Salam.
Jab berama berjurus kejam
Gerasi suasa melompat jeran
Memeram lama tersirat pendam
Mencuka maniskan rasa garam kehidupan
Alhamdulillah, dah habis A-Level. Dah berhari-hari sebetulnya. Banyak sangat perkara ingin dikongsi, namun kadangkala mood membatasi; masa mencemburui; tapi insya-Allah cuba nekadkan diri, membelai blog yang disayangi. OK, sekarang dengan Cik D-Zool sedang buat clearance; jadi biarlah posting pertama ini ringkas tidak berjejenz (berjejeran), sekadar peringatan buat sahabat handai, bakal buat passport janganlah memandai-mandai, takut terlupa bawa borang ada pula yang tersadai, jenuh nak menggelabah tak tentu pasai, maka dengarlah nasihat orang yang berpengalaman ini, agar tidak sukar menempuhinya nanti!
OK, buat passport. Alhamdulillah, memandangkan hari ini, kami, para pelajar yang akan berlepas ke Australia sedikit masa lagi akan menghadiri pre-departure briefing.
"You have to bring your passport"
"Lorgh..passport dah nak expired hujung tahun nie.."
"Afiq, mintak tolong tumpang rumah ko malam Ahad, hari Isnin sesama kita buat passport ek!"
"No problem!"
Fine! Alhamdulillah kami berjaya menyelesaikannya pada hari semalam. Jadi, memandangkan banyak juga perkara baru yang kami belajar, jadi ingin dikongsi di sini.
DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA
1. Salinan surat beranak (original dan photocopy)
2. Salinan IC (original dan photocopy)
3. Salinan surat offer university (original dan photocopy)* : Pastikan anda mempunyai maklumat berkenaan alamat university
*Salinan surat offer university adalah optional. Kalau bawa, dapat harga RM 150. Kalau tak, jawabnyer kena bayar RM 300 la. Jadi, kalau rasa nak menderma pada Jabatan Pendaftaran Negara, pastikan anda terlupa membawa offer letter. Huhu~
4. Gambar berukuran passport - 2 keping
ISU-ISU BERKAITAN
1. Adalah dinasihatkan anda mengambil borang passport itu awal, memandangkan orang memang sangat sesak di pejabat pendaftaran. Kalau di Shah Alam yang pejabatnya diasingkan antara warga asing dan warganegara pun sudah sesak, apatah lagi bagi pejabat yang tidak diasingkan. Jadi isi awal di rumah, esok pagi-pagi derumkan enjin kereta anda, pacakkan diri sekitar 7.20 p.m. dan bersainglah mendapat nombor giliran terawal dan berurusanlah.
2. Pihak pejabat pendaftaran makin efisien. Alhamdulillah! 2 jam jer diperlukan untuk menyiapkan passport. So, pagi-pagi bila dah periksa semua dokumen dengan akak kaunter, straight ambil nombor giliran, then trus jumpa akak satu lagi, lepas tue bayar. Kemudian, tunggu la 2 jam sebelum ambil passport (dalam kes kami, sejam setengah jer). Jadi, sambil-sambil tue, pergila breakfast atau baca buku. So, pukul 10 pagi settle la semua. OK?
3. Bagi mereka yang tinggal di negeri yang lain daripada negeri yang anda mohon passport. Contohnya, saya tinggal di Penang, ber'A-Level' di Perak dan memohon passport di Selangor*; anda wajib meletakkan mana-mana alamat di Selangor sahaja. Bagi kes saya, saya menggunakan alamat Afiq untuk proses ini. Kata pegawai pejabat tu, ini untuk pertukaran sebarang perincian dalam passport berkenaan. Tapi kalau nak renew, kat mana-mana pun boleh. Kalau di Australia; hanya ada tiga tempat; iaitu di Canberra, Perth dan Sydney. (Melbourne?! Talk to the hand!! Huahaha!)
4. Sesiapa yang nak renew, anda akan melalui proses yang sama sepertimana orang yang baru nak buat passport.
*Apakah persamaan antara ketiga-tiga negeri itu ya?! =)
OK. Kalau tak faham, drop comments yer! Thank you! ;)
P/s: Thank you to mak and ayah, plus Afiq and his wonderful family! =)
Bonne chance pour votre application de passeport !