Monday, August 11, 2008

Antara Syukur dan Rindu

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.


Maha Suci Allah swt, Tuhan yang telah membenarkan hidupnya 'Aku Terbang' hingga kini. Segala puji bagiNya jualah tidak putus-putus langit dan bumi bertasbih dek kerana semakin hari semakin dihidupkan, makin banyak tanda-tanda kebesaran Tuhan, tegar membuktikan betapa kerdil dan hinanya diri. Betapa kita ini akan senantiasa diuji dan hanyalah kejayaan dan kenikmatan itu hinggap pada diri mereka yang benar-benar mensyukuri dengan segala kebajikan yang Dia suruh lakukan, kita ikut; dan segala mehna kejahatan yang Dia suruh cegah, kita tegah.

Entah mengapa duhai "Aku Terbang", pagi subuh ini ku terasa pendam, duka, bagaikan hati berulamkan jantung; tidak tentu arah. Astaghfirullah! Andai keresahan, keperitan serta kelemahan ini merupakan suatu ujian, maka aku terima. Kerana junjungan besar kekasihmu, Rasululullah s.a.w pernah bersabda; dengan mafhumnya,

“There is no affliction which strikes the Muslim except that
 Allah expiates with it (sins), even with a thorn that may poke him.” (Bukhaaree & Muslim)

Maka wajarkah aku terus mencuka jika begini tawaran yang diberi? Maha Suci Tuhan moga diriku ini terhindar daripada golongan yang melupakan Tuhan.

"Aku Terbang",

Hari ini kaki ini menjadi saksi....Subhanallah!

Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.
-Yasin (36:65)

Hari ini mata, telinga dan hati menjadi rakan setia, memerhati setiap inci langkah ke Masjid Albanian di kala Subuh dingin beku. Selalunya di kala Subuh, sukar benar bagiku untuk meluahkan perasaan yang terbuku. Kadangkala dipendam begitu sahaja. Tetapi tidak hari ini, tetiba terpacul daripada mulut ini; ingin berkata-kata.

"Ana rindu Malaysia la Adha"
"Biasela..., kenape pulak boleh macam tue?"
"Hehe...Weather kat sini...Tak berapa sesuai rasanya"

"Anyway, you will get used to it. Biasela anta datang waktu ekstrim. Even nie pun rasanya macam winter tersejuk pernah ada kat Australia, no worries..you will get used to it!"
"Jazakallah ya akhi..."

Sebenarnya sejuk itu satu hal. Tetiba rasa demam pula satu hal. Rasanya hujan yang begitu kerap memandangkan musim sedang 'bersalin ganti' mungkin menjadi penyebabnya. Di kala inilah, tetiba terasa rindu akan mak, ayah, mak tok, mak lang, angah, achik, mina dan keluarga besar kami yang lain.

Kredit to Akhi Hafiz Alami Al-Barkly

Masih terngiang dalam ingatan ini masa di MCKK dulu, mesti tak pernah miss aku akan demam teruk. Mesti. Ditakdirkan semestinya. Tatkala itulah, aku akan menderingkan telefon rumah meminta kepada ayah terkasih agar cepat-cepat singgah kerana diri ingin pulang ke baiti sakinah.

"Tiap-tiap tahun macam nie cikgu. Mesti ada sekali saya akan ambil Za'im"
"Biasalah tu...Budak-budak, dieorang demam, kekadang tu bukan sebab demam sangat, sebab rindu pada rumah yang lebih..."

Senyuman manis dan ketawa kecil itu masih berbekas di kotak memori aku ini.

Duhai "Aku Terbang",

Sudah pasti tatkala badan ku panas sebegini, nenda kesayangan akan mengesot-esot ikhlas dari rumahnya bertandang ke rumahku untuk mengejutkan.

"Assalamualaikum! Mat Za'im dah bangkit belum?!"
"Emrghhh....(mengeliat) Sabaq sat tok....nak bukak pintu"

"Hang jerelum tak lagi?"

"Belum"

"Lorghhh..Mai Tok jerelum...."


Nenda kesayangan pastinya akan membawa seberkas air dicampurkan dengan sejenis daun yang sudah kulupa namanya. Dengan penuh kasih sayang dia akan mengusap kepalaku dengan helaian daun-daun itu. Masih dingin dan beku mesra tetapi tidak semesra angin dingin beku subuh ini semestinya.

"Demam..demam..nie jaga kesihatan elok-elok..Jangan minum ais...Makan ubat tau..Kalau melarat pi jumpa doktor na..."

Ummi tercinta memberikan nasihat di gagang telefon hari ini. Maka, bertambah lagilah rasa rindu membunga dalam diri.

HIKMAH RINDU

Miss you guys..Really...
Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah,
Itulah persahabatan kerana Allah!

Rindu...aku tidak pernah berasa sebegini rasa. Begitu memuncak tahapnya. Rindu pada keluarga, pada Musolla As-Saad dan penghuni-penghuni mesranya dan pada sapaan meriah isu-isu Malaysia. Ya, mereka berkata tentang Permatang Pauh; tetapi aku tiada di situ ketika ini. Ya, mereka berkata tentang ambil result A-Level di KYUEM; tetapi aku tiada di situ ketika ini. Ya, mereka berkata MOC yang berisi dan BTN yang penuh kontroversi; tetapi Allah swt tidak membenarkan aku menyinggahkan diri ini.

"......dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." -Al-Baqarah (2:216)

Ya, rindu punyai begitu banyak hikmah. Setiap apa yang ditakdirkan pasti punyai harapan dan barakah yang kita sebagai insan tidak mengerti. Subuh ini kupelajari dua jenis daripadanya;

“.....Mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” -An-Nisa (4:19)

KEBAIKAN YANG BANYAK!!!

1. Alhamdulillah, keputusan A-Level sudah keluar. Alhamdulillah, Ekonomi A, Matematik A, Fizik A dan Accounting B. Accounting B?! Alhamdulillah! Mengapa?

Sebagai manusia biasa siapa tidak sedih jika tidak memperoleh apa yang dihajati. Tetapi aku berterima kasih pada Allah swt yang mencorakkan hal ini. Satu, andai ini kafarah dosaku, maka redha sahajalah jawapan yang tepat untuk kita bereaksi. Dua, bayangkan kalau UEM memberikan kebenaran untuk aku berteleku ilmu di UCL; pastinya lebih buruk keadaannya. UCL mahukan straight As tetapi aku tidak memperolehnya. Maka, aku tak dapat ke UK; jawabnya tetap Australia; tetapi bukan sekarang sebaliknya bulan MAC tahun depan! Ya lebih kurang 9 bulan di rumah andai aku masih tetap di Malaysia sekarang. Ya Allah pastinya, aku terumbang-ambing membuang masa!

Subhanallah! Allahuakbar! Alhamdulillah!
Puji-puja untukMu kekasihku yang teragung!


Pendek kata, 9 bulan yang aku sebut di atas merupakan hadiah daripada Tuhan Yang Gagah!

2. Rindu merupakan ujian dan merupakan refleksi diri betapa kerdilnya kita ini. Rindu mengingatkan kita betapa sama ada kita sedar ataupun tidak, kita peka ataupun tidak, hakikatnya Allah swt telah memberikan begitu banyak nikmat kepada kita dengan segala sifat Ar-Rahmannya tanpa mengira betapa banyak dosa pahala kita rencana, tanpa menghitung samada kita beriman padaNya ataupun tidak, tanpa menganalisis betapa banyak mungkar makruf yang kita rancak. Semuanya Allah swt berikan nikmat dalam kehidupan. Ini kasih sayangNya yang Maha Tara Luasnya!

Tetapi. Waima begitu, insan yang leka, kotor, jijik, keji, bodoh dan hina seperti kita selalu leka dan alpa. Sering berbuat dosa. Sering melangkah durja! Astaghfirullah!!!

Rindu mengimbas kembali memori untuk mengingatkan diri kita, betapa tidak ada alasan untuk kita berbuat dosa. Tidak ada sebab untuk kita melangkah durja! Tidak ada sebab ya Za'im! Tidak ada sebab ya akhi!!! Tidak ada sebab!!!!!!!

Maka, kesimpulannya teruskan rindu kerana ia menjadi pengingat sambil lalu, betapa diri kita ini, TIDAK ADA SEBAB untuk melawan arahan Maha Tuan yang menjadikan setiap daripada kita, insan daripada setitis benih yang menghinakan.

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). -Ali-Imran (3:135)

Astaghfirullah! Ampunkan dosa kami! Alhamdulillah atas kehidupan yang menjengah! Subhanallah! Hanya padaMu seluruh jiwa raga kami serah!

Dan kepada rakan-rakan, tahniah atas kejayaan! Kepada yang hajatnya tidak kesampaian, jangan putus asa pada Tuhan! Pasti ada hikmah! Itu yang kita mahu Dia berikan hidayah! =)

P/S : Tq akhi Adha for such a delicious and scrumptious breakfast! Juge pada akhi Afzal atas jabatan tahniah! Moga Allah swt rahmati kita! Ummi, Lemi dan Kak Nisa, maaf kejut pagi-pagi!

Jom ke lecture Managing dan Accounting! Ceriakan hari dengan mengingati Illahi!!!! Kepada yang nak mai Australia, mai consult cek tau! Nanti cek hampaq karpet merah kat hangpa semua no! Welcome to OZ! =)

Sedih? Klik Kat Sini

Hari aku belajar:
Ucapan Alhamdulillah bukan hanya untuk yang dapat straight As sahaja~
=)

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


1 comment:

hafiz said...

salam...may Allah makes everything easy for you and for me :D selamat belajar.