Subhanallah! Aku baru perasan. Selama aku belajar Economics baru hari nie aku perasan. Dengan izin Tuhan.
Teori "Circular Of Income" dan "Teori Ekonomi"
Circular Of Income atau Aliran Pendapatan dalam ekonomi menyatakan:
"Gross Domestic Product can be measured by using three main methods which are namely the income method, the expenditure method and the output method. It is assumed that any methods chosen will yield the same outcome in terms of value. This is due to the assumption made that there is a perfect pattern of circulation in the typical economy. The output produced is equal to the income wholy spent on it coming from four main sources; interest, rent, profit and wages. Due to perfect pattern, income is wholy spent hence executes the same total expenditure from consumers i.e. the households. Consumption in a way is a demand factor will again poke the firm sector to produce the desired amount of output and the circular of income kicks off again and again"
Perkara yang sama berlaku dalam "The Law of Demand".
"The quantity of demand has the inverse relationship with the price, ceteris paribus (other factors remain the same)"
Anda tidak perlu memerah otak memikirkan sama ada betul atau tidak teori ini dalam kehidupan. Cukup dengan memerhatikan perihal yang sama antara kedua-dua teori berkenaan. Teori berkenaan terhasil berkat satu entiti yang menutup mulut sang pengkritik. Entiti berkenaan tidak lain tidak bukan ialah anggapan. Dalam bahasa Mr Conquest, Assumption.
Memang dalam Economics, banyak assumption atau anggapan hingga Mr Deedat KYUEM, Saudara Aqtar mengabortasi (gugur la!) subjek ekonomi ketika mengambilnya di KYUEM suatu masa dahulu. Saudara Aqtar berpendapat,
"Economics doesn't relate the real things. It's all about nonsense. Speaking like in the heaven whilst we are dealing with the hell!"
(Obviously, aku suke exaggerate apa yang Aqtar cakap..haha!)
(Obviously, aku suke exaggerate apa yang Aqtar cakap..haha!)
Dalam satu segi aku setuju. Tetapi alhamdulillah aku sudah nampak hikmah dalam konsep 'assumption'. Percaya atau tidak 'assumption' ini adalah suatu hikmah penyelesai masalah.
Contoh, dalam masalah dakwah yang diutarakan oleh Ustaz Hasrizal baru-baru ini, sedar atau tidak sebenarnya Ustaz Hasrizal menggunakan pendekatan teori ekonomi dalam menyelesaikan masalah.
Lihat post ini : http://saifulislam.com/?p=1820 dan http://saifulislam.com/?p=1818
Dalam soalan yang dikeluarkan oleh budak perempuan berkenaan yang berkata;
"Do you believe in wearing scarf for Muslim girl? I don’t believe in wearing scarf. If God doesn’t want us to show our hair, then He will create us hairless.
I don’t want to wear scarf."
I don’t want to wear scarf."
Ustaz Hasrizal bagi pendapat aku telah membuat menyelesaikan masalah dengan membuat anggapan terlebih dahulu.
Lihat kenyataan beliau.
"Tetapi saya cuba membawa gadis tersebut ke persoalan yang lebih pokok. Saya sebutkan kepada gadis tadi, “Semua soalan anda tadi adalah persoalan kelapan dan kesembilan kita. Ada persoalan awal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu."
Oh begitu. Baik, apa persoalan utama awak?, tanya gadis tadi. Menyelesaikan persoalan TUJUAN HIDUP! jawab saya."
Katakan teori untuk menjawab soalan berkenaan ialah dengan "mengeluarkan ayat Al-Quran, Hadis dan logik; masalah berkenaan dapat diselesaikan; dengan menganggap bahawa keimanan terhadap Tuhan sudah wujud."
ATAU
"By justifying the arguments from Quranic and prophetic sources plus logical thinking will eventually solve the problem assuming the faith in taking Allah swt as the Truly One to be worshipped remains intact."
Ustaz Hasrizal pergi kepada pokok kerana menganggap selagi mana masalah atau anggapan yang belum selesai selagi itu teori di atas tidak boleh dipraktikkan. Jadi anggapan berkenaan keimanan harus diselesaikan terlebih dahulu barulah teori di atas berjaya dilaksanakan.
Sama konsep dengan teori dalam ekonomi, andaikata berlakunya perfect pattern in economic field, maka barulah teori di atas terjustifikasi.
Andaikata semua faktor berjaya diimbangkan maka terjustifikasilah Law of Demand.
Lihat pula kisah Hasan al-Banna dalam artikel Ustaz Hasrizal yang sama, proses yang serupa berlaku. Katakan teorinya;
"Solat tarawikh boleh dilaksanakan dengan sebaiknya tanpa pergaduhan berkenaan hal-hal furu' selagi mana ilmu berkenaan dalil-dalilnya mencukupi dengan menganggap umat Islam mempunyai adab dan pemikiran yang konsisten dan jelas"
Sama. Anggapan tentang perpaduan perlu mantap. Maka, itulah punca yang perlu ditangani dalam memastikan teori yang tampak benar benar-benar terjustifikasi dengan jayanya.
Mungkin kita boleh aplikasikannya.
Teori menyatakan; "Semakin banyak belajar, semakin tinggi kebarangkalian untuk mendapat A dengan menganggap teknik belajar adalah efisien dan berkesan"
Jadi andaikata teori kita di atas salah dalam perlaksanaan, mungkin kita perlu lihat pada anggapan atau assumption yang kita buat; teknik belajar adalah efisien dan berkesan.
Maka, kesimpulannya, selesaikanlah teknik belajar itu, maka barulah teori semakin banyak belaajr, semakin tinggi peluang dapat A akan lahir dengan jelas di depan mata kepala kita.
Good Luck! Selamat Mencuba!
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan". (AL-Kahfi:109)
p/s : Sahabatku Ainan Al-Kent-Turk-Burry, faham tak?!
3 comments:
wah!
adakah saya menjadi mangsa?
aku cuba fahami dengan ilmu mantikku.
jika tulisanmu tinggi seperti selalu,
aku akan damba penjelasan mudah!
siapakah lagi susah berbanding dengan pejelasan teori kimia dalam perlaksanaan akademik pelajar? ;)
hai
sungguh bisa.
bukankah perhubungan manusia itu,
sedarah juga dengan ilmu kimia?
Post a Comment