Wednesday, February 25, 2009

Apabila Mencemar Duli Disamakan Dengan Kaki Dikotori


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.

"Za'im kaki bangku"
"Ainan berkaki ayam ke kuliah"
"Dek tidak beroleh gelaran Aktor Terbaik, Sulwan makan hati berulam jantung"

Psss!!! : Nama-nama bukan nama sebenar

Ada dua cara untuk menafsirkan ayat penyata di atas. Anda tidak perlu menghadap peguam diraja Ratu Elizabeth Alexandra Mary semata-mata untuk mentafsirkan ayat penyata di atas. Dua cara berkenaan adalah secara literal dan kontekstual.

Literal bermaksud anda nampak perkataan, terus dicari dengan cepat dalam Kamus Dewan, ambil terus makna yang dinyatakan, salin dan lekat dalam ruang jawapan, ha! Selesai, anda sudah berjaya mencari jalan penyelesaian.

TETAPI

Kontekstual pula bermaksud anda nampak perkataan, anda melihat ayat penyata berkenaan secara keseluruhan, anda melakukan kajian, menilai seluruh isi yang terserlah dalam artikel berkaitan. Anda tanya pada yang mempunyai kepakaran (Hapric, tukang pencuci bilik air pun tahu), anda buka Kamus Dewan, sekadar melihat makna-makna yang mungkin berkenaan. Di dalam otak sudah terbina beberapa tafsiran makna yang berkemungkinan. Anda membuat ekperimen selaku percubaan, mencuba sama ada tafsiran anda kena ataupun mengalami kesasaran hingga mungkin menyimpang dari jalan kebenaran. Ha! Setelah berpuas hati, barulah anda meneguhkan misi, baru menyebarkan ke seluruh dunia dan segala isi, makna kontekstual yang telah berjaya dijumpai!

Cuba anda gunakan kaedah yang sama dalam menafsirkan ayat penyata di atas. Kaki ayam secara literal bermaksud kaki yang bersifat fizikal seperti ayam. Ada cakarnya, ada tajinya. Sebagaimana itu, kaki bangku bersifat fizikal seperti bangku. Ada empat kaki, setiap satu daripada kayu; mungkin jenis cengal ataupun jati. Makan hati berulam jantung, mungkin di benak terbayang al-kisah hikayat Hindun memamah hati As-Syahid Saidina Hamzah (walaupun ia fitnah menurut ini [klik]); berulam jantung pulak dibayangkan bagaimana ulam pegaga, pucuk ubi dijadikan sambal masak asam dicincah dengan kepingan jantung yang dipotong. Astaghfirullah...tinggi beno imaginasinya!

Itu literal. Kalau yang mencari kontekstual, merekalah terdiri daripada seseorang yang peka, punyai sifat memahami, ingin belajar, sabar dan tekun pasti akan bersikap seakan-akan menarik rambut dalam tepung, rambut dapat ditarik, tepung tidak berselerak. Dia akan mulai bertanya tentang pencipta bahasa, mereka yang menuturkannya. Melihat ayat penyata sepenuhnya. Andai ada artikel berpuluh-puluh malah beratus-ratus muka, dia tidak akan lupa untuk membaca semua. Kerana bisa saja seluruh artikel itu disimpulkan dengan dua perkataan itu saja. Pada muka surat - 678 di akhir kalam berbunyi; kesimpulannya, 'Za'im kaki bangku' atau 'Ainan berkaki ayam ke kuliah' atau 'Dek tidak beroleh gelaran Aktor Terbaik, Sulwan makan hati berulam jantung'. Mengapa perlu semua usaha berlapis-lapis? Inilah tanda ikhlas mahu memastikan segala cara menjadi majelis. Tidakkan hanyir seperti ikan bilis. Hinggakan nak dihidangkan pada orang lain pun terasa hamis. Keskeskes~ 

Kalau bijaksana, pasti akan berjumpa. Kaki Ayam itu tidak memakai kasut. Ainan nak merasa refleksologi dalam kesejukan di Canterbury. Sebab itulah dia tak pakai apa-apa waktu berjalan ke dewan kuliah. Eh, bukankah sekarang orang belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Orang Putih. Ha~ Orang Ratu Elizabeth Alexandra Mary gelarkannya "barefoot"! Ada faham?!

Kaki bangku sama saja dengan tidak pandai bermain bola sepak. Perhatian BOLA SEPAK atau bahasa sinetronnya SEPAK BOLA! Bukan bola keranjang, bola tampar atau bola baling. 

Makan hati berulam jantung bukan pula resipi baru Sulwan untuk dipromosikan pada Abang Hafiz Cafe. Cuma sekadar hiperbola, berlebih-lebihan dalam ekspresi, lewah dalam meluahkan rasa kechiwa, rasa dhuka si Sulwan kerana gagal menggondol anugerah berprestij itu. 

Ha! Cerita sembah derhaka sama sahaja! Geram bila orang tak faham-faham. Orang yang ikhlas dan bijaksana tak diberi peluang untuk menjelaskan istilah dari sudut epistomologi. Orang yang buat-buat faham tapi tak faham pula yang masuk TV! Ish, ish! Apa nak jadi! Dengan tanah airku ini!

Artikel ini mantap. Wawancaranya membuatkan diri ini tersentap. Tidak salah jika katakan inilah wawancara yang paling bermanfaat pernah dibaca. Saya kongsi. Takut anda terlupa. Takut anda masuk golongan yang masuk TV tadi!



Istilah 'sembah derhaka' yang dilafazkan Dato' Ser Nizar ketika menghadap Sultan telah menimbulkan tanggapan negatif, terutama oleh pihak media, walaupun sudah dijelaskan oleh pakar perundangan juga pakar bahasa. Malah Dato' sendiri turut mengulasnya, tetapi Menteri Besar Perak itu tetap dilabel penderhaka hanya kerana istilah istana itu. Mohon Dato' jelaskan lebih lanjut maksud sebenar istilah 'sembah derhaka' itu.

Istilah 'sembah derhaka' bukan bermaksud perbuatan menderhaka tetapi sengaja pihak-pihak tertentu dan media arus perdana 'menangguk di air yang keruh'. Mereka telah mengungkit dan membesar-besarkan bahawa apabila Nizar 'sembah derhaka', seolah-olah ianya 'confrim' derhaka kepada raja.

'Sembah derhaka' bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat, sama ada kecil atau yang besar. Justeru, seseorang rakyat akan menuturkan bahawa 'patik sembah derhaka'. Ia bukan bermaksud perbuatan menderhaka, melawan atau menyakiti raja.

Contoh terdekat, minggu lepas saya dititah untuk mengadap seorang Raja di Kuala Lumpur. Tetapi saya tidak dapat hadir kerana ada urusan lain, lalu saya terpaksa memaklumkan bahawasaya terpaksa 'sembah derhaka' dan meminta tarikh lain untuk bertemu.Maknanya, kehendak raja saya tidak boleh tunai. Adakah itu maksudnya saya derhaka?

Begitu juga apabila saya mahu dilantik untuk menjadi Mufti di sebuah negeri, dan waktu saya nak menolak saya sebut 'patik terpaksa sembah derhaka'. Dan bukan sekali saya, dalam konteks berurusan dengan Tuanku Raja-Raja Melayu, yang mana saya terpaksa 'sembah derhaka'. Ia suatu istilah bahasa istana.Dan tidak timbul soal kemurkaan raja kerana itu istilah yang lazim diguna pakai.

Tidak sepatutnya pihak-pihak tertentu memperalatkan istilah yang dipakai Nizar, 'sembah derhaka' sebagai perbuatan derhaka yang sebenarnya. Dari sudut bahasa, ia dilafazkan apabila apa yang diminta raja itu tidak boleh ditunaikan. Apabila diberikan sebab-sebab yang munasabah kepada raja maka ia bukanlah derhaka.Kalau itu dianggap derhaka, sebenarnya banyaklah perbuatan derhaka kepada raja, tetapi ia tidak pernah ditonjolkan.

Saya tidak mahu sebut kronologi yang jelas tentang perbuatan menderhaka dan menyakiti raja ini kerana tidak mahu terdedah kepada umum wujudnya pihak-pihak tertentu yang memang benar derhaka kepada raja sehingga menggambarkan wujud masalah antara istana dan pihak-pihak tertentu itu.

Ada menteri besar yang sepatutnya tiap minggu pada hari tertentu menghadap raja untuk memberi taklimat tentang perkembangan negeri, langsung tak datang. Ada yang raja yang minta wang rakyat digunakan untuk projek demi kepentingan rakyat, tetapi menteri besar membazir untuk projek mega yang memperkayakan kroni.

Ada raja yang suruh menteri besar hentikan projek tertentu kerana membazir, tetapi tidak diendahkan. Ada raja suruh bantu ekonomi orang Melayu, dengan menyalurkannya melalui projek tertentu, tetapi tetap diagihkan kepada kroni mereka.

Malah ada seorang raja yang memberitahu saya, ada pemimpin di negerinya yang terajang pintu istana kerana tidak puas hati dengan baginda. Bukankah itu satu tindakan yang jauh lebih menderhaka lagi.

JELAS?

Jelas? Tak jelas anda pergilah istana sendiri. Saya tak layak untuk ke sana lagi. Orang yang pakar dan mesra istana saja yang mengerti. Jadi saya ikut mereka yang ada ilmu yang tinggi ini!

PROLOG

Kata perjuangkan Melayu. Takkan la hal budaya bahasa sendiri pun tidak tahu. Berkelahilah cara Melayu, Menikam dengan pantun, Menyanggah dengan senyum, Marahnya dengan diam, Merendah bukan menyembah, Meninggi bukan melonjak. Melayu itu lurusnya berseni. Ibarat lok keris berliku-liku cantik, begitu juga tuturnya. Ada masa tersurat menikam, ada masa tersirat mencengkam. Hai! Kena buat usrah pasal Melayu ja ni kat puak-puak ni!

"Afiq, ingat tak antara malam terakhir KYUEM kat Musolla As-Saad, kita berusrah hampir 3 jam pasal susur galur sejarah Bangsa dan Bahasa Melayu?!"

NGOMELAN AYAH

Tak pelik ka..belum buat salah kat sultan... dah mintak ampun! Pepaham je la memang lagu tu adat istana!

AMPUN TUANKU!

eh silap

AMPUN TUANKU!

p/s : Syukran kepada Jepah kerana sudi mendengar rintihan aku. Engkaulah orang pertama yang aku kongsi dalam YM tadi. Hehe~ Artikel ini muncul setelah menonton rancangan Hujah hari ini. Detail lain cari sendiri~ Keskeskes
ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

5 comments:

Anonymous said...

Best o(^^o)

caliphkaai said...

haha

bangga sungguh nama aku keluar.
kan best kalau post ni masuk blog2 utama.

Haq Mohaidin said...

zaim ade blog!!!! jap aku link


eh.ko zaim yg ajar aku kan?

Pengembara said...

hmm...menarik2...saya mula faham tentang maksud literal dan konstektual.

Artikel yang jelas dan tak bias, kata-kata yang sedap juga.

Muhammad Za'im Mohamad Yusoff said...

Salam

SEMUA : Sori lambat reply! huhu

To motor : Biiznillah

To caliphkaai : Haha! Self-obssesive! Haha!

To Haq : Hal anta dalibuti? =)

To Pencari : Saya pun mencari siapa gerangan sang pencari..hm..Jazakallahukhair atas lawatan ziarah blog! =)