Friday, March 13, 2009

Step By Step


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.

Anda tahu kenapa John Howard, Bekas Perdana Menteri Australia terbenam dalam pilihan raya musim lepas? Meskipun gandingannya dengan si "Treasurer", Peter Castello telah berjaya memakmurkan ekonomi Australia ke tahap meletup tup tup tup?

Anda tahu kenapa Kevin Rudd, Perdana Menteri Australia terjulang dalam pilihan raya musim lepas? Meskipun gandingannya dengan si "Treasurer", Wayne Swarn masih gagal memakmurkan ekonomi Australia se'meletup' John Horward dan Peter Castello?

Jawapannya ringkas tapi jelas!

John Howard managed our economy very well, 
but they forgot that they were also managing a society!

Husnul Zon : Najib VS Anwar?

The Liberal party has stressed over and over again on the basis of there is a need of economic prosperity though it might lead to the disparity between the wealthier and the poorer whilst the Labour party has aired the majestic 'equality for everyone' slogan.

Antara isu yang dibangkitkan Mak Cik Italia (Tutor Academic English For Commerce saya-nama gelaran untuknya khas dari saya) ialah tentang pembiayaan dana kepada universiti-universiti dan institusi pendidikan semasa zaman John Horward yang senantiasa mengalami pengecutan semasa pemerintahannya. 

Kenyataan panas Mak Cik Italia,
"It was reported that for over 15-year period, Australia was recorded as the first country that had reduced their spending on education among western countries during John Howard reign!"
-Lebih kurang

Maka, disebabkan itu John Horward terguling, 
Kevin Rudd terjuling sebab menang dengan bertanding! 

Tetiba, Marina yang banyak cakap itu menyampuk, 
"Tetapi Mak Cik Italia, bukankah Kevin Rudd masih lagi tidak begitu melakukan perubahan yang drastik kepada sistem pendidikan!"

Mak Cik Italia membidas,
"Everything needs to be done step by step my dear!"

Lebih kurang isi perbualan.
Tetapi cukup memberikan hentaman.
Kepada rakyat Malaysia seperti kita supaya memikir sejenak. 
Tak sampai 2 tahun ada perubahan kerajaan, sudah kita melalak? 

Menunggu Portal Web Selangor.
Ada pengishytiharan aset pemimpin-pemimpin negeri.
Pertama kali.
Tak sabar menanti.
Hihi!

Setelah hampir dua tahun berganti.
Baru nak umum kini?
Aish...amiklah sikit ibrah Mak Cik Italia.

"Everything needs to be done step by step my dear!"

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

No comments: