Wednesday, January 7, 2009

3 Jari Emas : Poligami, Buku & Perang Dunia Kedua

بسم الله الرحمن الرحيم

"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat."
-An-Nasr (110:1-3)

Salam.


3 jari emas memunculkan diri,
Menukil ceritera mendambat hati,
Hiasan di diari molek dikongsi,
Buat manfaat sehari-hari !

Jari Emas Pertama :

Mereka yang menentang poligami beranggapan bahawa poligami menghancurkan rumah tangga berbanding monogami. Sedangkan dangkal, akan hujah yang kononnya berdasarkan hukum akal! Realitinya, bukan sedikit yang bermonogami yang tidak berbahagia, tidak kurang pula yang berpoligami begitu mawaddah, sakinah dan rahmah. Lantas, di sinilah letaknya persoalan keimanan. Bukan poligami mahupun monogami, bukan juga kuantiti menjadi paksi. Sebaliknya kualiti yang menjadikan perkahwinan menjadi erti. Kualiti ini bahasa moden. Dalam Islam yang aman, kualiti ini di'bahasa'kan sebagai keimanan. Aslam Taslim! Andai menjadi Muslim, maka aman! Keimanan kunci kebahagiaan. Bukan kuantiti yang dikahwini!

Jari Emas muncul setelah menyaksikan rakaman Hello Malaysia kendalian Ustaz Wan Bani Sohor Bani Leman bersama Doktor Fauziah Mohd Nor, Penolong Professor Jabatan Undang-undang UIA dan Ustaz Muhd Khairuddin Aman Razali, Pengerusi Esekutif Darul Fuqaha.

Jari Emas Kedua :

Tuk Guru Nik Aziz memang ulat buku. Buku kegemaran Tuk Guru Nik Aziz adalah mana-mana buku yang berkait dengan keagungan Allah swt. Baik buku pertanian, buku astronomi mahupun geografi. Selagi mana ia mendekatkan dengan Sang Maha Pencipta. Maka tidak hairanlah segala butiran Tuk Guru amat berhikmah! Dek bersandarkan keimanan yang terserlah! Ha! Bukan sahaja kahwin perlu bertunjang keimanan! Nak membaca pun perlu bertiangkan ketaqwaan! Leader is Reader! Bak kata Ustaz Riduan Md Nor.


Jari Emas muncul setelah menonton rakaman Citarasa Tokoh Astro 104.

Jari Emas Ketiga :

Perang Dunia Kedua yang berlangsung pada 1 September 1939 - 2 September 1945 telah mengorbankan seramai hampir 62 juta jiwa. Satu fakta yang menakutkan. Justeru, apa sahaja yang berkaitan dengannya adalah suatu yang menakutkan! Bakal Ketua Penyangak Dunia tak berapa lama lagi, Obama telah mengeluarkan kenyataan:

"Pengangguran di Amerika dijangkan akan meningkat dan dijangka lebih buruk daripada Perang Dunia Kedua!"

Ini betul-betul bukan cubaan! Yang pasti, kebangkitan Islam itu pasti terjadi; di saat batil kian terkubur lebur di bumi Illahi Yang Maha Tinggi! Teringat karya 1511H Kombat Faisal Tehrani yang hebat, saat Muhammad Ameen menarik hela nafas lambat-lambat; tenang.... dia memulakan ucapan dengan terang....

" Ana juga mengumumkan untuk menjadikan Rumah Putih selepas ini sebagai Masjid Putih. White House to White Mosque........Kota Washington akan dikenali sebagai kota Emrullah. Hari ini pada hari pembukaan Kota Emrullah, ana merasmikan masjid putih sebagai lambang keamanan, perdamaian, kemanusiaan dan kasih sayang." -Muka 382

Jari Emas muncul setelah menonton Buletin Utama TV3.

Moga bermanfaat! Sekian!

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

No comments: