بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.
Salam.
Dari mimbar hati ini dia merengek kecil
Hajatnya mau menyirna rengekan tengik jerik mereka
Namun mimbar hati manakah lagi mahu mendengar rengekan kecil
Andai rengekan tengik jerik mereka ngilaiannya luar biasa
Dari mimbar hati yang memekik ini dia menelaah
Nyalaan cahaya kecil sedekad sinarnya penuh keterpaksaan
Cuba meredah ruang-ruang yang penuh sesak
Sesak dengan ilusi kebenaran
Kebenaran yang ingin ditegakkan
Dalam kerlikan yang penuh penipuan
Hipokrasi bangsa, Isme jahil negara
Yang terus dicengkam genggam dibelit kejam
Dalam permainan dunia yang fana'
Dari mimbar hati kecil inilah sedekad sudah
Nyalaan cahaya kecil di hujung dunia cuba memandu sang buta
Waima degil benar sang buta
Dek mimbar hati sang buta pun buta
Gelap
Kelam
Dalam rengekan tegik jerik mereka
Dari mimbar hati kerdil ini berani berusaha direntas
Berani mengenggam bara yang panas
Meskipun diri dipandang sinis
Tika salam diberi dijawab hamis
Namun
Dari mimbar hati hina ini tetap kekal
Berpegang pada tali kukuh tekad
Meskipun kadangkala imannya tunggang tonggek
Namun pada tuan pencipta mimbar hati ini, diri merengek
Dalam tangisan dambaan hidayah
Pada rengekan tengik jerik mereka
Yang ngilaiannya luar biasa
Selamat pada nyalaan cahaya kecil di hujung dunia
Moga tuan pencipta mimbar hati ini memberkati mimbar hati jahil hina
Pada usaha persis sang burung kerdil Nabi Allah Ibrahim
Yang tetap beriktikad percaya
Tunggu
Di hari penentuan
Setidak-tidaknya nanti punyai alasan
Tika mulut terkunci
Tangan bersaksi
Kaki menari ikhlas
Dan tika itu suara mimbar hati ini kan mengaku deras!
Setidak-tidaknya ada hujah yang bakal diperjelas!
Mohon kekuatan
Kerana kami kasihan
Pada diri yang penuh kejelikan
Pada ketakutan yang sengaja diadakan
Kurniakan hidayah
Dan makfirah
Srta makrifah
Bagi mengetuk mimbar hati
Si pengetuk dan tuan punya sendiri
Amin!
HAPPY BIRTHDAY MUSCOM YANG KE 10
Si nyalaan kecil di hujung dunia yang kental meneruskan hidup
Mula mengenali jalinan itu.....
Bersaksikan pada kekuatan mereka....
Penuh ranjau masih tersenyum...
Pada ingatan kekuatan mata rantai sebuah keluarga...
Selagi talinya tersimpul kuat erat dalam kalbu tersemat!
P/S : Dah lama tak menulis, maaf kalau bahasa "kelat"..... ....
Jazakallah atas segala jasa
Kerana mengetuk mimbar hati kerdil ini
Dalam kejahilan lama yang berleluasa
Mencari pelita di hujung dunia

No comments:
Post a Comment