بسم الله الرحمن الرحيم
Seman pun menunjukkan muka jernihnya; selamba berkata,
Hahahaha!!! Orang mungkin ketawa atas jawapan dan tindakan Seman. Seman berduka, maka wajarlah Seman dibacakan puisi di bawah.
KETAWA PENAWAR DUKA
Orang pernah berkata,
Ketawa itu penawar duka,
Benarkah ia ?
Aku baru belajar Inggeris,
Lantas kubuat tafsiran terus,
Orang tak faham,
Lalu orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah?
Aku baru belajar berfesyen,
Rambut yang lurus ku“afro”kan,
Dipadankan dengan baju Melayu,
Orang rasa pelik,
Lalu orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah ?
Aku baru belajar bernyanyi,
Lantas kunyanyi “key” yang tinggi,
Aku baru mencuba,
Orang mengadu sakit telinga,
Lalu orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah ?
Aku baru belajar naik LRT,
Nak ke KLCC,
aku menuju ke Gombak,
Sebelum itu aku tanya orang,
Orang kata aku bodoh,
Lalu orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah ?
Aku baru belajar sms,
Orang mesej tanya aku buat apa,
Aku kata, aku tengah sms la,
Orang kata aku loyar buruk,
Lalu orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah ?
Aku baru belajar ikut peraturan,
Baju yang keluar,
aku kedalamkan,
Kata guru,
terserlah ketampanan,
Orang kata,
terserlah ke“skema”an,
Lalu orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah ?
Aku baru belajar agama,
Orang yang berkonsert,
aku ajak ke surau,
Belum apa-apa,
Orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah ?
Atas semua ini,
Aku ketawa,
Baru aku sedar,
Orang yang baru belajar,
Akan sentiasa diketawakan,
Kerana orang yang baru belajar,
Akan sentiasa berduka,
Kerana itulah kita perlu ketawa,
Kerana ketawa itu penawar duka,
Orang kata!!
Seman, kite tak boleh cakap banyak. Cume due suku kate jer, SA..BAR.. Seman..Seman...
Salam
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar"
Al-Baqarah (2:155)
Bercakap berkenaan tindakan boikot terhadap produk Belanda atas respon ke atas Filem Fitna (sebagaimana yang dibincangkan dalam usrah semalam) dilaporkan seorang yang bernama Seman memiliki pandangan yang berbeza. Dia seorang muslim. Tetapi Seman tidak memboikot produk Belanda. Tidak seperti dahulu ketika mana dia turut sama menghempas pulas jerit juih memboikot barangan Jerman sewaktu lahirnya karikatur yang zalim itu. Maka, Seman pun ditanya,Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar"
Al-Baqarah (2:155)
"Seman, apasal lu ta lak boikot itu barang Belanda macam olang lain? Lu nie mau tentang alus saja ma!"
Seman pun menunjukkan muka jernihnya; selamba berkata,
"Waraskah kita mengikut arus yang mana kita tahu
di hujungnya ada jeram yang mengerikan?"
di hujungnya ada jeram yang mengerikan?"
Hahahaha!!! Orang mungkin ketawa atas jawapan dan tindakan Seman. Seman berduka, maka wajarlah Seman dibacakan puisi di bawah.
KETAWA PENAWAR DUKA
Orang pernah berkata,
Ketawa itu penawar duka,
Benarkah ia ?
Aku baru belajar Inggeris,
Lantas kubuat tafsiran terus,
Orang tak faham,
Lalu orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah?
Aku baru belajar berfesyen,
Rambut yang lurus ku“afro”kan,
Dipadankan dengan baju Melayu,
Orang rasa pelik,
Lalu orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah ?
Aku baru belajar bernyanyi,
Lantas kunyanyi “key” yang tinggi,
Aku baru mencuba,
Orang mengadu sakit telinga,
Lalu orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah ?
Aku baru belajar naik LRT,
Nak ke KLCC,
aku menuju ke Gombak,
Sebelum itu aku tanya orang,
Orang kata aku bodoh,
Lalu orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah ?
Aku baru belajar sms,
Orang mesej tanya aku buat apa,
Aku kata, aku tengah sms la,
Orang kata aku loyar buruk,
Lalu orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah ?
Aku baru belajar ikut peraturan,
Baju yang keluar,
aku kedalamkan,
Kata guru,
terserlah ketampanan,
Orang kata,
terserlah ke“skema”an,
Lalu orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah ?
Aku baru belajar agama,
Orang yang berkonsert,
aku ajak ke surau,
Belum apa-apa,
Orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah ?
Atas semua ini,
Aku ketawa,
Baru aku sedar,
Orang yang baru belajar,
Akan sentiasa diketawakan,
Kerana orang yang baru belajar,
Akan sentiasa berduka,
Kerana itulah kita perlu ketawa,
Kerana ketawa itu penawar duka,
Orang kata!!
Seman, kite tak boleh cakap banyak. Cume due suku kate jer, SA..BAR.. Seman..Seman...
P/s: Cerita adalah rekaan semata-mata, tidak dirujuk secara spesifik kepada yang masih hidup menghirup nikmah Illahi (kecuali mungkin penulis) mahupun yang sudah menghadap Yang Maha Suci.
1 comment:
mengapakah
nama Seman itu mirip ingatan aku yang lalu?
bagaimana kata-katamu terbang tertusuk kalbu?
Post a Comment