Sesungguhnya ruh orang mukmin itu seperti burung (atau berada di dalam burung - bermakna tiadalah kelihatan ruh manusia berterbangan), yang menikmati hidangan (dan berterbangan bebas) di pepohon Syurga sehinggalah dikembalikannya oleh Allah ke jasadnya di hari kebangkitannya (Hadis Sohih)
Saturday, April 5, 2008
Kepala, Tidur dan Jogging
Salam. Dah beberapa hari kepala aku rasa berat. Mula-mula aku rasa sebab tak cukup tidur. Maklumlah trial dah dekat dan kapasiti ilmu yang cuba disuntik ke dalam benak fikiran melebihi kapasiti biasa. Aku tanya Jepah.
How do I get a good sleep?
Jepah pun bagitau.
Follow how did Rasulullah s.a.w sleep. Take it as ibadah.
Sedikit sebanyak petua tidur Rasulullah s.a.w
1. Berwuduk
Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .
2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun.
3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T.
4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat. Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al Ikhlas , Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut.
5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal. Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh.
6. Bangun Pagi Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan”. Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.
Sumber : http://nurjeehan.wordpress.com/2007/03/28/petua-tidur-rasulullah-saw/
Sedikit petua tidur berdasarkan hadis :
Al-Bara’ bin ‘Azib ra. berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW bila berbaring di tempat tidurnya, beliau letakkan telapak tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan, seraya berdoa: Robbi qinii ‘adzaabaka yawma tab’atsu ‘ibaadaka (Ya Robbi, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari Kau bangkitkan seluruh hamba-Mu).” [HR. At-Tarmidzi]
Hudzaifah ra. berkata: “Bila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, maka beliau berdoa: Alloohumma bismika amuutu wa ahyaa (Ya Allah, dengan Asma-Mu aku mati dan aku hidup). Dan jika bangun dari tidurnya beliau berdoa: Alhamdu lillaahil-lladzii ahyaanaa ba’da maa amaatanaa wa ilayhin-nusyuur (Segala puji bagi Allah, yang telah menghidupkan daku kembali setelah mematikan daku, dan kepada-Nya tempat kembali).” [HR. At-Tarmidzi]
Aisyah ra. berkata: “Bila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, beliau kumpulkan kedua telapak tangannya, lalu meniup keduanya dan dibaca pada keduanya surat Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Naas. Kemudian disapunya seluruh badan yang dapat disapunya dengan kedua tangannya. Beliau mulai dari kepalanya, mukanya dan bagian depan dari badannya. Beliau lakukan hal ini sebanyak tiga kali.” [HR. At-Tarmidzi]
Sumber : http://hotarticle.org/cara-tidur-rasulullah/
Terima kasih Jepah. Alhamdulillah sejak aku cuba amalkan sedikit sebanyak cara Rasulullah s.a.w, akhirnya berkurang sikit 'keberatan' kepala aku tu. Tapi masih berat juga secara relatif sebelum 'keberatan' ini muncul. Aku periksa dan periksa. Oh ya! Sudah sebulan aku tidak bersukan mengeluarkan peluh! Masya-Allah! Patutlah kepala terasa berat. Dan alhamdulillah setelah bermuhajadah dan bertekad untuk melawan kemengantukan waktu pagi, akhirnya aku berjaya juga setelah hampir sebulan lamanya tidak 'berjogging'.
Huraian berkaitan :
Mengikut sejarah Islam, Dr. Ahmad Shalaby membahagikan sukan kepada dua iaitu yang melibatkan pergerakan tubuh badan seperti berlari dan berenang.
Kategori kedua ialah yang membabitkan mental seperti catur, sahibba dan karom. Baginda juga pernah bergusti dengan ahli gusti kafir Quraisy, Rukanah bin Abu Yazid bin Hashim. Peristiwa itu berlaku bila mana Rasulullah diminta membuktikan mukjizatnya. Syarat pertandingan itu ialah jika Rasulullah menang, Rukamah akan memeluk Islam. Akhirnya, Rasulullah memenangi pertandingan gusti yang diadakan tiga pusingan itu.
Dalam peristiwa lain, Rasulullah pernah berlumba lari dengan isterinya, saidatina Aishah. Semua ini membuktikan yang Islam mengharuskan kita bersukan. Pepatah Arab juga menyebut ‘otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat’.
Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0313&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
Kepala berat, terasa ringan.
Atas rahmat Tuhan!
Let's revise Accounting! :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment