Friday, October 10, 2008

Fine!


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.


Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
-Al-Mulk (67:15)



Ok! Fine! Nak sangat update kan! Ni ha! Amik ko!



Dedikasi khas untuk Ammar dekat Minnesota dan rakan-rakan seluruh dunia


Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(An-Nur 24:45)



Apa korang ingat Ajah je ke ade kucing Neko die? Aku pun ade la!!! Hehe!!!


SELAMAT HARI RAYA !
MAAF ZAHIR BATIN !


ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Friday, September 26, 2008

Hitam Dan Putih

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Al-Hujurat, 49:13)

Sebenarnya, sudah lama ingin menulis perihal subjek perbincangan ini. Tetapi entah mengapa seringkali tertangguh dan tertunda. Mungkin baru kini Dia membuka jalan,memberikan saya cukup pengalaman, bagi merungkaikan tanda-tanda perciptaan, oleh Dia yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan.

Pernah saya berkongsi hal ini dengan rakan-rakan ketika berada di KYUEM. Di Musolla As-Saad yang begitu banyak memori suka duka, masam cuka, manis gula terpahat. Masih terkenang zaman yang saya sifatkan 'tercabar' dalam hidup saya sepanjang keberadaan saya di sana. Zaman yang lebih sesuai saya usaikan sebagai zaman fitnah! Fitnah bukan sahaja bererti mengadu-domba tetapi juga ujian. Jadi zaman fitnah itu adalah zaman ujian!

ZAMAN UJIAN


Ujian memuhasabahkan diri. Ujian membuatkan lebih mengenali rakan. Ujian merindukan cinta pada Tuhan. Ujian menguji keimanan. Samaada kita benar-benar beriman atau sebaliknya.

Apapun, cukuplah kita menghayati dan mengenali nilai dan pengajaran daripada intipati secebis kisah hidup saya ini. Antara yang utamanya ialah; dengan menghitamkan sesuatu perkara, tidak semestinya kita memutihkan sesuatu yang lain; dengan memutihkan sesuatu perkara, tidak semestinya kita menghitamkan sesuatu yang lain. Pening? Katakan~

PERUMPAMAAN

Katakan kita melihat seorang yang cukup anda hormati. Cukup kita respect. Katakan, Tuk Guru Nik Abdul Aziz (dalam tazkirah saya itu saya umpamakannya dengan saudara Muadz). Dia sedang berjalan di hadapan kita sambil mengenakan jubah dan serban putihnya berhati-hati beransur ke surau. Katakan dia juga sedang memegang sesuatu di tangan kanannya. Katakan sesuatu itu adalah seakan seplastik sampah? Kita terus memerhatinya.

Terus memerhati.


Sehinggalah tiba-tiba, kita melihat dia melakukan sesuatu yang tidak pernah kita lihat sebelum ini. Kita tidak percaya dia akan lakukan. Apa yang kita lihat ialah dia membuang sampah itu di pertengahan jalan!!! Kemudian, dia meneruskan perjalanan dengan sesegeranya.

Apa yang akan kita lakukan? Apakah yang akan kita fikirkan? Apa tindakan kita seterusnya?

Adakah kita akan sangat terkejut (rasanya semua orang akan terkejut kot~) ? Tapi yang paling penting, apakah yang akan kita lakukan selepas rasa terkejut itu? Adakah kita bercadang untuk memberitahu rakan kita dan menghebahkannya kepada seluruh dunia, melaporkan perihal itu di blog, dan menggunakannya sebagai hujah betapa teruknya orang yang kita pada mula-mulanya kagumi itu?

ATAU

Adakah ada reaksi yang lain?

Sebenarnya, inilah keindahan Islam. Dalam hal-hal sebegini yang mungkin pada perkiraan kebanyakan orang ia adalah kecil, Islam masih memberikan kita cara. Memberikan kita petunjuk. Islam membuatkan kita memilih dalam pilihan-pilihan yang baik. Pilihan untuk kita bereaksi selepas itu. Dalam hal ini, pilihan terpantas, ialah berhusnul zon atau berprangsaka baik. Mungkin sahaja Tuk Guru dalam situasi tersebut 'parking' 'sampah' itu untuk diambil oleh seseorang (mungkin sampah itu bukan sampah kerana kita hanya menganggap sahaja tanpa memeriksa kan?) atau mungkin sahaja Tuk Guru punyai justifikasi lain?!

Kita cuba berhusnul zon begitu tetapi katakan ternyata husnul zon kita begitu mudah dirapuhkan oleh nafsu durjana. Nafsu mazmumah menyuruh kita memikirkan yang bukan-bukan dan menterjemahkan pemikiran yang bukan-bukan itu dengan melakukan tindakan yang bukan-bukan juga. Kita mengalah! Nafsu kita berjaya menjadikan kita pengalah! Astaghfirullah~

Sabar ya akhi! Islam tidak berhenti setakat itu. Baiklah, kita tidak mampu berhusnul zon dengan sebaiknya. Tetapi Islam tidak berhenti setakat itu sahaja. Jalan yang mudah, lima huruf sahaja.

TANYA!!!

Bukan Tanya dalan Red Alert tue, tapi bertanya, soal dan mintak penjelasan Tuk Guru. Kenapa Tuk Guru buat macam tue? Kenapa? Meskipun Islam tidak melarang kita bertanya, tetapi tanyalah dengan adab. Dengan penuh harmonis. Dengan penuh mejelis. Dalam suasana kita berhusnul zon, kita bertanya; barulah matlamat dan cara kena.

Jadi, kita pun ikutlah jalan ini. Dengan penuh akhlak dan adab, kita berjumpa Tuk Guru dan bertanya baik-baik.

"Salam Tuk Guru. Apa khabar? Sihat? Saya nak berbual sikit dengan Tuk Guru boleh? Saya nak tanya skit nie, ada kemusykilan. Mula-mula maaf la kalaunya nanti menguris perasaan Tuk Guru. Sebenarnya tadi saya nampak Tuk Guru macam buang sampah tak kena tempatnya dalam perjalanan ke surau tadi. Saya beranggapan Tuk Guru mesti ada penjelasannya. Maaf andai tak kena tempat dan masa saya bertanya soalan nie. Tapi itulah, hati saya tak tenteram kalau tak tanya sendiri dengan Tuk Guru. Takut-takut jadi fitnah pulak, nauzubillah."

Alhamdulillah, bila kita bertanya rupa-rupanya tangan kanan Tuk Guru 'cramp' sebentar tadi. Jadi dia terpaksa menjatuhkan sampah tue sebab terlampau sakit. Sebab tue, dia dengan segera ke surau bagi mendapatkan pertolongan ahli surau.

Subhanallah! Kan mudah? Tak susah! Semuanya jernih sudah! Allahuakbar!

Jika pun benar Tuk Guru benar-benar buang sampah, tidakkah tindakan kita dengan bertanya itu, setidak-tidaknya menjadi buah nasihat dan teguran yang baik kepada Tuk Guru. Eh, tegur-tegur orang nie pun dapat pahala jugak kan? Apatah lagi tegur orang supaya tidak menimbulkan fitnah di masa hadapan. Malah sebenarnya dengan tindakan itu sendiri pun, kita telah menutup pintu fitnah pada masa sekarang. Lihatlah betapa indahnya Islam.

Namun, kita perlulah berhemah dan berakhlak semasa nak bertanya. Bila kita bertanya, di mana kita bertanya, mengapa kita bertanya, bagaimana dan sebagainya adalah amat penting dalam menentukan tindakan kita ini. Ingatlah, Tuk Guru Nik Abdul Aziz sendiri pernah berkata, kata-kata itu jurubahasa hati! Apa yang dilafaz, itulah keadaan hati kita hai akhi!


Cerita yang sama juga dalam proses dakwah kita.

Tak semestinya kawan kita yang baik itu tak ke surau, dia ke disko. Mungkin saja dia ke masjid dan seribu kemungkinan lagi.

Tak semestinya kawan kita yang baik itu tak bangun qiamulail pukul 4 pagi, dia terus tidur tak sedar diri. Mungkin saja dia bangun pukul 2 pagi tetapi tidur semula kerana sakit pening dan seribu kemungkinan lagi.

Tak semestinya kawan kita yang baik itu tak ke program usrah kita, dia hanyut dalam dunia. Mungkin sahaja mengikut alawiyyat, keutamaannya dia perlu belajar ketika itu dan seribu kemungkinan lagi.

Tak semestinya kawan kita yang baik itu tak masuk gerakan Islam kita, dia tertinggal dalam dunia dakwah ilusi wal fantasi. Mungkin sahaja dia mengikuti jemaah Islam yang lain yang baginya lebih aula, lebih sesuai mengikut kefahamannya dan seribu kemungkinan lagi.

Yang penting, andai tidak mampu kita berhusnul zon, seperti kisah di atas, bertanyalah dengan baik-baik. Bak kata Saudari Yasirah Yusra, "Za'im, don't just simply jump into conclusion!!!" Tidak ruginya bertanya, kerana jika tidak bertanya, sesat jalan.

Islam itu mudah. Menyediakan jalan yang mahabbah. Jumpa benda pelik pada rakan, berhusnul zonlah. Jika tidak mampu, bertanyalah. Barulah segalanya segah. InsyaAllah! =)

Dengan ini, jelas. Hitamkan sesuatu tidak semestinya putihkan sesuatu yang lain, putihkan sesuatu tidak semestinya hitam sesuatu yang lain. Jadi, ikutlah Islam dalam menentukan apa yang putih apa yang hitam. =)

p/s : Lebih kepada nasihat untuk Za'im sebenarnya =) Nageb (Ahmad Khalis) dah ada blog!

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Thursday, September 4, 2008

Beberapa Persoalan Yang Mengujakan?!

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)

(A
l-Hujurat 49:13)


Adakah "Imran" seorang rakyat Palestin seperti yang daapt kusimpulkan daripada kenyataan Saudara Hafiz Al-Barkly? Bukan Albanian seperti yang aku telahi?

Adakah benar brother Osama telah mendirikan rumah tangga dengan seorang muslimah bertuah dari Kedah (to Yahya! bukan Kelantan, ok?! ;)) lantaran itu sewaktu bersalaman dengannya dia teruja bila aku mengiakan aku dari Malaysia?

Adakah "Imran" adiknya kepada brother "Bilal Pembancuh Kopi Segar" yang mungkin kedua-duanya adalah anak kepada seorang penjaga setia masjid yang asalnya merupakan seorang doktor PHD dari Palestin, Brother Mansoor?

Subhanallah!!! Allahumma temukanlah aku dengan jawapan bagi soalan-soalan ini, agar tenang hati dan terus menghargai betapa hebatnya kuasaMu menemukan kami semua!
k
Puji dan Puja untukMu, Sang Penyatu Hati,
Allah SWT Yang Maha Suci!!!
k
Bukakanlah rezeki kami untuk mencintai hamba-hamba yang mencintaiMu agar kami juga mencintaiMu selama-lamanya, dunia akhirat!!!

p/s : Solat sebelah Brother "Krishna" i.e Abu Ismail! Wah! Benarlah As-Saff : 8!

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Wednesday, September 3, 2008

Aku Mahu MENANGIS Seperti "Imran" !

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.


Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
(Surah Al-Anfal 8:2)

KORIS, Yugoslavia (Reuters) - An ethnic Albanian boy cries Friday, May 14, in the village of Korisa in southwestern Kosovo. NATO said on Friday it was checking Serb reports that 100 ethnic Albanian civilians were killed when it hit Yugoslavia overnight with the heaviest raids of its seven-week bombing campaign. The town was hit with eight cluster bombs, according to Yugoslav sources. Each bomb releases up to 200 "bomblets", which are the size of a soft drink can and are capable of destroying an area the size of a football field. Reuters Photo

Benar! "Imran" menangis seakan
seperti adik-adiknya ketika di dalam 'kelam-kalibut' itu!

_________________________________________________________

Alhamdulillah, sudah dua malam aku berterawih di ICV. Boleh dikatakan masjid utama di daerah asing ini, Melbourne. Sudah dua malam.
Bermakna sudah dua malam aku bertemu "Imran".

"Imran" pemuda belasan tahun berkulit putih kelihatan seperti Albanian itu memang cukup teruja. Dia memang seorang yang cukup 'excited' sejak aku bertemu dengannya. Kegembiraan jelas terpancar di wajahnya yang kudus itu. Mungkin kerana Brother Osama, yang dirindu-rindu solat diimaminya oleh sebahagian besar rakan-rakan di sini menjadi punca kegembiraan maha tara luar biasa pada wajah "Imran". "Imran" ternyata seronok menunaikan ibadah terutama, menghadap sang Pencipta kami berdua; juga anda yang sedang membaca bait-bait ini.

Malam kedua aku bertarawikh. Sengga lamanya berbanding hari semalam adalah lebih setengah jam. Pada ketika itulah, wajah "Imran" punyai sedikit perubahan.
Sedikit baginya besar bagiku, insan yang hina ini.

Malam kedua. Selesai Brother Osama memberikan sedikit tazkirah peransang agar kami semua terus-menerus melakukan ibadah di bulan Ramadhan yang barakah, seusai itu kami semua bersalaman. Aku mendapati "Imran". Ternyata wajah "Imran" berubah!!!

Wajahnya yang putih mulus kini bertukar merah tulus,
Matanya yang biru digenangi sang bah yang merindu,
Tangan pengangkat takbir mengusap-usap mukanya yang diasapi cahaya an-nur,
Pertama kali,
Pertama kali,
Ku melihat,
Seorang pemuda belasan tahun,
Seperti "Imran",
MENANGIS!!!!

TANGISAN MENGHADAP TUHAN!!!!

Maha suci Allah swt yang memberikan kemampuan
pada "Imran" memahami bait-bait ayatMu, Maha gagah Allah swt yang menumpahkan kasih
pada "Imran" mengesani panjat-panjat Qunut buatMu,

Wahai Maha segala Maha!!!!
AKU MAHU SEPERTI IMRAN!!!!

DAN SEKALIAN JEMAAH YANG RATA-RATA SEGAH
SETELAH MENGHADAP ALLAH!!!!

Ameen! Yazaljalal iwalikram!!!

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Monday, September 1, 2008

Kematian dan Ramadhan : Harakahdaily.net

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Ali-Imran 3:185)

Paparan artikel diambil dari Harakahdaily.net. Penulis merasakan artikelnya cukup bertepatan dengan refleksi diri kita semasa Ramadhan ini. Al-maklumlah memandangkan Harakahdaily.net ini updatenya cepat bebenor, jadi rugilah mana-mana antara kita terlepas daripada menghayati dan mengambil pengajaran daripada artikel yang begitu bermakna ini. Insya Allah semoga bermanfaat hendaknya!

Kematian dan Ramadan
Ahmad Lutfi Othman
Sun | Aug 31, 08 | 2:13:21 pm MYT

Ramadan datang lagi. Alhamdulillah kita sempat menyapa dan mendakapinya penuh erat. Ia kurniaan Ilahi maha hebat, cukup sempurna, menyejukkan gelisah, mententeramkan resah.






Awalannya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirannya bebas dari api neraka. Masya-Allah.

Namun, ini mungkin Ramadan terakhir buat kita. Penghujung nyawa adalah rahsia. Renungilah.

Berapa ramai anggota keluarga terdekat dan teman rakan, yang bersama kita Ramadan setahun lalu, kini tiada lagi, tidak sempat untuk menikmati ujian dan menjalani tarbiyah dalam madrasah penuh pengorbanan ini.

Justeru jangan terleka. Peluklah dengan penuh kecintaan - setelah rindu yang amat sangat terlerai sudah - Ramadan yang sarat dengan keberkatan ini. Pintu-pintu syurga terbuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan terbelenggu. Hamparan ketakwaan dibentang seluas-luasnya.

Detik nafasmu adalah ibadah. Tidur rehatmu adalah ibadah. Apa lagi dengan bertadarus, menyantuni anak yatim, menyempurnakan silaturrahim, membela golongan tertindas, bersedekah, memuliakan ibu bapa, mengasihi orang tua, membantu golongan tidak berupaya, menyediakan bahan berbuka, selain berdoa dan memanjangkan sujud, serta menghidupkan malam dengan munajat dan taubat selepas bertarawih, sementara menanti malam seribu bulan.

Menghampiri Ramadan kerap mengingatkan saya tentang pemergian secara tiba-tiba buat selama-lamanya, jantung hati kami sekeluarga, Nurul Syafiqah, pada pagi 1 Ramadan, jam 8.15, tiga tahun lalu. Dalam usia 11 tahun, kematian Syafiqah, anak kedua kami, cukup meremukkan hati; mencampakkan saya, isteri dan empat anak yang lain ke penjuru satu dunia berbeza.

Ternyata kasih sayang buat anak kecil darah daging sendiri begitu luar biasa, tertanam jauh di dalam kalbu, menyelinap setiap denyut nadi.

Ya, Ramadan dan kematian menjadi cukup intim, saling mengingatkan, walaupun selalunya peringatan itu mudah dilupakan. Khabar kematian sering mengejutkan. Debarannya keras sekali.

Hentakannya boleh memutuskan angan-angan. Sayang, insan selalu alpa. Kematian anak kecil, apa lagi yang tidak didahului dengan sakit memanjang, lebih "istimewa" berbanding kehilangan ibu atau ayah, atau keluarga terdekat lainnya.

Ia memang menyesakkan nafas, membuntukan fikir, namun secara misteri mudah menyuntik rasa sedar-insaf bahawa panggilan Ilahi bisa datang secara tiba-tiba, tanpa bertanyakan apakah persiapan sudah beres atau masih khayal dengan hal duniawi yang tidak berkesudahan.

Benar sekali sabda nabi. Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat merenggut kelazatan dunia, iaitu mati. Rasulullah pernah ditanya tentang orang Mukmin yang paling mulia, maka jawabnya adalah orang yang paling baik akhlaknya.

Ditanya lagi, orang Mukmin mana yang paling beruntung atau cerdas, maka jawab baginda, mereka yang paling banyak mengingati mati dan mempunyai bekal yang banyak untuk menghadapi kematian.

Ramadan menjanjikan gandaan pahala, menghaluskan jiwa dan mendorong untuk melakukan amalan kebajikan. Manakala mengingati kematian menyebabkan seseorang menyegerakan taubat, rendah hati dan rajin beribadah. Namun Ramadan bukan pula membungkus seseorang dengan aktiviti individualistik semata.

Khidmat buat masyarakat, menarik tangan masyarakat bawahan yang tertekan, terutama dalam kesempitan hidup yang menggigit ini; semuanya perlu ditingkatkan setulusnya, sebagai satu persembahan agung buat Ilahi. Sesungguhnya Allah amat mencintai makhluk yang paling penyayang pada makhluk yang lain, yang paling bersungguh-sungguh dalam memenuhi keperluannya.

Usah terlepas lagi daripada merangkul kenikmatan Ramadan yang sangat istimewa itu. Pesan saya buat diri yang sangat mudah terleka ini, walaupun Syafiqah kerap mengejutkannya. - mks._


ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Sunday, August 31, 2008

Hadiah Ramadhan Pertama

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.

Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk;
Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada);
Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya);
bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya;
bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi;
dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.
(Al-Hasyr 59:24)

Alhamdulillah, selesai sudah solat sunat terawih di Bouverie St. Isyak di Melbourne lebih kurang 7.20 malam dan Alhamdulillah kami berjaya menunaikan solat terawih bersama,berimamkan seorang 'brother' rasanya dari Pakistan atau India (hanyalah tekaan). Subhanallah! Habis sudah satu juzuk lebih daripada Al-Quran dibacanya. Maha Suci Allah swt memberikan ingatan yang kuat kepada 'brother' tadi. Tanda betapa Allah swt jualah pemegang kotak fikiran manusia yang lemah hina ini.

Alhamdulillah jua sebentar tadi sempat menelefon keluarga di Malaysia. Sejuk hati mendengar suara Mak Tok (Nenda), Mak Lang dan adik ketiga saya, Hazim. Ucapan Ramadhan Al-Mubarak tidak berhenti-henti kunjung tiba.

Setelah itu, terasa jua ingin menelefon guru ekonomi saya, Mr Jamal. Subhanallah! Tidak disangka panggilan sesingkat 6 minit ini, rupa-rupanya merupakan suatu hadiah daripada Allah swt; hadiah pertama di bulan Ramadhan. Tidak disangka....

"Cilok" daripada Shumuri..Jangan mare yer~
Tq..Jazakallahukhairankasira! Amat menyentuh hati~

Hal Satu :

"Aku Terbang" : Sir, I'm planning to go back to Malaysia this summer; from early December till the end of February. And...I'm planning to ask for job at KYUEM. So...

Mr Jamal : Owh! You are welcomed. Nak jadi tutor ker?

"Aku Terbang" : Ya, insyaAllah!!!

Mr Jamal : Oh! That's good. I'm going to grab you once you are ready to come. You are welcomed to join us then!

"Aku Terbang" : Alhamdulillah sir. Actually, I just want to go back to KYUEM. Really miss it sooo much!!!!

Hal Dua :

Mr Jamal : Owh!!! You kantoi Accounting yer? B?!!!

"Aku Terbang" : Well sir...rezeki..rezeki...hehe...

Mr Jamal : Yup, correct. Anyway, you tau tak your component?

"Aku Terbang" : Nope...Berape sir i dapat?

Mr Jamal : Alhamdulillah you got A A tau..meaning 4 flat...A A A A for Econs!!! Not many people got it tau...You...Michel....

"Aku Terbang" : Subhanallah!!!! Alhamdulillah...

Bukan hendak dibangga. Bukan hendak menunjuk. Ramai lagi insan yang lebih hebat lebih pandai lebih cerdik. Namun cukuplah semua ini bagi diri kita semua insan yang hina menjadi suatu bukti kebesaran Illahi. Allah swt Maha Perancang yang Maha Rapi. Allah swt beri saya B dalam Accounting, menguji kesabaran saya dan Alhamdulillah menghadiahkan kemudiannya dengan pencapaian yang Alhamdulillah dalam kertas Ekonomi. Puji puja hanyalah milikNya. Dialah memberikan otak kepada kita. Minda dan akal fikiran serta hati untuk menilai setiap sudut kehidupan yang fana' ini. Maka, serahlah kembali segala kebijaksanaan, kepandaian dan kebaikan kita padaNya kerana Dialah sebaik-baik pemberi dan tempat dipulangkan kebaikan.

Sememangnya, saya sangat rindukan KYUEM. Tambah-tambah lagi dengan 'kegempakan' juniors yang makin mantap. Mana tidaknya, pelbagai pembaharuan, aktiviti dan banyak perkara 'best' seperti yang dilaporkan MUSCOM dan Shumuri menghiasi dada-dada internet saban hari. Hendak juga diri ini menjadi saksi, moga menjadi penyuntik semangat untuk terus menabur bakti. Berkorban masa dan tenaga demi Islam tercinta.

InsyaAllah segala-galanya kita serah padaNya yang Maha Gagah.

Moga Ramadhan ini membawa seribu makna buat
hidup kita yang sepertinya umur sukar mencapai angka seribu~


Moga Ramadhan bulan maghfirah ini membawa pengampunan kepada kita semua!
Selamat Berpuasa!

=)

Abu Huraira related that the Prophet (peace and blessings be upon him) said: Whoever fasts during Ramadan with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven. Whoever prays during the nights in Ramadan with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven. And he who passes Lailat al-Qadr in prayer with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven

(Bukhari, Muslim)

Abu Huraira related that Rasulullah said: If anyone omits his fast even for one day in Ramadan without a concession or without being ill, then if he were to fast for the rest of his life he could not make up for it

(Bukhari)

Abu Huraira related that the Prophet said: Allah the Majestic and Exalted said: "Every deed of man will receive ten to 700 times reward, except Siyam (fasting), for it is for Me and I shall reward it (as I like). There are two occasions of joy for one who fasts: one when he breaks the fast and the other when he will meet his Lord"

(Muslim)

Abu Huraira related that Rasulullah said: Many people who fast get nothing from their fast except hunger and thirst, and many people who pray at night get nothing from it except wakefulness

(Darimi)

=)

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Perutusan Ramadhan Dari Perantauan

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam.



Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Al-Baqarah 2:183)



Alhamdulillah di Melbourne sudah mahu masuk maghrib, mata kini terkedip2, menantikan Ramadhan bertitip2, Subhanallah milik Dia hati dan nyawa kita, dengan rahmatNya Dia utuskan Ramadhan dalam hidup sesingkat ini, meski kita begitu hina dengan dina, namun Allah swt senantiasa dengan kasih dan cintaNya, mengurniakan umur di Bulan Ramadhan semulia-mulianya.

Moga Ramadhan ini bermakna untuk saya, anda
dan seluruh muslimin muslimat seantero dunia!

Allahuakbar!

Islam is OUR choice, the way of life! ;)
Mohon maaf dan ampun!


p/s : Pastikan 30 Hari Mencari Cinta ini berakhir dengan CintaNya ;)

Salam Ramadhan dari perantauan,

Muhammad Za'im Mohamad Yusoff

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more