بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.Daripada surah ke-20, surah At-Toha :-
[25]
Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;
[26]
"Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;
[27]
"Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,
[28]
"Supaya mereka faham perkataanku;
[29]
"Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.
Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;
[26]
"Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;
[27]
"Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,
[28]
"Supaya mereka faham perkataanku;
[29]
"Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.
Lagi beberapa ketika, saya akan ke Kelas Tutorial Bahasa Arab 2A bersama Guruku Saadiqa di 234 Queensberry St-323. Dan, dengan izin Allah swt, pagi yang mendung tetapi tenang telah menjadikan perjalanan saya nanti lebih bermakna. Semuanya bermula dengan hadis baginda saw yang berbunyi :-
"As-alu Allaha Al-Adzima Rabba Al-'Arsyi Al-Adzimi An Yasyfiika"
yang bermaksud :-
Aku memohon kepada Allah swt Yang Maha Agung, Tuhan kepada Arasy yang Agung, menyembuhkan kamu
Ia. Ini adalah doa. Doa yang asalnya diajar kepada saya oleh Saudari Shahida Adam, adinda kepada Saudari Aisha Adam yang sibuk dengan kelahiran anak saudara mereka yang comel daripada kekanda mereka, Saudari Sakina Adam. Alhamdulillah, hari ini saya berjumpa dengan hadis ini daripada At-Tarmizi dan Abu-Dawud. Moga Allah swt merahmati mereka.
Daripada hadis ini, saya belajar 'irab. Mengapa majrur, mengapa mansub. Konsep idofah - mudofun, modofun ilaih. Juga tidak dilupakan konsep dhomir. Saya berkongsi dengan Saudari Shahida Adam menerusi YM. Dan menerusinya kami sama-sama mengambil manfaat dari segi lughah [bahasa] untuk menambahkan lagi kekuatan untuk beramal setelah melihat keindahan bahasa al-Quran itu sendiri. Alhamdulillah.
Kemudian di Facebook, Ustazatuna Nur Fatin Kamaluddin berkongsi tentang sebuah pernyataan dalam bahasa Arab yang indah. Dari situ, mulalah ulangkaji ilmu Iman - Hati, Lisan dan 'Amal, hasil daripada kuliah-kuliah bersama syaikhani [dua syaikh] Ustaz Khairul Anuar Al-Hafiz dan Ustaz Nushi Mahfodz. Saya paparkan kepada kalian :-
Nur Fatin Kamaluddin ya umma ahmad, yalla akhbirini kayfa an ashkura rabbi al-jalla?
wa qaalat: ya habibit alby, as-shukr masyi fillisan, bal innahu al-'amal!!!
AMAL:KATA-KATA=LANGIT:BUMI :)
www.ismaweb.net
Bila semuanya mengaku yang terbaik dan paling asolah… biarlah amal menentukan. Imam Hasan al-Banna r.h sendiri selalu mengungkapkan antaranya:
Alhamdulillah. Dan kemudian, Saudara Lutfi Hakim pula berkongsi sesuatu, dan biiznillah, Allah swt mahu sekali lagi saya mengingatkan diri sendiri untuk mengamalkan apa yang diperoleh menerusi untaian ilmu. Saya paparkan untuk perkongsian :-
Ltf Hakim Aida Zabidi Muhammad Za'im Mohamad Yusoff Nurman Mohd Nawi Rafika Ismail can books alone solve our masalah kehidupan? cc Hamzah Muhamad Shamsudin Nazir Harith Fadzilah Ahmad Ridza Azrina Iqbal Wiriyak Suvanmani
asammelbourne.blogspot.com
Impressive figure eh? You cannot walk around Melbourne and not see at least one person reading a book,whether while in a tram, or waiting for one, in the park or even when lining up for movie tickets.How many of you turn to books when you have a problem? Life problems, I mean. ...
Saya mohon kepada rakan-rakan yang jauh lebih hebat untuk menegur saya dan kami andaikata ada pernyataan yang salah dan tidak betul untuk diperbetul dan diluruskan semula kefahamannya.
Kesimpulannya, alhamdulillah, saya belajar lagi Bahasa Arab dan ilmu Islam yang luas ini - dan moga-moga kita thabat dalam mengamalkannya insyaAllah.
Sungguh, andai lughah ini mendekatkan diri aku kepadaMu, maka tambahkanlah taufiq dan hidayahMu kepadaku menerusinya dengan izinMu. Manakah lebih besar nikmat daripada mengamalkan apa yang diketahui dan apa yang diketui itu mendekatkan diri lagi denganMu.
Ampunkan segala dosaku yang hina, Wahai Tuhan Yang Mulia!
Ampunkan segala diriku yang cacat, Wahai Tuhan Yang Hebat!
Ampunkan kami semua yang keji, Wahai Tuhan Yang Tinggi!
Astaghfirullah~
No comments:
Post a Comment