Wednesday, September 3, 2008

Aku Mahu MENANGIS Seperti "Imran" !

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.


Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
(Surah Al-Anfal 8:2)

KORIS, Yugoslavia (Reuters) - An ethnic Albanian boy cries Friday, May 14, in the village of Korisa in southwestern Kosovo. NATO said on Friday it was checking Serb reports that 100 ethnic Albanian civilians were killed when it hit Yugoslavia overnight with the heaviest raids of its seven-week bombing campaign. The town was hit with eight cluster bombs, according to Yugoslav sources. Each bomb releases up to 200 "bomblets", which are the size of a soft drink can and are capable of destroying an area the size of a football field. Reuters Photo

Benar! "Imran" menangis seakan
seperti adik-adiknya ketika di dalam 'kelam-kalibut' itu!

_________________________________________________________

Alhamdulillah, sudah dua malam aku berterawih di ICV. Boleh dikatakan masjid utama di daerah asing ini, Melbourne. Sudah dua malam.
Bermakna sudah dua malam aku bertemu "Imran".

"Imran" pemuda belasan tahun berkulit putih kelihatan seperti Albanian itu memang cukup teruja. Dia memang seorang yang cukup 'excited' sejak aku bertemu dengannya. Kegembiraan jelas terpancar di wajahnya yang kudus itu. Mungkin kerana Brother Osama, yang dirindu-rindu solat diimaminya oleh sebahagian besar rakan-rakan di sini menjadi punca kegembiraan maha tara luar biasa pada wajah "Imran". "Imran" ternyata seronok menunaikan ibadah terutama, menghadap sang Pencipta kami berdua; juga anda yang sedang membaca bait-bait ini.

Malam kedua aku bertarawikh. Sengga lamanya berbanding hari semalam adalah lebih setengah jam. Pada ketika itulah, wajah "Imran" punyai sedikit perubahan.
Sedikit baginya besar bagiku, insan yang hina ini.

Malam kedua. Selesai Brother Osama memberikan sedikit tazkirah peransang agar kami semua terus-menerus melakukan ibadah di bulan Ramadhan yang barakah, seusai itu kami semua bersalaman. Aku mendapati "Imran". Ternyata wajah "Imran" berubah!!!

Wajahnya yang putih mulus kini bertukar merah tulus,
Matanya yang biru digenangi sang bah yang merindu,
Tangan pengangkat takbir mengusap-usap mukanya yang diasapi cahaya an-nur,
Pertama kali,
Pertama kali,
Ku melihat,
Seorang pemuda belasan tahun,
Seperti "Imran",
MENANGIS!!!!

TANGISAN MENGHADAP TUHAN!!!!

Maha suci Allah swt yang memberikan kemampuan
pada "Imran" memahami bait-bait ayatMu, Maha gagah Allah swt yang menumpahkan kasih
pada "Imran" mengesani panjat-panjat Qunut buatMu,

Wahai Maha segala Maha!!!!
AKU MAHU SEPERTI IMRAN!!!!

DAN SEKALIAN JEMAAH YANG RATA-RATA SEGAH
SETELAH MENGHADAP ALLAH!!!!

Ameen! Yazaljalal iwalikram!!!

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Monday, September 1, 2008

Kematian dan Ramadhan : Harakahdaily.net

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Ali-Imran 3:185)

Paparan artikel diambil dari Harakahdaily.net. Penulis merasakan artikelnya cukup bertepatan dengan refleksi diri kita semasa Ramadhan ini. Al-maklumlah memandangkan Harakahdaily.net ini updatenya cepat bebenor, jadi rugilah mana-mana antara kita terlepas daripada menghayati dan mengambil pengajaran daripada artikel yang begitu bermakna ini. Insya Allah semoga bermanfaat hendaknya!

Kematian dan Ramadan
Ahmad Lutfi Othman
Sun | Aug 31, 08 | 2:13:21 pm MYT

Ramadan datang lagi. Alhamdulillah kita sempat menyapa dan mendakapinya penuh erat. Ia kurniaan Ilahi maha hebat, cukup sempurna, menyejukkan gelisah, mententeramkan resah.






Awalannya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirannya bebas dari api neraka. Masya-Allah.

Namun, ini mungkin Ramadan terakhir buat kita. Penghujung nyawa adalah rahsia. Renungilah.

Berapa ramai anggota keluarga terdekat dan teman rakan, yang bersama kita Ramadan setahun lalu, kini tiada lagi, tidak sempat untuk menikmati ujian dan menjalani tarbiyah dalam madrasah penuh pengorbanan ini.

Justeru jangan terleka. Peluklah dengan penuh kecintaan - setelah rindu yang amat sangat terlerai sudah - Ramadan yang sarat dengan keberkatan ini. Pintu-pintu syurga terbuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan terbelenggu. Hamparan ketakwaan dibentang seluas-luasnya.

Detik nafasmu adalah ibadah. Tidur rehatmu adalah ibadah. Apa lagi dengan bertadarus, menyantuni anak yatim, menyempurnakan silaturrahim, membela golongan tertindas, bersedekah, memuliakan ibu bapa, mengasihi orang tua, membantu golongan tidak berupaya, menyediakan bahan berbuka, selain berdoa dan memanjangkan sujud, serta menghidupkan malam dengan munajat dan taubat selepas bertarawih, sementara menanti malam seribu bulan.

Menghampiri Ramadan kerap mengingatkan saya tentang pemergian secara tiba-tiba buat selama-lamanya, jantung hati kami sekeluarga, Nurul Syafiqah, pada pagi 1 Ramadan, jam 8.15, tiga tahun lalu. Dalam usia 11 tahun, kematian Syafiqah, anak kedua kami, cukup meremukkan hati; mencampakkan saya, isteri dan empat anak yang lain ke penjuru satu dunia berbeza.

Ternyata kasih sayang buat anak kecil darah daging sendiri begitu luar biasa, tertanam jauh di dalam kalbu, menyelinap setiap denyut nadi.

Ya, Ramadan dan kematian menjadi cukup intim, saling mengingatkan, walaupun selalunya peringatan itu mudah dilupakan. Khabar kematian sering mengejutkan. Debarannya keras sekali.

Hentakannya boleh memutuskan angan-angan. Sayang, insan selalu alpa. Kematian anak kecil, apa lagi yang tidak didahului dengan sakit memanjang, lebih "istimewa" berbanding kehilangan ibu atau ayah, atau keluarga terdekat lainnya.

Ia memang menyesakkan nafas, membuntukan fikir, namun secara misteri mudah menyuntik rasa sedar-insaf bahawa panggilan Ilahi bisa datang secara tiba-tiba, tanpa bertanyakan apakah persiapan sudah beres atau masih khayal dengan hal duniawi yang tidak berkesudahan.

Benar sekali sabda nabi. Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat merenggut kelazatan dunia, iaitu mati. Rasulullah pernah ditanya tentang orang Mukmin yang paling mulia, maka jawabnya adalah orang yang paling baik akhlaknya.

Ditanya lagi, orang Mukmin mana yang paling beruntung atau cerdas, maka jawab baginda, mereka yang paling banyak mengingati mati dan mempunyai bekal yang banyak untuk menghadapi kematian.

Ramadan menjanjikan gandaan pahala, menghaluskan jiwa dan mendorong untuk melakukan amalan kebajikan. Manakala mengingati kematian menyebabkan seseorang menyegerakan taubat, rendah hati dan rajin beribadah. Namun Ramadan bukan pula membungkus seseorang dengan aktiviti individualistik semata.

Khidmat buat masyarakat, menarik tangan masyarakat bawahan yang tertekan, terutama dalam kesempitan hidup yang menggigit ini; semuanya perlu ditingkatkan setulusnya, sebagai satu persembahan agung buat Ilahi. Sesungguhnya Allah amat mencintai makhluk yang paling penyayang pada makhluk yang lain, yang paling bersungguh-sungguh dalam memenuhi keperluannya.

Usah terlepas lagi daripada merangkul kenikmatan Ramadan yang sangat istimewa itu. Pesan saya buat diri yang sangat mudah terleka ini, walaupun Syafiqah kerap mengejutkannya. - mks._


ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Sunday, August 31, 2008

Hadiah Ramadhan Pertama

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.

Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk;
Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada);
Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya);
bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya;
bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi;
dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.
(Al-Hasyr 59:24)

Alhamdulillah, selesai sudah solat sunat terawih di Bouverie St. Isyak di Melbourne lebih kurang 7.20 malam dan Alhamdulillah kami berjaya menunaikan solat terawih bersama,berimamkan seorang 'brother' rasanya dari Pakistan atau India (hanyalah tekaan). Subhanallah! Habis sudah satu juzuk lebih daripada Al-Quran dibacanya. Maha Suci Allah swt memberikan ingatan yang kuat kepada 'brother' tadi. Tanda betapa Allah swt jualah pemegang kotak fikiran manusia yang lemah hina ini.

Alhamdulillah jua sebentar tadi sempat menelefon keluarga di Malaysia. Sejuk hati mendengar suara Mak Tok (Nenda), Mak Lang dan adik ketiga saya, Hazim. Ucapan Ramadhan Al-Mubarak tidak berhenti-henti kunjung tiba.

Setelah itu, terasa jua ingin menelefon guru ekonomi saya, Mr Jamal. Subhanallah! Tidak disangka panggilan sesingkat 6 minit ini, rupa-rupanya merupakan suatu hadiah daripada Allah swt; hadiah pertama di bulan Ramadhan. Tidak disangka....

"Cilok" daripada Shumuri..Jangan mare yer~
Tq..Jazakallahukhairankasira! Amat menyentuh hati~

Hal Satu :

"Aku Terbang" : Sir, I'm planning to go back to Malaysia this summer; from early December till the end of February. And...I'm planning to ask for job at KYUEM. So...

Mr Jamal : Owh! You are welcomed. Nak jadi tutor ker?

"Aku Terbang" : Ya, insyaAllah!!!

Mr Jamal : Oh! That's good. I'm going to grab you once you are ready to come. You are welcomed to join us then!

"Aku Terbang" : Alhamdulillah sir. Actually, I just want to go back to KYUEM. Really miss it sooo much!!!!

Hal Dua :

Mr Jamal : Owh!!! You kantoi Accounting yer? B?!!!

"Aku Terbang" : Well sir...rezeki..rezeki...hehe...

Mr Jamal : Yup, correct. Anyway, you tau tak your component?

"Aku Terbang" : Nope...Berape sir i dapat?

Mr Jamal : Alhamdulillah you got A A tau..meaning 4 flat...A A A A for Econs!!! Not many people got it tau...You...Michel....

"Aku Terbang" : Subhanallah!!!! Alhamdulillah...

Bukan hendak dibangga. Bukan hendak menunjuk. Ramai lagi insan yang lebih hebat lebih pandai lebih cerdik. Namun cukuplah semua ini bagi diri kita semua insan yang hina menjadi suatu bukti kebesaran Illahi. Allah swt Maha Perancang yang Maha Rapi. Allah swt beri saya B dalam Accounting, menguji kesabaran saya dan Alhamdulillah menghadiahkan kemudiannya dengan pencapaian yang Alhamdulillah dalam kertas Ekonomi. Puji puja hanyalah milikNya. Dialah memberikan otak kepada kita. Minda dan akal fikiran serta hati untuk menilai setiap sudut kehidupan yang fana' ini. Maka, serahlah kembali segala kebijaksanaan, kepandaian dan kebaikan kita padaNya kerana Dialah sebaik-baik pemberi dan tempat dipulangkan kebaikan.

Sememangnya, saya sangat rindukan KYUEM. Tambah-tambah lagi dengan 'kegempakan' juniors yang makin mantap. Mana tidaknya, pelbagai pembaharuan, aktiviti dan banyak perkara 'best' seperti yang dilaporkan MUSCOM dan Shumuri menghiasi dada-dada internet saban hari. Hendak juga diri ini menjadi saksi, moga menjadi penyuntik semangat untuk terus menabur bakti. Berkorban masa dan tenaga demi Islam tercinta.

InsyaAllah segala-galanya kita serah padaNya yang Maha Gagah.

Moga Ramadhan ini membawa seribu makna buat
hidup kita yang sepertinya umur sukar mencapai angka seribu~


Moga Ramadhan bulan maghfirah ini membawa pengampunan kepada kita semua!
Selamat Berpuasa!

=)

Abu Huraira related that the Prophet (peace and blessings be upon him) said: Whoever fasts during Ramadan with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven. Whoever prays during the nights in Ramadan with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven. And he who passes Lailat al-Qadr in prayer with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven

(Bukhari, Muslim)

Abu Huraira related that Rasulullah said: If anyone omits his fast even for one day in Ramadan without a concession or without being ill, then if he were to fast for the rest of his life he could not make up for it

(Bukhari)

Abu Huraira related that the Prophet said: Allah the Majestic and Exalted said: "Every deed of man will receive ten to 700 times reward, except Siyam (fasting), for it is for Me and I shall reward it (as I like). There are two occasions of joy for one who fasts: one when he breaks the fast and the other when he will meet his Lord"

(Muslim)

Abu Huraira related that Rasulullah said: Many people who fast get nothing from their fast except hunger and thirst, and many people who pray at night get nothing from it except wakefulness

(Darimi)

=)

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Perutusan Ramadhan Dari Perantauan

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam.



Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Al-Baqarah 2:183)



Alhamdulillah di Melbourne sudah mahu masuk maghrib, mata kini terkedip2, menantikan Ramadhan bertitip2, Subhanallah milik Dia hati dan nyawa kita, dengan rahmatNya Dia utuskan Ramadhan dalam hidup sesingkat ini, meski kita begitu hina dengan dina, namun Allah swt senantiasa dengan kasih dan cintaNya, mengurniakan umur di Bulan Ramadhan semulia-mulianya.

Moga Ramadhan ini bermakna untuk saya, anda
dan seluruh muslimin muslimat seantero dunia!

Allahuakbar!

Islam is OUR choice, the way of life! ;)
Mohon maaf dan ampun!


p/s : Pastikan 30 Hari Mencari Cinta ini berakhir dengan CintaNya ;)

Salam Ramadhan dari perantauan,

Muhammad Za'im Mohamad Yusoff

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Friday, August 29, 2008

WARKAH JANJI PEMIMPIN, RAKYAT MEMILIN


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.
g
Dr Asri menulis :
d

"Aku Terbang" membalas :
d
DUHAI PEMIMPIN BARU,
Janji ditabur wajib dilentur,
Andai tak ditepati akur,
Kelak fitnah kan terhambur,
Rakyat kelam kalibut tidak teratur,
Musnah peradaban tamadun hancur,
Maruah dirimu terjunam terkubur,
Maka, di akhiratkah,
TUHAN mahu kau gempur?
Lupakan…
f
DUHAI PEMIMPIN KETUA,
Janji bila dikota,
Sealam bahagia terasa,
Bila disulam keikhlasan bertimpa,
Menyubur keamanan keredhaan Tuhan,
Bila diri engkau rendahkan,
Seangkasa tingkat darjat TUHAN naikkan,
Bila tiba mata terpejam,
Perjalanan ke syurga terasa sekejap !
g
P/s :
f
Akhirnya "Aku Terbang" bereaksi,
Setelah segala terjadinya takdir Illahi,
Moga segalanya membawa keamanan,
Pastikan tibanya ISLAM didaulatkan!
f
Allahuakbar!!!
f
=)

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Thursday, August 28, 2008

'Izzah Pada Islam : Tonjolkan sekarang!

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, - Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
(An-Nasr 110:1-3)


BABAK SATU :

Aku Terbang :

Oh ya! One more thing before I forget. Just now our tutor has asked my group to find any relevant examples of those leaders who can be categorised as transformational leader. So we have come out with several examples. One of them was Kevin Rudd. But, excuse me I couldn't recall what were the arguments on that. Anyway, we did also agree that most of the religion founders fall within this category. The argument is simple. The consistent existence of the legacy of the religions piloting mankind to attain a better life is one of the lucid example of this justification.

Camella :

Yup, that's right !

Aku Terbang :

Yup. Anyway, have you ever read a book written by Michael J. Hart entitled The 100 : A ranking of the most influential persons in history? Amazingly, we could draw a conclusion from that book, that most of the leaders which were ranked can be identified as transformational leaders! They led huge organisation with millions of people plus a great resources to be exploited!

Camella :

Oh, really? I haven't read that yet! Anyway, who is the first?

Aku Terbang :

Prophet Muhammad (pbuh)

Camella :

(astounded) REALLY?

;)


BABAK DUA :

Aku Terbang wrote :

Hye maria? How's bout tmrw? 11am@ballieu? Nway,b4 (anything) i wud like to humbly request frm u sumthing pertaining to this meeting. As a muslim, i really value high the status of female. It's very fine if we meet to share knowledge. Yet, it's not nice if only two of us dscussing, so it wud b such a pleasure if u cud ask anyone perhaps lynn may b to join us. It wud b more fun n enjoyable. Peace! ;)

Maria wrote :

hi! how r y? yes please i need help!! 2morrow at 11. mm i lost the num of her,.. and now? can u sent her a sms please?

Aku Terbang wrote :

Oh im gud. Ok then. Lyn is not available tmrw. Do u hv others?

Maria wrote :

i told one friend to come..bvt i dont know if she will be there. dont worry if u cant bc (because) of ur religion. i will understand.

Aku Terbang wrote :

Thanx 4 ur understanding. Sharing knowledge is indeed a noble thing n a responsibility 4 us. So, c ya tmrw! Hv a gud sleep. Nite ;)

Refleksi :

Rasa 'izzah (bangga) dengan Islam amat tercabar untuk dilahirkan di negeri orang. Sedar atau tidak, kekadang kita rasa takut hendak melahirkannya pada khalayak terutamanya di negeri orang putih penuh budaya kebaratan (seperti sajak saya dalam Bila Cucu Darwin~) Sedar atau tidak, kekadang kita rasa takut kerana kita sendiri telah dibesarkan dengan persepsi bahawa mereka di dunia barat ini, mempunyai pemikiran stereotaip bahawa Islam itu agama terorris, agama ganas; sedangkan kita sendiri meyakini malah menyedari ia adalah sebaliknya. Kita mungkin takut diherdik, takut dipulau mahupun takut diberikan reaksi yang kurang menyenangkan. Kekadang, bukannya rasa malu, sebaliknya cuma kita takut, kita tidak mampu mempertahankan Islam itu sendiri. Kekadang~

Alhamdulillah, kedua-dua perkara yang saya lalui seperti diceritakan dalam perbincangan tutorial semalam dan kiriman SMS menyedarkan saya; sebenarnya selama ini syaitan laknatullah itulah yang cuba mencucuk perasaan saya untuk tidak melahirkan rasa 'izzah itu semaksimum mungkin. Di samping, iman saya yang lemah dan diri yang penuh kelemahan. Nauzubillah~

"Tanda kecintaan seterusnya pada Allah swt ialah rasa 'izzah pada Islam. Ia berlaku apabila kita mahukan setiap hidup kita disinari dengan cahaya Islam. Lagu yang kita dengar lagu Islam. Akhlak kita akhlak Islam. Itulah tahap kecintaan seterusnya...."

Ungkapan saudara Tiki ketika Kuliah Selasa masih terngiang-ngiang. Jujurnya, ini adalah antara motivasi untuk saya selama bergaul dengan komuniti bukan Islam di sini.

Sekian lama, baru saya sedari. Sindrom kempen anti keganasan Amerika itu bukan setakat mengoperasikan otak kaum barat dengan Islamicphobia namun secara senyap kita turut terjebak sama pabila rasa 'izzah terhadap dinnul Islam ini takut kita serlahkan. Astaghfirullah~

Kesimpulannya, jangan takut jangan gusar, anda adalah di kalangan orang beriman.

RAMBUT SAMA BERHELAI, HATI TIDAK SAMA DICANAI
PADA DIA KEKUATAN DIPOHON,
AGAR SYURGA NANTINYA MELAMBAI-LAMBAI


(nak cakap rambut sama hitam; rambut penulis hitam mereka perang...haha)

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Bila Cucu Darwin~


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al-A'raf 7:179)

Adakah cucu cicit Darwin itu cuba mengiakan ayat suci Al-Quran di atas?
Cubaan yang "menarik"~

Pabila cucu Darwin miskin bajunya,
Meluru masuk ke taman syurga,
Syurga bertamadun jadi neraka,
Menggoda sekalian bersama mereka.

Pabila cucu Darwin miskin bajunya,
Semua terkejut geleng kepala,
Namun pening pelik dan hairan,
Geleng setuju memenuhi watan.

Pabila cucu Darwin miskin bajunya,
Ku terfikir di manakah aku,
Pabila tefikir Pencipta kami semua,
Biarkanku sekalipun seorang tunduk malu.

Pabila cucu Darwin miskin bajunya,
Baru kusedar betapa hinanya,
Tinggalkan Pencipta tanda kehinaan,
Di dunia sempit di akhirat perit!!!

Pabila cucu Darwin pergi menghilang,
Doa tertacap mohon hidayah,
Pada diriku pohon dikuatkan iman,
Pada diri mereka dipanjat kesedaran.

Percaya Darwin,
Jadi cucu cicitnya,
Keturunan terjalin,
Beruk kelakuannya,
Malu NabiNya Adam,
Andai dia melihat semua ini !

Biar,
Dia mengadili

Dengan penuh kebijaksanaan
Maha Tara Peri

Ruminated during Managing, People and Organisation lecture which was held on
Wednesday, 27th August 2008; 10.42 a.m


Cukuplah gambar selepas Cucu Darwin menghilang~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Beta pohon pada Tuanku Ainan Al-Kanterberi untuk mentarjihkan tulisan buruk hamba ini buat pemahaman sekalian rakyat tatkala beta melihatkan betapa jelek dan jijik beta mahu menukil, pohon Tuanku Ainan Al-Kanterberi laksana.

Jazakallahukhairankasira Tuanku.

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more