Wednesday, February 11, 2009

Aweks Dan Solat : Suatu Kaitan


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.

Apakah kaitan rutin Aweks dan Solat?

Subhanallah! Kaitannya cukup besar! Tanpa kita sedar! Rupanya dalam diam-diam ubi berisi, tersirat rahsia besar kaitan antara rutin Aweks dan Solat dari sudut prestasi meskipun mungkin mengundang sedikit sebanyak secuit sekelumit kontroversi andai kenyataan ini tidak diperhalusi.

Apakah yang akan biasa dilakukan bila seseorang berjumpa Aweks? Secara tergambar di fikiran, apabila berjumpa, mula-mula berkenalan dengan Aweks, kita akan cuba terlalu bersangka baik dengan Aweks. Zzzzzzap hujah pertama.

Kemudian?

Kita akan menutur bicara lemah lembut lemah gemalai cuba memahami setiap butiran cerita yang ingin disampaikan memandangkan pertemuan pertamalah katakan. Lantas, dengan sedaya upaya kita akan terus berusaha dan berusaha dalam memenangi hati Aweks satu persatu dengan sabar dan tekun melaksanakannya. Zzzzzzap hujah kedua.

Setelah itu?

Setelah berusaha memahami, kita akan bertungkus lumus dengan hati yang mulus mendapatkan segala bentuk maklumat yang rasanya semua akan terus jadi relevan dan masuk dek akal hatta perkara-perkara yang kecil-kecil tapi semuanya kita nampak comel ngomel. Semua info seakan di hujung jari. Dari nama penuh hingga ke nama moyang, hinggalah tarikh hari jadi lahir agar mudah dikenang, dari kegemarannya malam dan siang serta segala bentuk bola tanggung yang bakal menjadi senjata rahsia dalam memenangi hati Aweks yang seorang. Zzzzzzap hujah ketiga.

Natijah dan kesannya,

Hubungan kita dengan Aweks akan makin kukuh ibarat tali tersimpul kuat ibarat benang terjalin erat. Natijah dan kesannya~

HA! Apa kaitan Aweks dan Solat pulak?

Zzzzzzap hujah pertama : Kalau Aweks pun boleh berhusnul zon, kenapa dengan solat yang diwajibkan itu asyik kita su'u zon? Husnul zon itu sangka baik. Su'u zon itu sangka jahat. Meskipun tidak tahu kelebihan dan hikmah, tidak bolehkah kita terima sahaja, solat dari Allah swt Yang Maha Gagah, adalah amalan terbaik buat insan yang penuh serba kekurangan? 

Bak kata, Habib Adnan, dipetik Mr Zaidi, Seluruh ajaran Islam merupakan tuntutan suara hati manusia. Maka mengapakah tidak kita ikut sahaja tanpa mempersoalkan lantaran mengetahui perintah solat datang daripada Sang Pencipta yang mana setiap suruhan itu adalah tuntutan suara hati manusia yang diberi nama sebagai FITRAH!

Zzzzzzap hujah kedua : Berusaha mendengar Aweks senang. Berusaha memahami dalil aqli apatah lagi yang terutama dalil naqli susah! Salahkan Ulama' sana dan di sini kenapa ada beza hukum solat berjemaah. Yang sana kata sunat yang sini kata wajib. Lihat beza dengan mata berbeda tanda kehancuran ummah semata. Nauzubillah! Tidakkah diketahui bahawa ini adalah khilaf. Dan khilaf adalah rahmat. Menunjukkan keberkatan Islam itu memberkat, dipraktik dalam kehidupan manusia agar tidak semata-mata robotik, agar kita dapat mengenali yang mana intan, yang mana kaca. Berusahalah berakhlak apabila mendengar pendapat ulama' meskipun dia dan kita beza pandangan siyasahnya, lain bicara tijarahnya, tak sama sumbangan kemasyarakatannya. Janganlah terus nampak satu kes berbeza dengan satu kes, kita terus tertawa sinis, katakan pendiriannya tidak konsisten sedangkan kenyataan ulama' yang tinggi darjat, perlukan kefahaman yang melangit tinggi, dibaca kadangkala sukar andai selapis, perlukan dua tiga lapis untuk menyerlahkan mutiara hikmah dari Tuk-Tuk Guru ulama'!

Zzzzzzap hujah ketiga : Kalau nak memahami Aweks, segala kitab telefon, buku Facebook dan kutubkhanah Friendster diselongkar meskipun persis belukar yang bisa menyebabkan diri dipugar. Maklumat dikumpul dan dicari tanpa henti-henti. Tetapi apabila solat, cerita terus terbalik seakan akibat gempa bumi! Malas membaca apatah lagi mengkaji. Tetapi itu dikira boleh tahan jika hendak dibandingkan yang malas nak letakkan telinga di corong mikrofon Surau As-Sood ataupun Masjid Wilayah Kesatuan sekalipun! Dengan Aweks jika hendak dibanding, patutnya solat pun tidak kita pandangnya dengan enteng. 

Mahu mengenali, mencintai dan mengasihi Aweks, kita bersangka baik-baik, berusaha molek-molek dan menadah ilmu berbukit-bukit!

Mahu mengenali, mencintai dan mengasihi solat PUN KENALAH kita bersangka baik-baik, berusaha molek-molek dan menadah ilmu berbukit-bukit!

Boleh jadi Aweks (hasil mutasi Awe orang Kelantan) itu nama seorang Muslimin yang bernama pelik! Berhusnulzonlah! =)

Mungkin solat hanyalah sekadar sembolik realiti Ibadah yang segah untukNya!

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

3 comments:

caliphkaai said...

wah.
semoga solat lebih penting dari cinta manusia!

Rashidah Abdul Hamid said...

aweks ni girls ke? kenapa ada "s"?

MiD said...

Perumpamaan ini memang jelas. Semuanya sebab cinta kepada aweks.

Dengan adanya cinta yang lebih hebat kepada yang agung, iA, segala usaha akan dikerah memohon keredhaan-Nya.

Macam mana ye nak pupuk cinta Agung yang tiada tolok bandingan ini?