Monday, January 5, 2009

Manusia Fitrah Suka Besar : Palestin Di Hati

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.

مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً
"Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun."
-Al-Ahzaab (33:23)


Islami Ya Quds - Shoutul Harokah

Sifat manusia memang begitu. Apabila dia berasa takut, jiwanya juga selalunya pengecut. Tetapi manusia memang selalu berlagak, kononnya akulah yang paling berani. Meskipun dia takut dan jiwanya pengecut. Tetapi egonya senantiasa membatasi, imej dan rupa harus dilindungi. Maka, tika itulah manusia akan mulakan satu fiil (baca: reaksi menerusi tindakan). Manusia akan mengancam.

Ancaman!

Sebagai perisai hatinya yang takut. Sebagai melindungi jiwanya yang pengecut!

Dalam proses mengancam, dia tidak mahu ancaman yang kecil. Selagi mana besar ancamannya, jalan itu yang akan pilih. Jika mahu menakutkan musuhnya, antara pistol dan pisau; dia akan gunakan pistol kerana pistol lebih BESAR bahayanya. Jika mahu membunuh psikologi musuhnya, jika ingin menghempapkan musuhnya antara gunung dan bukit; dia akan gunakan gunung kerana gunung lebih BESAR daya musnahnya. Begitulah manusia. Menurut pemandangan singkat pemikiran cetek. Memang sukakan perkara besar-besar kerana baginya lagi besar nilai perkara itu, lagi besar imbalan yang diperoleh.

FITRAH

Itu fitrah yang tidak boleh diubah. Fitrah yang sama bagi seorang ulama’ yang takutkan Allah swt dambakan perkara besar yakni syurga. Fitrah yang sama juga bagi seorang musuh Allah swt. Dambakan kehancuran besar bagi pendokong agamaNya dan imbalan dunia besar bagi dirinya. Fitrah berkehendakkan dan melihat perkara besar suatu yang hebat. Cuma jalannya terlampau berbeza.

Seorang terus menderita untuk menyucikan diri di dunia sebelum terus berbahagia di akhirat balasan sewaktu penderitaan di dunia. Seorang lagi terus berbahagia bergelumang laknat murka diri di dunia sebelum terus menderita balasan ‘kebahagiaan’ di akhirat kelak!

Itu resmi makhluk. Fitrah yang diciptakan. Tetapi kepada Tuhan Yang Maha Menciptakan. Dia tidak perlukan resmi itu. Dia tidak perlukan makhluk. Justeru, tidak logik andai Dia perlukan resmi makhluk. Dia tiada kepentingan. Tetapi yang diciptakanNya itu yang mempunyai kepentingan. Orang yang berkepentingan itu lemah. Maka, makhluk berkepentingan itu juga resminya lemah. Sedangkan hanya Dia yang Maha Gagah.

Tidak pernah Dia mencari musuh. Ironinya, makhlukNya pula yang sering mahu menjadikanNya musuh. Nauzibillah, aku mohon perlindungan kita semua dari sifat dan sikap fatal itu. Tetapi, sunnatullahNya pasti terjadi. Hukum makhluk bila bermusuh, adalah balasan yang deritanya cukup perit.

BEZA

Tetapi di sini beza yang besar antara Dia dan kita. Dia tidak perlukan benda-benda besar untuk menakutkan; memberikan ancaman meskipun lebih daripada termampu tersangat-sangat untuk Dia timpakan benda-benda besar.

Dia tidak perlukan benda-benda besar. Cukuplah nyamuk sekadar utusan. Namrud tersungkur tersembab di bumi Tuhan. Cukuplah burung berterbangan menggigit bara api. Hancur bala’ tentera bergajah Abrahah terjelepok di sana-sini.

Dan sunnatullah ini berterusan. Tidakkah pernah kita berasa hairan?

Kamu lihatlah kebenaran. Kami tidak pernah punyai “tank-tank” besar untuk kami kenderai, tetapi lihatlah kami yang kerdil ini mampu musnahkan. Dengan izin Tuhan Yang Maha Memuliakan dan Maha Menghinakan! Dan sunnatullah ini akan berterusan. Berterusan. Kamu tidak akan selamanya gembira hatta di dunia pun. Lihatlah Ariel Sharon yang terkutuk ini. Tidak cukupkah Dia memperlihatkan dia sebagai pengajaran?!

Sharon has undergone a series of subsequent surgeries related to his comatose state. He has remained in a long-term care facility since 6 November 2006.[25] Medical experts indicate that his cognitive abilities have likely been destroyed by the stroke. He is in a persistent vegetative state with extremely low chances of recovery.

Petikan daripada : http://en.wikipedia.org/wiki/Ariel_sharon

Cukuplah bom-bom tangan kami hatta sedikit kuantiti kurang kualiti; kamu hei musuh-musuh Allah Yang Maha Gagah bertempiaran lari. Cukuplah kekuatan kami tak seramai kamu; tetapi sejak 60 tahun ini, kamu hei musuh-musuh Allah masih gagal! Gagal untuk membunuh generasi kami! Kerana janji Rasulullah saw itu pasti!

"Tidak akan hilang satu golongan dari umatku yang akan menegakkan kebenaran. Mereka tidak akan dapat dimudharatkan oleh orang-orang yang cuba menentang dan merendah-rendahkan mereka sehinggalah tiba pertolongan dari Allah SWT". Sahabat bertanya kepada Baginda SAW: " Siapakah mereka Wahai Rasulullah? Manusia dari umatku di Baitul Muqaddis dan pelindung-pelindung (mujahid-mujahid) di Baitul Muqaddis



Kami nampak derita. Tetapi hatta kami bahagia. Kami mati di depan mata, tapi mata kamu tidak mampu melihat kami sebenarnya hidup. Dari puncak tertinggi, kami melihat kamu semua, tertawa lantaran kebodohan dan kejelekan kamu wahai musuh Allah swt yang terang-terang lemah! Kami menantikan ramai lagi saudara kami bersama kami! Dari puncak nan tinggi! Kerana janjiNya itu pasti. Penderitaan yang besar di dunia kini terbalas pasti di syurga yang setia menanti!

Dan itu mereka, KITA?!

1. Plilihlah antara berdoa ataupun menghabiskan masa dengan berlagu-lagu cinta!

Sebagaimana yang tercatat dalam surah Ghaffir ayat ke-60, Allah s.w.t. memberi jaminan bahawa setiap doa hamba-Nya akan dimustajabkan oleh-Nya. Namun begitu, kita tidak seharusnya berasa gusar sekiranya doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah s.w.t.. Ini kerana, menurut hadis yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah, Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa Allah s.w.t. menerima doa hamba-Nya melalui tiga cara iaitu

(1) Diperkenankan doanya ketika di dunia, dengan diberikan apa sahaja hajatnya,

(2) Doanya telah diperkenankan, tetapi hajatnya itu disimpan dan akan diberikan di akhirat kelak dan,

(3) Doanya telah diperkenankan, tetapi bukan dengan diberikan apa yang diminta, tetapi dengan cara diselamatkan dirinya dari bala bencana.

Seterusnya, selain menjadi senjata yang ampuh kepada umat Islam, doa merupakan jalinan yang hebat menghubungkan hamba dengan pencipta yang maha esa. Walau bagaimanapun, doa disarankan untuk diamalkan dengan penuh adab serta kaifiat untuk mendatangkan kesan yang optimum.

Petikan daripada :
http://www.eabookcentre.com.my/index.php?act=viewProd&productId=245



Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami. Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka Ya Allah! Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka. Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka. Goncangkan pendirian mereka. Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka. Wahai Tuhan yang gagah perkasa! Wahai Tuhan yang penuh raksasa! Wahai Tuhan yang bersifat murka! Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah! Wahai Tuhan yang menurunkan kitab! Wahai Tuhan yang mengarakkan awan! Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab! Kalahkan mereka! Kalahkan mereka! Kalahkan mereka! Dan menangkan kami ke atas mereka.

Sumber :

http://temanpetunjuk.blogspot.com/2007/12/qunut-nazilah-kepentingan-kepada.html

atau sekurang-kurangnya setiap kali selepas solat fardhu~

Ya Allah swt, hancurkan tentera-tentera musuh Yahudi Zionis Israel Laknatullah!
Ya Allah swt, bantuilah tentera-tentera Islam di Palestin!
Saudara-saudari kami muslimin muslimat di Palestin!
Dan di seluruh dunia, setiap masa, setiap ketika!

2. Pilihlah antara keberkatan sedekah dunia akhirat atau duit membeli dvd drama jepun korea!

"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya".
Al-Baqarah (2:261)

Klik Kelebihan Sadaqah :
http://www.sabah.org.my/mns/allPDF/TAZKIRAH%2013%20120805%20Kelebihan%20Sedekah.pdf



UNTUK AUSTRALIA :

http://www.humanappeal.org.au/resources/1/Emergency/gaza_donation_form.jpg


UNTUK INDONESIA :

http://coliq.web.ugm.ac.id/index.php?menu=sharedet&art=320&nm=Sharing&t=Infaq%20Sumbangan%20Peduli%20Palestina


UNTUK UNITED KINGDOM :

Muslim Hands (http://www.muslimha nds.org/en/ gb/)

ATAU

Human Appeal International (http://www.humanapp eal.org.uk/ index.html)

ATAU

Muslim Aid (http://www. muslimaid. org/index. php/get-involved /donate-online)


UNTUK MALAYSIA :

Aman Palestin

Dana dan Sumbangan : BIMB 12029010047880 , MayBank 562263010787

Dana Pengurusan : Muamalat 12070005133717

http://www.amanpalestin.com/


Memang fitrah manusia itu sukakan perkara-perkara besar!

Apa pilihan anda ?!

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Saturday, December 13, 2008

3 sahaja!

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam.

Alhamdulillah, seusai terbitan tintaan ini diterbitkan, sudah seminggu saya berada di Malaysia. Alhamdulillah sudah juga sebulan lebih blog ini tidak saya manjakan. Alhamdulillah, kini saya punyai kekuatan untuk menerbitkan tintaan semula, demi manfaat bersama insyaAllah. Secara ringkas, sebelum berlepas ke Stesyen Bas Bukit Mertajam ke Jeti Bagan berjumpa dengan Saudara Aqmin untuk 'meneroka' Komtar di Tanjung dalam misi CD-Rom Laptot Presario V3000 ini, eloklah saya menintakan beberapa perubahan yang boleh saya kongsi bersama-sama sementara saya kembali ke tanah air. Mungkin signifikan, mungkin sekadar sambil lewa, namun insyaAllah bermanfaat untuk semua! =)

Pertama : Pastikan Prepaid Anda Diberikan "Makan Suap"

Saya Bukan Agen Rasmi Celcom

"Makan Suap" atau istilah dalam Bahasa Inggerisnya "Spoon Fed" yang bukannya saya rujuk kepada "Rasuah"; adalah perkara yang sangat kritikal untuk saudara-saudara yang sedang bertarung di medan negara gading negara luar ambil berat terutamanya kepada pelanggan Celcom Prepaid.

Tolong atau sila atau pastikan untuk memberikan makan suap berkenaan buat barang paling kurang RM 10 atau sekitar 1.577 pound sterling (kredit untuk Saudari Dayang dan Aqtar Jan~) atau 5 dollar Australia sahaja (untuk matawang lain silalah merajinkan diri untuk menukar nilai).

Ini berikutan kejadian pelik di mana kad sim Celcom saya telah diisytihar GAGAL atau bahasa Melayu telefonnya TENDANG (macam bunyi Indon~).Terima kasih Saudara Fikri abang kepada saudara Hisyam SC.

Arakian, konsekuensinya terpaksanya saya bertukar kepada "post-paid" atau bahasa orang Kampung Pisang, pakai "line"; semata-mata untuk memastikan nombor 019-4048**2 itu tidak perlu ditukar ganti kerana rakan-rakan sudah bertempiaran ke seantero bumi!

Kesimpulan, pilih antara satu, makan suap prepaid ATAU berhadapan risiko hilang nombor prepaid sekembali ke Malaysia!

Dua : Bertukarlah ke "Celcom Broadband"

Ini gambar lama...sila perbaharui!

Anda tahu 3? Bagi saudari Rashidah akak Cambridge atau saudari Nadiah bakal akak UTP (insyaAllah), mungkin ingat saya mengajar budak tadika. 3 itu pada epistomologinya adalah tiga atau trois (baca : TUA dengan bacaan huruf arab 'kha' pada huruf 'U'), atau dari segi nahu mungkin mengelirukan kerana terkeliru antara pokok dan nombor itu sendiri (baca: Three VS Tree).

Tetapi 3 yang saya maksudkan ialah syarikat 3, sebuah syarikat telekomunikasi di Australia. Saya menggunakan khidmat alat kemudahan wayar lebar 3 (baca: broadband portable device) yang mempunyai kuota penggunaan sehingga 6Gb (sahaje~) dengan bayaran 39 dollar Australia.

Meskipun agak mahal dari segi nilaian individu tetapi secara relatif kelompok paling berjimat dan dari sudut kemudahan internetnya sangat terasa. Meskipun saudara Afiq mengatakan tidaklah secepat manapun << "Quote" : firnas_nafiz (11/12/2008 8:13:09 AM): 3 x la laju sngat pn >>, tetapi jika hendak dibandingkan dengan Malaysia, jauh panggang dari api.

Seusai sekembali ke Malaysia, tuntutan kerja tugasan yang penuh kepelbagaian melalui internet mendesak suatu keperluan kepada kemudahan internet yang laju dan mantap. Maka, setelah kechiwa (baca: klasik Melayu) dan berendam dhuka, dengan kemudahan sambung wayar (baca : dial-up) oleh syarikat TM, maka saya telah bertukar kepada Celcom Broadband kerana kemudahan Streamyx yang menjadi pilihan terhampir adalah tindakan yang fatal memandangkan pencawangnya di Alma Jaya sudah sentiasa menjadi mangsa gangguan oleh ulat-ulat di jalan raya.

Maka, yang terbaik ialah dengan mendapatkan Celcom Broadband yang mana harga modemnya RM 399 atau jika mahukan modem yang berserta dengan 'pen drive 2Gb' maka keluarlah lagi RM 100 (sangat tidak berbaloi~). Ada dua pakej, RM 68 sebulan dengan kelajuan menurut Abang Non cukuplah dengan menunggu muat turun 15 minit sebuah lagu dan filem selama 21 hari (inilah erti pertapaan yang sebenar~) atau secara bahasa IT, 384kbps ATAU RM 98 sebulan dengan kelajuan yang 'super' laju dalam konteks Malaysia (baca : agak bolehla laju di Australia) atau 3.6 Mbps. Jadi, saya berpuas hati buat masa ini, anda mahu mencuba?!

Cuba baca :
http://edwardkhoo.com/celcom-broadband-anyone/

Tiga : Bernama TV dan Demokrasi

Bukan Rancangan Sebenar

Alhamdulillah, ada perubahan yang memberangsangkan dari sudut membenarkan SEMUA pihak, baik di tepi kanan, atau di tepi kiri atau ditengah ditayangkan secara SEPENUHNYA di kaca televisyen nasional. Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan Ahli Parlimen Bachok; Datuk Mukhriz Mahathir, Exco Pemuda UMNO dan Ahli Parlimen Jerlun; serta seorang lagi tokoh yang sudah saya lupa namanya; telah diketemukan dalam suatu sesi perbincangan di Hello Malaysia di Bernama TV saluran 502 Astro bagi membincangkan perihal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Sepertimana menurut pemanggil setianya Hj Hamzah Pak Cik Berapi dari kepulauan Borneo, usaha ini harus diteruskan, sudah cukup menggambarkan apa yang ingin saya sampaikan. Tahniah Bernama TV! Teruskan usaha murni anda!

Tengah-tengah cari, tiba-tiba jumpa ini! Tahniah pula Astro! Ambil yang keruh, buang yang jernih! Ops silap!
Ambil yang JERNIH, buang yang KERUH!
< "Updated" : Terima kasih akak Alia! =) >






Terima kasih kerana membaca! Moga Allah swt merahmati kita semua! =)

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Sunday, October 26, 2008

Selangkah Ke Syurga, Selangkah Ke Neraka

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.


"Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi,
maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah
kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.
Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang
berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan.”
Shad (38: 26)

Dia Tertekan

Dia sakit. Dia juga punyai hutang yang bukan sedikit. Parahnya hubungannya dengan isteri kesayangan semakin membukit. Insan mana yang tidak tertekan jika begini buruk keadaan dalam kehidupan!

Dia mengadu. Rakannya itu membatu. Tetapi tidaklah selamanya diam membisu.

"Saudara pergilah berjumpa Sheikh itu, insyaAllah dia akan cuba membantu saudara menyelesaikan kemelut yang sedang saudara bergelut"

Dia terus berjumpa Sheikh. Habis segalanya diceritakan. Terbongkar segala coretan hati dan perasaan. Sheikh dengan penuh tenang memberikan cadangan. Pelik, ajaib bagi seorang yang jahil sepertinya. Tetapi, cukuplah keyakinan terpatri terhadap nasihat Sheikh tersemat kuat. Dia rela melakukan.

"Saudara pastikan setiap hari baca Sural Al-Waqiah! Setiap hari~"

Dan setiap hari. Tanpa meninggalkan, dia melaungkan Al-Waqiah. Memerhatikan makna, menghayati apa yang terdedah dan terahsia dalam bait-bait wahyu Yang Teragung itu.

Namun, sayang dan pada dirinya, masih malang. Dia tetap sakit. Dia tetap juga punyai hutang yang bukan sedikit. Parahnya hubungannya dengan isteri kesayangan tetap semakin membukit. Insan mana yang tetap tidak tertekan jika begini buruk keadaan dalam kehidupan!

Tetapi kerana rasa hormat pada Sheikh, dia tetap meneruskan. Namun, seketika hatinya memberontak. Imannya bergocak. Mengapakah tiada perubahan meskipun segala nasihat Sheikh telah aku ikut tanpa aku bantah?

"Sheikh! Tiada apa pun yang berlaku. Saya tetap sakit. Saya tetap juga punyai hutang yang bukan sedikit. Parahnya hubungan saya dengan isteri kesayangan tetap juga semakin membukit. Insan mana yang tidak tertekan jika begini buruk keadaan dalam kehidupan seperti saya ini!"

"Subhanallah! Tahniah! Sebenarnya penawar itu telah lama saudara jumpai, tetapi saudara yang belum sedari. Saudara telah membaca Al-Waqiah saban hari. Itulah penawarnya. Melakukan sesuatu yang baik dalam keadaan yang penuh buruk, itulah penawar penyakit yang paling mujarab! Syabas! Moga Allah swt memberkati usaha kalian!"

Subhanallah! Sheikh itu mengajar kita erti tidak putus asa pada Tuhan. Kebaikan itu datang daripada Tuhan. Keburukan itu banyaknya manusia yang mulakan. Maka, keburukan yang manakah yang dapat kita tentang jika tidak dengan penawar kebaikan daripada Yang Maha Penyayang.

Semasa kursus kepimpinan di Universiti Melbourne semalam, peserta ditanyakan siapakah pemimpin yang menjadi pujaan dan sanjungan.

Barrack Obama !
Tun Dr Mahathir !
Anwar Ibrahim !

Tiba-tiba~

Ismail Haniyeh !!!

"Uish, sape tue?"
"Have i ever known him?"
"Apekah?!"
"Mungkin ramai lagi kot~"

Memang pelik untuk menamakan pemimpin Hamas ini.
Namun, inilah pemimpin sejati.

Ismail Haniyeh : Pemimpin Sejati

Pemimpin yang sejati adalah mereka yang mampu membawa hatta sedikit kebaikan dalam masyarakat yang sakit, yang 'hutang' ekonominya bukan sedikit, yang hubungan sesama mereka agak parah terutamanya kewujudan golongan munafik yang semakin membukit!

Bukan mudah menjadi nakhoda bagi kapal yang buruk, banyak perkara yang kadangkala tidak tergambar dek akal biasa harus difikir dan dilaksanakan elok-elok.

Namun, perlu diingat. Hal ini hanya tertakluk pada sebuah perjuangan yang syarie di sisi Allah swt. Kalau seorang pemimpin yang sedang bankrap dalam syarikat riba mahu beraksi seperti Ismail Haniyeh, tak perlu dipedulikan. Sampai bila-bila dilaknat Tuhan. Kan riba seakan-akan isytihar perang dengan Tuhan! Dan rasulnya~

Begitulah sedikit perkongsian daripada sahabat-sahabat yang bertebaran di bumi bawah dunia ini. Dengan izin Allah swt, telah terpikul atas bahu saya yang kerdil ini suatu amanah tanggungjawab sebagai komiti Ehsan, sebuah badan dakwah Islamiyah yang baru bertapak sebagai penyatu kepada program dakwah kita dalam kalangan sahabat-sahabat yang sedia ada di sini.

“Tidaklah seseorang lelaki memimpin sepuluh orang, kecuali ia akan didatangkan
dalam keadaan tangan yang terbelenggu pada hari Kiamat. Keadilan yang ia
lakukan akan melepaskannya dari ikatan,
atau kezalimannya akan menjadikannya celaka.”
(Hadis Riwayat al-Baihaqi dalam al-Kubra, 10/96)

Saya mendambakan kebaikan daripada diri sendiri dan rakan-rakan di sini dalam meneruskan tugas kita di jalan Illahi. Dari mana jua kita datang, dengan wasilah mana yang kita pegang; selagi mana kita di atas jalan Allah swt yang satu ini; untuk memartabatkan Islam dalam diri kita dan rakan-rakan; selagi itulah kita bersama-sama memberikan kerjasama seikhlasnya dalam program-program kita, insyaAllah. Kami tidak terdaya melakukannya sendiri. Justeru, teruskanlah menegur apa yang kendur, akan tegang kembali, menabur bakti. Raikan persaudaraan dan perpaduan. Kerana apa jua yang kita lakukan, baliknya hanya pada satu. Allah SWT Yang Maha Satu.

Batu ini tidak akan cantik, kalau tidak air yang deras menghentam memekik!

Moga dipermudahkan daku dan kita semua melaksanakan amanah yang pastinya penuh cabaran dan onak duri perjuangan!

Merekalah aspirasiku~ Moga lebih baik dari sebelumnya~

Allahumma, mudahkan segalanya!
Sabit qulu bana 'ala dinnik!
Wa 'ala to 'atik~


Link Best :

http://www.mail-archive.com/sahabatinteraktif@yahoogroups.com/msg09625.html

http://salam-online.web.id/2008/10/25/pemimpin-2.html


Selangkah Ke Syurga
Selangkah Ke Neraka
Moga tidakku celaka
Sebaliknya dipermudahkanNya cara

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Friday, October 24, 2008

Anak-anak : Antara Comel dan "Comot"

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.


“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu
serta lebih baik untuk menjadi harapan”
-Al-Kahfi (18:46)


Sebelumnya penangan harta. Kini, penangan anak-anak pula. Ujian bagi mereka yang dikurniakan rezeki berlimpah-limpah setelah mendirikan masjid yang diimpi selama ini.

"Are you Muslim ?!"
"Yes, I am"
"Wah! That's so good! I have a high respect for Muslim. The notions in Islam are superb! No wonder such religion could drive the deserted region to a highly regarded civilisation!"
"Oh, thanks. Are you Muslim as well then ?!"

"Owh, no~"
"Why aren't you since you have seen the beauty of Islam"
"Well, it may sound fantastic to me. But I am worried about my children. They may find it hard to live with such requirements as a Muslim"

Sahabat saya itu menceritakan lagi. Benarlah anak-anak itu ujian. Cuma bagi kita, moga ujian ini membawa kepada keredhaan Tuhan dan keuntungan terutamanya di hari muka. Moga ujian ini tidak membawa kecelakaan dariNya dan kerugian tidak terhingga kelak.


Za'im dan Zachary a.k.a Zakaria


Doalah awal-awal, mana tau makbul ! =)


Makan lolipop ye Syarafina..ala tomei2 (Kak Awin cakap~) opps! kantoi!


Nak main footie! Jom!!!


Udoh-udoh ler pangku anak orang tu Encik Salami, bile lagi nak pangku anak sendiri?
(Kawin pun belum~ Ha! Kawin la cepat! Haha!)


Ha! Ini Awang!


Ayah Dan Anak


Bakal ayah ?! Ameen~


Saya adik Awang!


Nyot~ Nyot~ (Tetibe Teringat Jepah dan Pinggu-nya)


Kecik-kecik posing tak pa ye Syarafina! Besar-besar jangan pulak!


Putih dan Oren

Biar ujian ini menjadikan kita 'comel' disisiNya, tidak 'comot' merugi semua!

Bila mulut terpasung~
Kebenaran merajai atmosfera~~~

Periksa dah Dekat~
Wa~
Doakan =)

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Monday, October 20, 2008

Penangan Harta

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.

Saya pernah menulis berkenaan harta. Tak Nak Pada Bank Islam?! bunyinya (klik pada tajuk). Tetapi kali ini adalah realiti yang melanda. Melanda umat manusia. Insan yang digelar manusia. Cik Nizam asyik-asyik menggunakan muqaddimah yang sama dalam menakrifkan erti manusia. Ibnu Khaldun pernah kan mengomel dalam Al-Muqaddimah, 'manusia itu adalah haiwan berkata-kata'.

Kita tinggalkan Cik Nizam dan Ibnu Khaldun. Kembali pada harta dan Tak Nak Pada Bank Islam itu.


Dalam Al-Quran yang mulia itu, penangan harta dijelas begitu terang lagi bersuluh. Antara yang mencengkam jiwa penulis adalah petikan surah Al-Kahfi yang berbunyi;


“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu
serta lebih baik untuk menjadi harapan”

-Al-Kahfi (18:46)

Pernah seorang sahabat saya menceritakan.

Daripada sahabat saya itu penulis merekodkan bahawa sesungguhnya sahabat saya pernah diceritakan oleh salah seorang sahabatnya yang menyertai sebuah golongan al-mala' secara sah dan sahih bahawasanya sahabatnya itu mengakui seperti berikut :-

"Oh memang tahu dalam golongan kami ini buruk akhlaknya. Basi sungguh makan suapnya. Oh memang sedar dalam golongan kami ini memang aniaya dan diskriminasi saja. Orang kampung marhaen macam kamu nie kata apa, rompak?! Ha...itulah!!! Ada ongkos semua jalan. Berpeti-peti riyal barulah ada 'class'! Memang diakui memang fulus, roh dan nyawa kami"

"Maka, kenapa diteruskan dosa?"

"Ish..kamu nie...sebab sini ada harta...untuk anak-anak jualah mudah...Masa depan..."

Hari itu cerita yang sama berdendang. Kalau tadi 'hearsay' kini pengakuan di depan mata!!!

"Abang akui bla..bla..bla..."

Tidak mahu penulis juihkan kata-kata itu di sini. Kerana tiada guna menumpahkan dakwat pengkhianat pada amanah. Kerana tiada guna menuliskan kalam-kalam seorang yang kufarat pada ideologi fulusnya itu.

"......Tetapi demi kita, al-mala' kena berkuasa meskipun begini keadaannya..
Kalau tidak habis kita! Ini benteng terakhir orang kita....."


My faculty at Melbourne Uni

Penangan harta. Antara masa depan. Masa depan itu adakah di dunia semata-mata?
Atau masa depan di akhirat sana?

Tiada kehidupan selain akhirat.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit.

Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekkah).

Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?".

Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki".

Lalu Nabi saw. bersabda,
"Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu".

-H.R. Termizi

Keterangan hadis :

Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan.

Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita”, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi.

Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah.

Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)".

Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan.

OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan.

Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.

Kredit : http://www.pekida.org/hadis40/hadis10.htm

Allhumma! Hindarkan kami daripada fitnah harta yang berleluasa ini! Moga Allah swt memberikan hidayah pada Al-Mala', hidayah pada yang sertai golongan Al-Mala' dan hidayah pada yang berdakwah pada golongan Al-Mala'.

Ameen~

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more