Saturday, October 18, 2008

Erti Hidup Pada Memberi : Ramadhan 1429 H

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.


"Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)."
-Al-Mulk (67:15)


Erti Hidup Pada Memberi. Ustaz Hasrizal mempelopori tema indah ini. Saudara Afiq Kamaruddin pula mengingati diri yang dhaif ini akan perihal tujuan penghidupan yang serba fana' dan singkat. Erti Memberi kepada penulis adalah besar maknanya dalam sebulan dua ini. Dalam 30 hari meniti Kolej Yayasan Ramadhan dan kini menjengah Universiti Realiti Syawal yang sudah masuk hari ke 18 waktu Melbourne, penulis menilai kembali diri, bermuhasabah apakah itu "Erti Hidup Pada Memberi".

Ayas beso lagi ker...kambing nie lagi beso..sapo nak jawab nie ejang?!

Sembelih sheikh..jangan tak sembelih...
Untuk survival manusia, kita makan dia puas-puas! Hihi!

Saban hari kecuali hari Sabtu dan Ahad, ISoc RMIT (Royal Melbourne Institute of Technology, Melbourne) memecah keringat, pecah peluh menguruskan majlis berbuka puasa. Hari ini kambing bakar sebesar saiz Ayas, adik comel anak Mr K; dihidangkan di atas meja, esok pula nasi daging; hari kemudian bertukar juadah, dan kadangkala menu itu bertukar hari dan gilirannya. Semuanya semata-mata ingin merebut pahala yang begitu besar Allah swt Yang Maha Besar sediakan buat hamba-hambanya di Bulan Ramadhan. Penulis gemar ke RMIT bukan sahaja kerana dapat makan percuma, malah yang jauh lebih manis adalah tempat makan adalah tempat jemaah bersolat. Jemaah bersolat rapat-rapat. Tazkirah tersedia meskipun singkat, pergh...mantap dan padat! Meremang penulis melihatkan masyaAllah ilmu mereka yang Allah swt kurniakan. Sungguh luar biasa hebatnya!

Erti hidup pada memberikan masa dan tenaga untuk mengisikan makanan pada perut yang berpuasa. Mengisikan jiwa ruh dengan makanan pahala di hari muka.

Maka, inilah kambing bakarnya, dalam tu ada nasi! Mak di kampung pesan, jangan makan banyak, darah tinggi kang! Nauzubillahiminzalik!

Lokasi kegemaran Terawih penulis ialah Masjid ICV (Islamic Council Victoria). Brother Osama al-Hafiz, seorang imam yang sangat muda dari UAE ditugaskan memimpin jemaah. Subhanallah! Solat selama hampir dua jam itu tidak terasa apa-apa malah rasa enak apabila alunan ala-ala Abu Bakar As-Shatri campuran bersama Hani Ar-Refa'i, ayatul Quran dialunkan, memenuhi ruang lingkup hati, segar umpama orang kepanasan dijirus air sejuk mawar. Subhanallah!

"I left from the school for a year to memorise Al-Quran. Today an ayah, tomorrow two ayah, then three and it started to increase spontaneously. If you spend time to your Lord, He will surely help and spend time for you!"

Brother Muhammad al-Hafiz, imam terawih sukarela Bouverie St dari Pakistan pula mengomel.

Brother Osama pernah memberikan tazkirah;

Just now, i imagined how my congregation would feel, standing for prayer for a long time with me at the head, but after realising how the more we spend time praying for the sake of the Lord, the shorter the time will our time in akhirah will be, it encouraged me to stand even longer.
(We need further discussion on the content of the subject : the author is trying to convey the general message of how the imam had passionately provoked the thoughts on the relationship between us and the Lord, Allah swt)

Erti Hidup pada memberikan masa kepada kerja-kerja seorang insan. Kepada Tuan.

Adik Zakaria, panggilnyer Zachary, anak Ustazah Salmiah,
anak Johor bersuamikan Orang Greek, insyaAllah bakal al-hafiz,
pewaris Bro Osama baru!
(baru jumpe tadi, jalan-jalan raya)


"Kenapa hari nie Brother Osama macam penat ye?"
Saudara Hafiz Alami menjawab,
"Die pun keje jugak siang harinye bro..."

Jelas, erti hidup pada memberikan masa kerehatan kepada perjuangan, memimpin jemaah di malam dengan segah dan gagah. Sedaya upaya.

Tertekan! Mereka menangis ketika Qunut 20 minit itu dibacakan. Mereka menangis, penulis hanya mampu cuba 'menakulkan makna bahasa Arabnya' sendiri. Mereka menangis kerana mereka faham. Mereka faham kenapa mereka menangis. Kerana kefahaman mereka terhadap apa yang mereka nangiskan adalah kefahaman yang jitu. Penulis meraban-raban; melahirkan harapan untuk memberikan masa penulis insyaAllah mendalami lagi bahasa Al-Quran. Jom ke Malaysian Hall, setiap hari Ahad pagi ada kelas Bahasa Arab!

Erti hidup pada memberi masa kepada memenuhkan impian dan harapan.

Ketika selesai Solat Asar di sebuah surau, Ustaz Zul menyapa;

"Sheikh, jadi imam raya, boleh?"
"Astaghfirullah, ada yang lebih sesuai rasanya..."
"Eh, sheikh, kite nie semua sama sahaja, makhluk Tuhan belaka; ana, anta semua nie, tak da nilai di sisinya!"
"Astaghfirullah...kalau macam tue, insyaAllah ustaz. Ustaz kene tolong jugak la.
Tajwid, tafsir, sebutan arabnyer"

"Tak de masalah, Kak Filah pun boleh tolong sekali"

Erti hidup pada memberi peluang untuk ditarbiyah dan mentarbiyah. Peluang kebaikan direbut diregut, niat di hati ikhlaskan bertaut, moga bermanfaat dunia akhirat.

Ustaz Zul selaku Tuan Khatibnyer, Penulis baru mencuba

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd!

Milik Allah swt segala kurniaan dan nikmat!
Nikmat pada Erti Hidup Pada Memberi!
Sebuah kehidupan di bulan Ramadhan!
Bulan Syawal?
InsyaAllah~ =)

p/s : Sabo Afiq ye~ =)

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

No comments: