Wednesday, April 16, 2008

Bloggers Are Dangerous ?

Salam.

Bersyukur pada Allah s.w.t makin ramai yang mahu mengusahakan blog sendiri. Pencarian teknik memblog terbaru diusahakan dengan gigihnya oleh Saudara Anas. Khabarnya, dia menuntut ilmu bagaimana nak tulis panjang dalam blog daripada Saudara Afiq. Sambil mengipas di tepi, Saudara Hafizuddin, Si Morinda Juice pula menambah dia perlu menekuni pelajaran silibus belum habis daripada tuk guru kami bersama, Saudara Huzaifah.

Tetapi tetiba muncul pula salah seorang rakan karib kami yang tetiba terkantoi ada blog sendiri. Sebenarnya dah lama dia nie cuba berahsia, tetapi dengan izin Allah...


Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) Al-Baqarah (2:255)

Allah membuka peluang untuk aku mengetahui kerja bawah tanah dia. Ini semua bermula apabila aku menghadiri kelas ICT kendalian Hot Mama B. Tiba-tiba dengan izin Allah aku terpanggil ke salah suatu komputer di IT Lab berkenaan. Tiba-tiba termuncullah image-image seperti ini :


Aku pun tergerak untuk membaca apa yang tertulis. Setelah meneliti segala isi, jelas itulah tulisan rakan karib kami tadi.

Masya-Allah! Terkantoi akhirnya!

Tetapi, setelah dengan malunya saudara kami nie terhadap hal 'pengantoian' itu, maka dengan ini aku isyhtiharkan tidak akan memberikan linknya kepada sesiapa pun bagi menjaga rahsia rakan kami tadi.

Sabda Rasulullah saw, ”Barangsiapa yang menutupi seorang muslim, maka Allah swt akan menutupinya di hari kiamat”.(HR.Bukhari dan Muslim)

Apapun, moga dia beroleh ketenangan ketika memblog meskipun hanya untuk kepuasan peribadi semata-mata dalam erti kata tidak mahu mendedahumumkan hal berkenaan. Apapun, congratz atas kejayaan cemerlang dalam Further Maths! ;)

p/s : lain kali kalo takut kantoi deletelah history ya. Jangan risau si yang terkantoi, aku dah delete semua history yang berkenaan.


ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

No comments: