Tuesday, May 6, 2008

Dua Sifu Berentap!


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.

Kepada mereka yang jarang melayari www.harakahdaily.net; di sini dikepilkan suatu berita yang cukup menarik. Sememangnya dalam berita ini, saya hanya mengambil sebahagian daripada coretannya memandangkan hanya perkara ini yang ingin saya kongsi bersesuaian dengan niat entri ini. Baca dulu..... ;)

Image Tuan Guru Nik Abdul Aziz ditemui ketika menjamu selera di Restoran Cheng Ho milik penyanyi terkemuka, Amy Search yang terletak di Wangsa Maju.

Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman,50 melahirkan rasa terharu dengan kehadiran Menteri Besar tersebut yang disifatkan sebagai seorang tokoh yang begitu disegani oleh semua pihak.

"Saya sangat terharu kerana beliau sudi hadir menjamu selera di Restoran saya ini kerana sememangnya saya meminati personaliti beliau yang sangat karismatik dan low-profile," katanya.

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." (Al Maidah : 8)

Ya Allah, hancurkanlah mereka yang zalim dalam kalangan kami. Daulatkan mereka yang adil menjunjung ad-DeenMu dalam kalangan kami. Moga-moga kami dan generasi kami terus-menerus dipayungi rahmat dan berkat daripadaMu Ya Allah Tuhan sekalian alam!

Ditanya mengenai label yang mungkin akan diletakkan kepada beliau apabila menyanjungi seorang tokoh politik, Amy menegaskan bahawa itu adalah hak individu kerana beliau berhak untuk meminati sesiapa.

Image"Saya meminati tok guru dengan imej dan personaliti beliau sebagai seorang tokoh agama serta pemimpin yang hebat, kenapa harus takut dengan label-label yang berbau politik.

"Masyarakat yang ada pada hari ini telah dapat menilai sesuatu dengan lebih baik dan kita tidak perlu bimbang kepada elemen label-melabel kerana ianya tidak sepatutnya berlaku," katanya lagi.

Kini, lebih tebal keyakinan akan ayat-ayat Allah berkenaan pemberian hidayah! Allahuakbar!

“Barangsiapa yang Allah kehendaki untuk mendapat petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.” (Q.S. Al An’am 6: 125)

Ustaz Nik Aziz menghabiskan masa lebih kurang dua jam menikmati hidangan masakan Cina Muslim di restoran tersebut sebaik selesai merasmikan pembukaan kedai buku Sarjana Media yang terletak di Pasaraya Carrefour Wangsa Maju.

Pada majlis yang sama, beliau telah menandatangani plak perasmian, serta menandatangani buku-buku terbaru karangan beliau yang turut dijual di kedai tersebut.

Pemilik kedai buku tersebut, Tajudin Senafi berkata beliau telah lama berhasrat menjemput Tuan Guru Nik Abdul Aziz merasmikan pembukaan cawangan baru kedai buku miliknya.

Image

"Kemunculan cawangan ini merupakan yang ketiga di tengah-tengah ibukota Kuala Lumpur, dengan tujuan kami untuk menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat di sini," katanya.

Penerbit beginilah yang kita mahu! Syabas!



Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar ugama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). (Al-Maidah : 2)

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub, penulis Hj Subky Latif serta ayahanda kepada bekas permaisuri Puan Seri Aishah, Dato' Seri Abdul Rahman.

Menurut Tajudin, Puan Seri Aishah sememangnya meminati buku-buku karangan Ustaz Nik Aziz sehingga tidak melepaskan peluang mendapatkannya setiap kali terdapat karya terbaru.

Orang ramai berpusu-pusu memenuhi kedai buku tersebut sejam lebih awal yang Imagekemudian semakin sesak semasa sesi tandatangan buku dijalankan di kedai tersebut.

Masing-masing tidak melepaskan peluang merakamkan kenangan bersama Ustaz Nik Abdul Aziz sambil mendapatkan tandatangan beliau.

Majlis turut diserikan dengan persembahan bacaan salawat oleh anak-anak yatim daripada Rumah Anak-anak Yatim Baitul Ummah yang berusia tujuh hingga 14 tahun.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Nik Abdul Aziz serta penyampaian cenderamata kenangan daripada pihak penganjur.- tajdid

p/s : Tak sabar nak tengok sesi Parlimen pagi nie.
Mari meriahkan Cafe pukul 10 pagi! (Bagi yang free block la!)

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


No comments: