بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.
Sungguh senang mengikat sabut,
Seakan-akan menganyam rotan,
Sungguh tenang mulut menyebut,
Kekasih rakan bersahut-sahutan~
Seakan-akan menganyam rotan,
Sungguh tenang mulut menyebut,
Kekasih rakan bersahut-sahutan~
Alhamdulillah! Banyak perkara saya belajar sejak entri Pantun Beribu, Sajak Yang Yatim terpapar di profail saya di Facebook. Ada banyak komen hebat dari orang-orang yang hebat telah tertinta. Saya kongsi, bersama dengan anda di sini ya, sekaligus menyempurnakan sisi-sisi projek PDF saya, insyaAllah.
@apek aja deh : insyaAllah~ (^^) thanks for supporting bro~
nak kongsi dari saudara Hazwan Ariff Hakimi :
"...pantun adalah puisi dalam bentuk terikat. puisi moden adalah contoh puisi yang tidak terikat..."
(^^) subhanallah~
Yesterday at 05:55 ·
Muhammad Za'im Mohamad Yusoff
hazwan, sila-sila. andai berjumpa, khabarkan pada hamba dan sekalian. moga warisan terus berkekalan - tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas~ (^^) subhanallah~
Yesterday at 06:07 ·
Nasihat abang kepada adinda Zaim. Anda punya bakat. Cari guru yang betul. Dengan usaha yang berterusan, latihan yang cukup, anda bisa pergi lebih jauh!
Ada beberapa guru yang bagus dalam bab pantun, gurindam, sajak ini yang abang tahu/kenal. Antaranya Puan Nisah Haron (ada dalam FB), dan Puan Siti Zainon Ismail. Mungkin ada ramai lagi.
Bergurulah!
[Perh, macam komen juri profesional Akademi Fantasia pulak bunyinya ... hehe ]
Yesterday at 11:55 ·
Ilham Hamdani
Bercakap sedikit tentang sajak, walaupun abang tidaklah pandai sangat. Secara dasarnya, ada dua jenis sajak - terang dan kabur.
Terang, baris-barisnya sangat senang difahami. Mesejnya jelas tanpa perlu disuluh pun. Termasuklah sajak SN Usman Awang di atas. Sajak jenis ini ada peminatnya sendiri.
Jenis kedua ialah jenis yang kabur, yang menggunakan simbol dan perlambangan. Ini agak sukar. Perlu difikirkan secara mendalam dan secara berlapis. ... See more
Dan sajak jenis kabur ini juga menarik minat sekumpulan yang tersendiri. Terutama kumpulan yang suka berfikir, menggali dan yang suka memilih jalan sukar untuk mendapat sesuatu hasil.
Jadi, terpulanglah kepada anda, di mana anda suka menulis, dan yang mana yang anda suka baca.
Yesterday at 12:05 ·
"selain pantun dan syair, puisi lama atau puisi tradisional terdiri daripada gurindam, seloka, teromba dan lain2 termasuk jampi mantera ... apabila berbicara tentang puisi baru atau sajak, kita kerap teringatkan bentuk bebasnya. seakan2 bentuk bebas itu suatu syarat puisi moden yang mutlak. kita kerap melupakan bahawa bentuk yang terikat masih digunakan oleh penyair2 kita."
moga bermanfaat.
Yesterday at 12:28 ·
Nur Adilla Abd Rahim
Rasanya di sini letak kekeliruan yang membiakbenih kekecewaan,lantas saudara menolak puisi untuk dihadami dan diuliti.... Setuju dengan saudara Ilham Hamdani, setiap satu bentuk penulisan sajak itu ada peminat tersendiri. Samalah seperti pantun yang ada bayang-bayang dahulu (kekaburan) sebelum dijelaskan. Berbeza dengan puisi yang menggunakan perlambangan. Ia meneruskan tradisi pemikiran Melayu yang kreatif dan terkedepan. Err,tapi tak bisa menolak ada karya sajak yang tidak difahami.Lazimnya, penulis muda yang melakukan begitu. Faisal Tehrani menggelarnya 'karya kamar'.
Bercakap tentang puisi dengan perlambangan yang tersirat makna,teringat pada puisi Pak Samad. 'Daun Semalu'. Aduh, bacalah kalau berkesempatan. Keindahan ini menunjukkan ketulusan adat Melayu menyampaikan rasanya dalam bentuk seni.Sekadar berkongsi pendapat yang tiba-tiba bergelora membaca notamu..
Yesterday at 19:17 ·
Shiken Halim
Setelah melihat sendiri dua buah video di atas, maka izinkan saya untuk berkongsi di sini.
Saya berpendapat, sajak dapat menyampaikan mesej ke hati, kerana ada menyelitkan elemen perasaan di situ. Saya teringat lagi sewaktu mendengar sajak pada malam itu, meremang bulu roma berkaca-kaca mata.
Gurindam juga dapat menyampaikan mesej cuma lagunya perlu disesuaikan dengan keadaan, kalau sesuatu yang serius berlagukan sesuatu yang 'relax' maka penghayatan munkin kurang.
Wallahu'alam
Today at 11:31 ·
Salam yang salim buat semua (^^)
1. Sungguh, saya tersenyum ranum berbau harum kerana kagum mula menguntum melihatkan kesopanan Melayu bertutur, lidahnya molek cantik terlentur. Tahniah buat semua! Teruskan berbahasa penuh, kerana berbahasa penuh adalah akhlak bahasa tinggi erat tersimpuh. InsyaAllah (^^)
2.
Ismail beribu, Sitinya Hajar,
Sitinya Hajar, anaknya si ibu,
Tiadalah ilmu, tanpa jadi pelajar,
Tiada jadi pelajar, tanpanya guru.
Terima Kasih Kekanda Ilham atas nasihat yang indah tersergam, doakan adinda agar nasihat dikelek molek. InsyaAllah. Sudah adinda menangkap bonda Nisah dan bonda Zainon. InsyaAllah, moga-moga dapat menjadi pelajar bagi bonda-bonda guru terpelajar.
3.
Dilipat dan dilentur molek, besi nan gagah,
Tidak terlawan, keluli disagat,
Dilihat dan dibuat baik, milikNya Allah,
PadaNya pujian, terserah bulat.
Atas segala kebaikan kalian terlihat, sebutlah Alhamdulillah.
Atas segala kejahatan tercatat, sebut Astaghfirullah. Moga rakan kita, 'Atid memadam butiran jahat.
4.
Terima Kasih atas perkongsian pembahagian sajak. Benar, saya setuju. Sajak itu bebas dibajak, menjanjikan kebebasan idea menggalak. Adapun saya juga suka bersajak, cuma manusia itu bisa berombak, kadangkala pasang kadangkala surut. Sungguh, rintihan ini tidak langsung menafikan kehebatan auranya sajak.
Cuma, apabila saya membandingkannya dengan pantun. Dari suatu sudut, saya nampak pantun begitu terikat sifatnya. Ada undang-undang perlu dipatuhi. Walhal, pantun dan sajak dua-dua diguna pakai untuk melontarkan ekspresi diri, membuahkan pemikiran lestari dan menonjolkan kekuatan budaya seni, Melayu khususnya.
Oleh hal yang demikian, saya merasa kagum dengan orang yang hebat berpantun, pemikiran yang mungkin dalam sajak perlukan berbelas-belas baris, dalam pantun kita dicabar - ringkaskan ia kepada dua baris - tetapi maksud tetap sampai. Ha, bagaimana itu? (^^)
Itu sahaja. Memang benarlah kata orang, dua benda yang kita suka - bila dibanding, mesti salah satu terpaksa imejnya kita luka - jika tidak, tidaklah namanya banding. (^^)
5.
Yang saya maksudkan sebagai bahasa tinggi segalah adalah bukan bahasa perlambangan. Bukan teknik-teknik jalur-jalur gaya penulisan sajak. Tetapi, adalah penggunaan bahasa yang terlalu bombastik [seperti perkataan bombastik sendiri] yang kebanyakannya tersadur dengan elemen saintifik. Saya lihat ada kencenderungan dalam kalangan penyajak alaf baru sedemikian. Adapun sajak-sajak perlambangan Usman Awang rahimallahuta'ala insyaAllah, A. Samad Said mahupun Lim Swee Tin - adalah menjadi kesukaan saya zaman-berzaman.
Kesimpulannya di sini, saya perlu jadi lebih rajin menyelak kamus dalam memahami entri sajak berkosa kata saintifik ini nampak gayanya. (^^)
6.
Saya merasakan selaku orang-orang yang dikurnia Allah swt nikmat menghargai karya sastera - rasanya kita perlu lebih banyak mengamalkan sangka baik. Umum maklum, khusus memahami, bahawa dunia sastera tafsirannya infiniti. Boleh berdebat berhari-hari.
Namun jauh lebih penting, apakah buah baik benih molek yang kita kelek setelah puas menelaah sesebuah karya. Itu letaknya nilai kritik - kita teliti, kita kongsi bukan paksakan pendapat yang kita dapat, kemudian kesimpulan baik kita buat. Nilai pengajaran dalam hati, tangan dan kaki kita semat. Barulah namanya kita manusia tidak kufur nikmat - nikmat menghargai karya sastera itu pada pemikiran dan perbuatan.
Dari itu, saya rasa tidak perlu saya lampirkan contoh sajak yang saya agak kurang gemar itu kerana jauh di lubuk hati -
"Za'im, orang ini mampu hasil karya hebat yang kau tak mampu selam, tapi orang lain sudah memahami jauh mendalam. Hinalah dirimu Za'im. Hina. Sungguh karya dia ini meski kau kurang gemar, tapi karya tetap karya. Itu anugerah Yang Maha Esa. Subhanallah!"
(^^) Maka, rasanya tidak perlu sedih. La tahzan!
7.
Terima Kasih atas perkongsian dan cadangan. Moga Allah swt rahmati kita semua insyaAllah.
p/s : Sejak bila perkataan yatim bernada negatif bagi orang mukmin. Wahai orang-orang mukmin, nabimu yang mulia juga yatim. Malah, anak-anak yatim yang menggunakan istilah yatim itu adalah kalam-kalam wahyu, apresasi dari Allah swt. Jelas, surah Ad-Dhuha dan surah Al-Ma'un menjelaskan perintah memuliakan anak yatim. Berjuih hadis baginda Rasul saw memuliakan mereka yang menjaga anak yatim. Maka, di mana letaknya yatim di hati kita sebenarnya? Astaghfirullah, ampunkan kami Ya Allah andai tersalah meletakkan sesuatu kerana zalim meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya. Astaghfirullah~
No comments:
Post a Comment