Sunday, October 26, 2008

Selangkah Ke Syurga, Selangkah Ke Neraka

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.


"Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi,
maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah
kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.
Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang
berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan.”
Shad (38: 26)

Dia Tertekan

Dia sakit. Dia juga punyai hutang yang bukan sedikit. Parahnya hubungannya dengan isteri kesayangan semakin membukit. Insan mana yang tidak tertekan jika begini buruk keadaan dalam kehidupan!

Dia mengadu. Rakannya itu membatu. Tetapi tidaklah selamanya diam membisu.

"Saudara pergilah berjumpa Sheikh itu, insyaAllah dia akan cuba membantu saudara menyelesaikan kemelut yang sedang saudara bergelut"

Dia terus berjumpa Sheikh. Habis segalanya diceritakan. Terbongkar segala coretan hati dan perasaan. Sheikh dengan penuh tenang memberikan cadangan. Pelik, ajaib bagi seorang yang jahil sepertinya. Tetapi, cukuplah keyakinan terpatri terhadap nasihat Sheikh tersemat kuat. Dia rela melakukan.

"Saudara pastikan setiap hari baca Sural Al-Waqiah! Setiap hari~"

Dan setiap hari. Tanpa meninggalkan, dia melaungkan Al-Waqiah. Memerhatikan makna, menghayati apa yang terdedah dan terahsia dalam bait-bait wahyu Yang Teragung itu.

Namun, sayang dan pada dirinya, masih malang. Dia tetap sakit. Dia tetap juga punyai hutang yang bukan sedikit. Parahnya hubungannya dengan isteri kesayangan tetap semakin membukit. Insan mana yang tetap tidak tertekan jika begini buruk keadaan dalam kehidupan!

Tetapi kerana rasa hormat pada Sheikh, dia tetap meneruskan. Namun, seketika hatinya memberontak. Imannya bergocak. Mengapakah tiada perubahan meskipun segala nasihat Sheikh telah aku ikut tanpa aku bantah?

"Sheikh! Tiada apa pun yang berlaku. Saya tetap sakit. Saya tetap juga punyai hutang yang bukan sedikit. Parahnya hubungan saya dengan isteri kesayangan tetap juga semakin membukit. Insan mana yang tidak tertekan jika begini buruk keadaan dalam kehidupan seperti saya ini!"

"Subhanallah! Tahniah! Sebenarnya penawar itu telah lama saudara jumpai, tetapi saudara yang belum sedari. Saudara telah membaca Al-Waqiah saban hari. Itulah penawarnya. Melakukan sesuatu yang baik dalam keadaan yang penuh buruk, itulah penawar penyakit yang paling mujarab! Syabas! Moga Allah swt memberkati usaha kalian!"

Subhanallah! Sheikh itu mengajar kita erti tidak putus asa pada Tuhan. Kebaikan itu datang daripada Tuhan. Keburukan itu banyaknya manusia yang mulakan. Maka, keburukan yang manakah yang dapat kita tentang jika tidak dengan penawar kebaikan daripada Yang Maha Penyayang.

Semasa kursus kepimpinan di Universiti Melbourne semalam, peserta ditanyakan siapakah pemimpin yang menjadi pujaan dan sanjungan.

Barrack Obama !
Tun Dr Mahathir !
Anwar Ibrahim !

Tiba-tiba~

Ismail Haniyeh !!!

"Uish, sape tue?"
"Have i ever known him?"
"Apekah?!"
"Mungkin ramai lagi kot~"

Memang pelik untuk menamakan pemimpin Hamas ini.
Namun, inilah pemimpin sejati.

Ismail Haniyeh : Pemimpin Sejati

Pemimpin yang sejati adalah mereka yang mampu membawa hatta sedikit kebaikan dalam masyarakat yang sakit, yang 'hutang' ekonominya bukan sedikit, yang hubungan sesama mereka agak parah terutamanya kewujudan golongan munafik yang semakin membukit!

Bukan mudah menjadi nakhoda bagi kapal yang buruk, banyak perkara yang kadangkala tidak tergambar dek akal biasa harus difikir dan dilaksanakan elok-elok.

Namun, perlu diingat. Hal ini hanya tertakluk pada sebuah perjuangan yang syarie di sisi Allah swt. Kalau seorang pemimpin yang sedang bankrap dalam syarikat riba mahu beraksi seperti Ismail Haniyeh, tak perlu dipedulikan. Sampai bila-bila dilaknat Tuhan. Kan riba seakan-akan isytihar perang dengan Tuhan! Dan rasulnya~

Begitulah sedikit perkongsian daripada sahabat-sahabat yang bertebaran di bumi bawah dunia ini. Dengan izin Allah swt, telah terpikul atas bahu saya yang kerdil ini suatu amanah tanggungjawab sebagai komiti Ehsan, sebuah badan dakwah Islamiyah yang baru bertapak sebagai penyatu kepada program dakwah kita dalam kalangan sahabat-sahabat yang sedia ada di sini.

“Tidaklah seseorang lelaki memimpin sepuluh orang, kecuali ia akan didatangkan
dalam keadaan tangan yang terbelenggu pada hari Kiamat. Keadilan yang ia
lakukan akan melepaskannya dari ikatan,
atau kezalimannya akan menjadikannya celaka.”
(Hadis Riwayat al-Baihaqi dalam al-Kubra, 10/96)

Saya mendambakan kebaikan daripada diri sendiri dan rakan-rakan di sini dalam meneruskan tugas kita di jalan Illahi. Dari mana jua kita datang, dengan wasilah mana yang kita pegang; selagi mana kita di atas jalan Allah swt yang satu ini; untuk memartabatkan Islam dalam diri kita dan rakan-rakan; selagi itulah kita bersama-sama memberikan kerjasama seikhlasnya dalam program-program kita, insyaAllah. Kami tidak terdaya melakukannya sendiri. Justeru, teruskanlah menegur apa yang kendur, akan tegang kembali, menabur bakti. Raikan persaudaraan dan perpaduan. Kerana apa jua yang kita lakukan, baliknya hanya pada satu. Allah SWT Yang Maha Satu.

Batu ini tidak akan cantik, kalau tidak air yang deras menghentam memekik!

Moga dipermudahkan daku dan kita semua melaksanakan amanah yang pastinya penuh cabaran dan onak duri perjuangan!

Merekalah aspirasiku~ Moga lebih baik dari sebelumnya~

Allahumma, mudahkan segalanya!
Sabit qulu bana 'ala dinnik!
Wa 'ala to 'atik~


Link Best :

http://www.mail-archive.com/sahabatinteraktif@yahoogroups.com/msg09625.html

http://salam-online.web.id/2008/10/25/pemimpin-2.html


Selangkah Ke Syurga
Selangkah Ke Neraka
Moga tidakku celaka
Sebaliknya dipermudahkanNya cara

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


6 comments:

hisham said...

salam ziarah dari southampton

aritkel yg ringkas tp terselit pengajaran bermakna..

best2

teruskan beristiqamah.. :)

TOPAN said...

salam..
apa khabar kamoo?


www.topanmoon.blogspot.com

fateh saleh said...

zaim, aku umpat ko kat sini;

http://zaffankhalid.iluvislam.com/?p=97

Rashidah A Hamid said...

slm zaim, bila nak update ni?

Muhammad Za'im Bin Mohamad Yusoff said...

Salam semua

To Hisham : Alhamdulillah...setelah sebulan lebih..aku dah update!

To Topan : Sihat Topan! Kamu?

To FatehSaleh : Dah balas...banyak nama samaran kamu ye...hehe

To Rashidah : Dah jawab kan soalan tue?

=)

Terima kasih kerana melawat!

Anonymous said...

ana tahu siapa jawab ismail haneyah, zaujah atiqi tak silap. Oh menarik blog nta ni, tapi kalau ada search lebih mudah nak search sst yg nak dibaca.

Wassalam