Salam.
"Susah betul nak solat sunat depan orang. Tak payah la buat. Nanti riak."
Malang.
Itulah riak.
Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riak.
"Wah, ramai betul orang. Kena solat nampaknya. Kena buat. "Wajib" buat!"
Malang.
Itulah syirik.
Membuat amalan kerana manusia adalah syirik.
"Susahnya! Tinggal salah, buat salah. Apa yang betul?"
"Betulkan niat! Buangkan manusia lain dalam perhitungan membuat ibadat!"
"Baik-baik. Manusia lain, nyah kamu semua!"
Usolli....
"Wah! Tengok ko buat, orang lain tak buat, hebat la ko!"
"Oh, aku memang...."
"ASTAGHFIRULLAH!"
"Nak Berhentilah!"
Ha! Kamu tinggal amalan kerana manusia? Riak!
"Oh, ok-ok!"
Usolli....
"Wah, orang lain tengah tengok tu!"
"Aaaaaaaaaaaaaa!!!!!"
"Tensi!"
"Tensi!"
"Tensi!"
"Apa nak buat ni!"
Lihatlah dengan pandangan sangka baik. Oh, manusia ramai, tidak bersolat sunat, kerana solat wajib mereka sah dan diterima Allah swt belaka.
Tetapi,
Tetapi aku perlukan solat sunat. Untuk menampung solat fardhuku yang penuh cacat. Amalku yang penuh berulat. Solat sunat wajib kubuat!
Ya Allah! Betulkan niat kami!
Usolli...
Allahuakbar!
"Alhamdulillah...tenang sudah~ (= "
[antara sekelumit tegukan tazkirah dalam Pillow Talk Online bersama Saudara Afiq Kamaruddin selama dua setengah jam itu hehe alhamdulillah~ thanks bro~ (^^)]
No comments:
Post a Comment