak ada ilmu berkenaan hal itu.


Tidak ada ilmu dalam kelas Perakaunan Mr K (kurang mungkin lebih sesuai) kerana kurang menelaah. Dalam kes perbincangan Qardul-Hasan dan Sukuk kerana tidak khatam 'magnum-opus' Ustaz Zaharuddin. Perbincangan bola sepak kerana kurang minat. Dan paling malang, dalam kelas tutorial pengurusan manusia semalam kerana

1 ) Tidak pergi kuliah "Marketing"
2 ) Tidak membaca buku teks


Tetapi, penulis baca lampiran Kylie Minogue dan Vodafone tu! Adalah idea sedikit. Juga lampiran nota kuliah. Penulis ada baca. Tetapi kenapa idea masih tersekat?
Astaghfirullah!

ILMU DAN GURU

Sebanyak mana kita baca tidak sama dengan berguru dengan cikgu. Sebanyak mana pemerhatian kita kesimpulannya mungkin salah jika tidak dinilai mereka yang pakar. Mahu belajar undang-undang, boleh saja kita baca buku undang-undang yang tebal paling kurang 500 muka surat. Tetapi tidak sama jika kita belajar dari Prof Aziz Bari. Mahu belajar konsep fizik, boleh sahaja meminjam buku dari perpustakaan Ballieu yang khazanah ilmunya, hanya Allah swt sahaja Maha Mengetahui. Tetapi tidak sama jika kita berbincang bersama Cik Grace, Pak Cik Dr Ford (Datuk? Dia promosi Malaysia apa dengan isterinya Mak Cik Mama Ford sebab sering mengutus Kad Ucapan Krismas pada seluruh dunia!) mahupun Prof Muadz. Tidak sama. Kesimpulannya kena berguru dengan yang pakar!

Kerana manusia dijadikan ada yang lemah dan kuat. Ada hebat dan kelat. Ada cerdik dan lembik. Ada yang lebih dan kurang. Jadi, bantu-membantulah atas perkara kebaikan, tolong-menolonglah atas perkara kebajikan. Ilmu itu kebaikan dan kebajikan. Jadi jangan dipisahkan antara hal kerjasama ini dengan ilmu. Kelak nanti melanggar fitrah dan 'eko-sistem khazanah ilmu' itu sendiri. Otak mungkin berisi tapi belum pasti lagi tangan dan kaki memahami. Boleh sahaja orang mengandaikan jihad itu hanyalah pada kata pedang semata-mata andai dia semata-mata membaca karya As-Syahid Dr. Sheikh Abdullah Yusuf Azzam (perbincangan diperlukan jika mahu berhujah lagi). Apatah lagi dengan kaca mata seorang anak muda yang semangat membaranya begitu tinggi, yang kadangkala tenggelam penilaian akal dan hati; mata nurani, terus mengebom bangunan Flinders, Melbourne yang tegak berdiri dengan izin Illahi sejak berdekad lamanya.

Penulis di Flinders St Station

Serupa juga kes orang membaca manual kereta dan buku peraturan, terus sahaja memandu di jalan raya. Akal waras mana yang akan beri lesen memandu jika tanpa ada ujian memandu yang sebelumnya diajar Pak Cik Bohari atau Mak Cik Jannah. Begitu juga dengan kita, baik dalam subjek "Marketing" mahupun pengajian tajwid Al-Quran; baik dalam subjek Qardul Hasan mahupun dakwah fardiyah, baik dalam subjek bola sepak mahupun kisah Wall St; semuanya perlukan mentor, Tuk Guru, ulama', orang berilmu, cikgu, pensyarah, ustaz ataupun sensei. Jika tidak, eko-sistem khazanah ilmu pasti tergugat. Dek kerana otak terisi tetapi kaki dan tangan gagal memahami.

Kesimpulan, bergurulah kerana para sahabat yang diredhai Allah swt itu berguru. (baca:Rasulullah s.a.w) Dan jangan ponteng kuliah.

"Ish...Za'im tak faham la"

"Ok la..bahasa anak muda sekarang, LECTURE!
Jangan ponteng LECTURE!
Cukuplah Za'im yang minggu lepas.
Cukuplah dua kali! Cukup!"


ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more