Sunday, February 8, 2009

NAMA dan Semua


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.

"Nanti di KYUEM, Angah cari Abang Izuan, dia kawan baik Along. Orang panggil dia Izuan Pilus!"

"Puan Nadiah Azizan suruh saya berjumpa dengan seseorang yang bernama Cik Akma untuk menguruskan hal perkahwinan saya ini!"

"Dari mana?"
"Darimi la!"

"Pak Mat Beruk!"
Atau
"Beruk Pak Mat?!"

Ibarat melukis segelas cawan. Anda tutup mata. Kawan anda di sebelah pun tutuplah mata. Lukis segelas cawan berserta tangkainya. Buka mata. Di manakah tangkai itu ditulis? Kanan atau kiri? Kiri atau kanan? Tak percaya tangkainya sama di sebelah kanan? Begitulah juga dengan ayat-ayat di atas. Meski berbeza, tetapi disebalik semak-samun perbezaan, ada persamaan.

Kesemuanya ditegakkan kerana empat huruf : NAMA

Apa ada pada NAMA? Oh, besar perbezaannya antara Nur Zaffan dan Huzaifah, malah Huzaifah sama Huzaifah pun kadang-kadang boleh tersilap jantina. Semuanya kerana NAMA.

Tetapi NAMAlah menemukan Angah dengan kawan baik Along, Abang Izuan yang massa kenali sebagai Izuan Pilus. Kalau Cik Akma tak ada NAMA, masakan perkahwinan sahabat Puan Nadiah Azizan akan berjenjang di pelaminan. Darimi? Tak akan menang aktor terbaik andai NAMA tidak diusai. Pak Mat Beruk atau Beruk Pak Mat? Silap letak sususan nama, jadi carca merba! Marah pulak Pak Mat tak tentu hala! Telur sebiji, seriuh sekampung membingit!

NAMA DAN AGAMA

Kristian itu pada Nabi Isa a.s. yang mulia sebagai rasul-Nya. Buddha itu sandar Siddartha Gautama Buddha yang mungkin nabiNya. Hindu itu lekat dek Lembah Hindus. Yahudi itu asal Kaum Judah. Maka, Islam itu susur galur dari....???

Mengapa tidak Muhammadans, nasabkan pada Rasulullah saw yang mulia? Atau mengapa tidak Meccan dek tanah gersang Arab tempat kelahiran pemimpin yang penyayang? 

Kerana NAMA Islam itu cerminnya yang aman dan sejahtera. Kerana NAMA Islam itu sulam pada ketundukan. Ketundukan yang melahirkan kesejahteraan! Baik NabiNya Adam a.s mahupun yang kamu gelar sebagai Moses (pbuh); semuanya membawa satu makna, sembah Dia buang bukan-Dia! Ambil mudah, buang susah!

Tetapi mengapa aku Muslim yang mengaku Islam tidak sejahtera?

Ibarat merasa oren itu masin meskipun definisi oren itu manis. Pergilah periksa jumpa Doktor Oren! Manalah tahu lidah kita sudah hilang deria rasa, ataupun disangkakan Garam itu Oren? 

Lagi teruk kalau dah rasa Oren masin, pergi rujuk Doktor Pisang manis.

Nama Oren itu manis dan yang waras dan benar sahajalah akan merasa manis!

Nama Islam itu tunduk sejahtera dan yang waras dan benar sahajalah akan merasa bahagia hasil ketundukan rendah diri tidak terhingga!

NAMA itu Doa!!!

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


2 comments:

aKmA said...

salam..

erks,erks, erks..nama aku plaks terbentang di sini..hahah!!ke orang laen, ke aku perasan jer??waa, kompius!!

emm, hanya kerana nama orang dah perasan kan??itulah, hanya kerana nama..=)

kirim salam rindu pada Saad..!!hehe, andai ada yang tak tahu siapa Saad mungkin sudah ada yang ber'suuzzon' dengan kiriman salamku itu..itulah kan, hanya kerana nama..=)

selamat berkolaborasi dengan afiq di sana!!eh, siapa pulak afiq ni??heheh..lagi, hanya kerana nama!!=)

Anonymous said...

sangat menarik!