Monday, May 12, 2008

Tersentap Di Pagi Isnin

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.

Saya tersentak. Hati saya tersentap detak. Baru saya sedari betapi hinanya diri dan zalimnya saya. Nauzubillah. Saya takut akan kezaliman yang jika tidak diperingat tadi, sudah pasti menambah saham kebarangkalian untuk saya mati dalam suul khatimah.

Modul MYC Fitrah Perkasa : Bermula Dengan Suatu Pengakhiran
Sebab-Sebab Mati Suul Khatimah

1. Tidak bersyukur dengan IMAN
2. Tidak bimbang SUUL KHATIMAH
3. Tidak jelas ilmu TAUHID
4. DOSA DENGAN IBU BAPA
5. ZALIM PADA MAKHLUK

Namun, saya melihatnya dari sudut pandangan positif. Mana mungkin saya menolak kebijaksanaan Allah swt, guru terhebat yang mengajar kita dengan memberikan terlebih dahulu ujian sebelum mengajar silibusnya kepada kita, hamba-hambaNya. Terngiang-ngiang berdegang bait-bait puisi Saudara Ainan Al-Kanterberi yang pernah terbit dalam Dewan Siswa Disember 2005.

Kolej Hayat

Jadikan khilaf
sebagai yuran
persekolahan
di kolej hayat

Pinjam
Tuhan
dan alam
sebagai buku,
Telaah naluri dan akal
subjek pilihan
Tekun mendengar
leteran dan ajaran
Cabaran, guru kelasmu,
Yang sentiasa
memberi ujian dahulu baru belajar

Tegarlah menerima
formula naluri dan akal,
Persediaan mungkin
Peperiksaan akhir semester!
Hari graduasi,
Bersama
Tuhan
Peroleh sijil
cemerlang,
atau
lulus,
atau
gagal !

Dalam dewan-Nya
Berbondong-bondong berisi pelajar,
luas tiada
tara !

MOHAMAD AINAN MOHAMAD ANNUAL
Kuala Kangsar, Perak

Nota kaki :
Prof. Rahman Shaari telah mengkritik hasil karya saudara Ainan dengan memberikan kenyataan di bawah;

"Dalam konteks remaja, sajak "Ujian" dan "Kolej Hayat" dapat dianggap sajak-sajak yang berpemikiran tinggi".

Ahlul Guild without Lemi and Anam ; From Left : Tuyu, AINAN, Sudin, ;), Syafiq

FORGIVE ME

Kisah begini. Sewaktu sedang menggosok baju di Common Room, Istana Hinggap P-41, saudara Hisham dan saudara Anas sedang sibuk memeriksa aplikasi internet sambil belajar Fizik dan Further Maths (rasanyer la..haha!); saya mengutarakan suatu persoalan kepada saudara Anas;

"Anas! Jom pergi Kelantan cuti A-Level nie!"

Belum sempat saudara Anas memintas, dengan pantas secara spontan atau dalam bahasa Ratu Elizabeth "Inhabition"- saudara Hisham terus berkata,

"Eh..ko sempat lagi nak melancong! Tak lama lagi nak fly! Stay la dengan family...."

Serius! Saya tersentak. Hati saya tersentap detak. Baru saya sedari betapi hinanya diri dan zalimnya saya terhadap keluarga tercinta. Mak, Ayah, Angah, Achik dan Mina, maafkan Along kerana terlalu mementingkan diri. Kini Along sedar, masa untuk bersama dalam usia muda dengan kepemudaan ini semakin singkat. Mungkin setelah pulang daripada mengaji di OZ nanti; Along pula mungkin sibuk bekerja. Astaghfirullah, maafkan za'im mak, ayah! Za' im mintak maaf!

Ayah Dan Ibu

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...

Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...

Bagilah tunjuk ajar dan nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Penyanyi : Allahyarham Sudirman Haji Arshad

Kesimpulan : Lawatan ke Kelantan dan Terengganu ditangguhkan ke tarikh yang lain. Sudah pasti tidak sebelum ke Australia. Masa itu insya-Allah hanya untuk keluarga saya yang tersayang. Mungkin saya akan ke sana bila ada majlis perkahwinan nanti.

RAKAN BERTAQWA

Allah pernah berfirman;

"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain kecuali mereka yang bertakwa." -Az-Zukhruf (43:67)

Setiap hari saya selalu mengamalkan doa ini. Doa ini saya dapati daripada Dr Fatimah Az-Zahra dalam satu rancangan di Astro OASIS. Memandangkan terlalu cepat bacaan doa berkenaan dalam bahasa Arab (atau saya yang terlalu lembab untuk menangkap) maka saya hanya dapat menghafal maknanya dalam bahasa melayu. Doanya sangat sesuai apabila kita memulakan hari kita,

"Ya Allah bukakanlah rezeki untukku mencintaiMu, bukakanlah rezeki untuk aku mencintai amalan-amalan yang dapat membuatkanku jatuh cinta padaMu, bukakanlah rezeki untukku mencintai hamba-hambaMu yang mencintaiMu"

Subhanallah! Begitu banyak keajaiban yang saya sendiri alami sejak mengamalkan doa ini termasuk kejadian di atas. Allhamdulillah. Insya-Allah ada kelapangan akan saya huraikannya dalam satu post yang lain secara terperinci.

Dalam hal ini, dengan izinNya jua; saya terus-menerus dibentangkan di hadapan mata kekuasaan Allah swt menghadirkan saudara Hisham dan saudara Anas dalam perbualan di atas. Bayangkan jika tidak dengan kasih sayangNya mana mungkin sahabat saya ini mampu memperingatkan kesalahan dan kekhilafan saya sepertimana di atas. Semua ini atas rahmat dan kasih sayang Dia jua.

Saya memang mencintai sahabat-sahabat saya ini kerana mereka mencintai Allah swt. Cinta pada Allah swt yang terikat pada sebuah persahabatan ialah apabila kita salah, mereka yang menegur. Kita bermasalah, nasihat mereka jadi pelendur. Bila kita berjaya, mereka hargai dengan sederhana; berdiri atas dua landasan; tidak tidak bersyukur dan tidak melambung tinggi pujian diberi hingga membawa kepada keegoan dan kesombongan. Nauzubillah.

Moga kami terus bersahabat sehingga di hari akhirat. Moga kami, sahabat-sahabat yang karib ini tidak bermusuhan di hari akhirat seperti ayat Al-Quran di atas. Insya-Allah!

Terima kasih Syam!

Terima kasih Anas!

Hanya Allah dapat membalas jasa baik kalian!

Amin

Kepada rakan-rakan : Bagaimana rancangan anda dengan family sebelum pergi oversea?

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


1 comment:

caliphkaai said...

wahai shabat
ada cela pada terbitan anda
sila amati sekali lagi